Tuesday, December 29, 2009

Pergi

aku mahu lagi
kembalinya seperti sediakala
membawa sinar pada insani

aku mahu lagi
esoknya tiada tangis
penuh senyum manis

Paris Indera Kayangan
25 Disember 2009
read more

Sunday, December 27, 2009

Sehari Bersama Kekitaan

Memetik keratan akhbar 'sedangkan tempat jatuh lagi dikenang', aku suka kongsikan pengalaman sehari, 23 Disember 2009 yang lalu. Tentatif program yang teratur malah ketepatan masa oleh KR menarik minat aku untuk meneladaninya.

Bermula dengan perasmian jam sembilan. Barisan kekitaan seramai lebih kurang 30 orang menambahkan kesepaduan dengan memakai t-shirt merah kesemuanya. Agenda utama untuk memberi suntikan kepada para pelajar dalam bidang akademik seterusnya menjadi role-model kepada mereka dengan menyatakan, 'where you are from and who you are is doesn't matter'. Jadi, 60 orang pelajar dari sekolah menengah dan rendah juga dari empat buah kampung yang berbeza adalah input penting bagi menjayakan program.

Di sini, aku tidak memasukkan minit santai bersama kuih atau nasi ayam atau bihun goreng.

60 peserta dikehendaki membuat satu bulatan besar. 3 biji bola kertas diedarkan sambil muzik dimainkan. Peserta memegang bola saat muzik dihentikan diberi denda.

Seterusnya, pembahagian kumpulan. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kucing, ayam, semut, itik, katak, dan cicak. Amira, Suzairi, dan Amalina diletakkan bersama 10 kucing yang lain. Trademark kumpulan dan perkenalan antara anak-anak kucing menambahkan kemesraan kami biarpun pada awalnya peserta agak malu.

Aku cepatkan penulisan dengan tidak menceritakan sebutir perkara tetapi masih terikat dengan plot.

Gambaran pulau impian atas sekeping kertas putih berkelebaran dan panjang masing-masing muat untuk melakarkan rumah, sekolah, masjid, teknologi, kereta, kapal, helikopter, dan lain-lain. Penjelasan terhadap apa yang mereka lakarkan jelas menggambarkan bahawa mereka juga punya cita-cita dan impian.

Seterusnya, penjanaan perkataan dari sebilangan abjad-tidak-teratur diberikan. Persis seperti yang aku lihat di 'ewah-ewah'. Aku mula lihat kekurangan program dengan acara ini. Apa ia sesuatu benda baru yang kekitaan mahu tunjukkan yang boleh membawa kepada janaan pemikiran? Perbaiki itu, kekitaan mampu lebih dari itu.

Kucing bom, kucing bom, kucing bom, katak bom! Pemfokusan penting untuk tidak dibom dalam acara ini malah kerjasama, kemeriahan, dan pemuafakatan dilihat begitu sinonim dalam diri peserta.

Permainan orang bisu berjaya mencuit hati kekitaan umumnya apabila banyak penafsiran dibuat sebelum menemui ketepatan. Suatu kebanggaan apabila kucing sekalian dapat menafsir kesemuanya dalam tempoh masa apabila Suzairi menggayakan di hadapan mereka. Tahniah!

Zohor berjemaah.

Acara seterusnya menguji ingatan peserta dan peserta paling belakang dikehendaki menulis semula apa yang disampaikan oleh rakan-rakan dari seorang ke seorang. Aku teruja apabila Amin Shauki dapat menghafal dengan baik.

Ali pergi ke kedai membawa beruk bersama untuk membeli aiskrim
kepada Aiman anak jiran sebelah.
(lebih kurang, aku pun boleh lupa ma)

Pada aku, acara ini menjadi bosan pada peringkat keduanya apabila peserta disuruh mengingati sekali lagi dengan ayat kedua;

Kalau saya sampai sebelum subuh, saya sedia senyum selalu.
Kemudian, kita kena tunggu kat kampung Kuala Kedah.
Sungguh saya sumpah!!!
(ayat ini aku ingat sejibik, mungkin gaya bahasa mudah)

Aku mula mengantuk tambahan kucing sudah malas untuk menghafal.

Asar berjemaah.

Acara sukaneka. Tiada penjelasan kerana aku tiada di tapak sukan. Bukan pergi tidur lah. Terlibat dengan tugas-tugas lain.

Sebelum majlis penutup, bapa-bapa beraksi di padang bola sepak.

Majlis penutup. KR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih. Semoga program akan datang akan ketemu lagi.

*Segala bahan rujukan berfoto serta kepingan akhbar ada di muka buku saya kerana blog ini tidak sesuai untuk diserikan tambahan masa pemuatan untuk sekeping foto terbaik memakan masa.
read more

Monday, December 21, 2009

Titian

Pernah kau rasa ini? Banyak untuk dicerita tapi taipan tersekat-sekat; tidak lancar seperti selalunya. Ataupun, banyak untuk diborak tapi hanya sedikit kau kongsi. Atau juga, banyak untuk dihurai tapi seolah kau tiada mula mahupun akhir.

Puisi.

Maka, puisi wujud sewaktu aku tiada kata, tiada bicara. Ideal kiranya untuk sembunyi perasaan atau tanpa disalaherti. Semakin rumit. Kita keluar dari ini, mari.

Ikut plot peristiwa atau apa saja di minda. Bukan, kita kongsikan mengikut formulasi angka. Kalau itu mudahnya, sila.

Pertama,
Duit mematikan perkara. Aku tidak mahu duit menjadi punca. Sungguh, aku terkilan. Aku mahu habisi sehari dan aku berjanji kasih aku tidak berbagi. Aku cuba. Kelembutan hati, semangat jiwa, kenali Tuhan, jadi manusia dewasa, ikatan saudara, dan segala dari kau sebagai pembawa dan amanah. Tapi, selama mana aku berjanji sehebat itu aku mungkiri. Gelodak emosi kuasai diri sehingga aku melukai. Aku mahu masa ubati tapi apakah sempat untuk aku sesali? Tuhan, panjangkan usia kami; masih banyak belum aku pelajari.

Kedua,
Jauh dari perancangan, mengajari sepanjang musim cuti. Tiada bebelan panjang untuk ini cuma peranan ibubapa sangat sangat penting. Terkenang Rokiah sewaktu mengenakan disiplin terhadap aku dulu tanpa rotan atau penyangkut baju tapi lebih kepada berdiskusi.

Ketiga,
Penubuhan sebuah persatuan. Serius, aku sukakan kelompok ini dan semestinya komitmen itu penting.

Keempat,
Aku hanya kenal datuk; Saad dan nenek; Kamariah sebelah emak. Ayah, yatim piatu sebelum aku lahir. Jadi, satu-satunya datuk dan nenek adalah Saad dan Kamariah. Pemergian Kamariah 20 November lalu meninggalkan tiga anak; Rokiah, Sharifah, dan Che Siah serta sembilan cucu; Sobbri, Syafiq, Syafinaz, Syamil, Amalina, Adib, Amira, Alia, dan Mursyid. Kini, tinggal Saad seorang yang perlu ditemani sepanjang masa. Penggiliran jadual dibuat. Hati tertanya, apakah nilai Saad sebenarnya? Seorang warga emas, tiada harta, tiada upaya, tiada segala. Umum berkata, 'pengalaman mereka itu berharga'. Mungkin ya jikalau Saad seorang wira. Tapi, di usia begini, kata-kata Saad sudah hakis maknanya, malah sukar untuk dibawa bicara. Jadi untuk apa sebenarnya mereka masih di samping kita?

Kawan, Tuhan sayang kita sebenarnya. Sayang itu disampaikan melalui nikmat dan ujian. Apabila kita bersyukur atas nikmat dan sabar dengan ujian, maka diberiNya ganjaran; mungkin bukan pada hari ini tapi esok atau kelak.

Empat sahaja, sekian.
read more

Friday, December 18, 2009

Bersama


sehingga sampai
kau sudah tiada apa

dapati aku
temui aku
yang siap
yang sedia
tempuhi bersama

miliki darah serupa
membawa kita jalan berbeza

meski itu
aku tetap setia
tahankan rumpun jiwa
kerana kita saudara

Salam Maal Hijrah.
Pantai Merdeka : 13 Disember 2009
read more

Friday, December 11, 2009

Really?

cuba kau buat ini;
dampingi aku
iringi aku
bayangi aku
gauli aku
temani aku
hanya aku, aku, dan aku

pasti kau cakap;
kau fahami aku
kau lazimi aku
kau kenali aku
konklusi,
kau dah jadi aku lah!

tapi
hanya aku dan Tuhan tahu
apa sebenarnya hati aku takhtakan, suarakan

jadi
perlu apa kau bercakap
kalau kau bukan aku atau Tuhan
read more

Sunday, November 22, 2009

Kehilangan Pertama

20 November 2009. Sembilan malam ke atas. Al-fatihah.
read more

Sunday, November 15, 2009

Kau Rasa Cuti Kali Ini Berbeza?

Hah, tulisan paling peribadi aku rasa. Aku habiskan semester ini dengan keadaan paling durjana. Tak seronok. Semester lepas, tak seronok. Semester lepas-lepas tak seronok. Semester lepas-lepas-lepas tak seronok. Penipu! Hey, mana kau tahu apa paling seronok pada aku?

Paling santai kali ini. Tak terfikir nak packing barang. Tak terfikir nak pergi buat clearance. Malas nak fikir.

Perkara pertama, balik cat bilik. Kemudian, basuh semua baju. Suruh Suhana lipat. Tak mau jugak, masuk dalam bakul. Jangan letak lagi atas katil. Katil untuk tidur, baring pandang siling, mengamuk, atau menangis. Tak mahu berselerak. Dah tenang dalam rumah, nak keluar kerja. Nak cari duit. Semester-tak-seronok pakai duit tahun depan. Mana aku kenal badan tabung mengaji tinggi nasional mahupun biasiswa.

Tapi, sambil kerja pun ada cuti. Hari minggu tak boleh cuti, hari kebiasaan boleh bercuti pulak. Hah, dah tentu bukan budak ofis. Masa cuti tu nak minta Suhana belikan bahan peti ais. Lama gila tak melepak depan tv sefamili sambil aku berpeluh-peluh mengangkat hidangan. Ah, tak kisah pun. Janji mereka akan tanya, 'esok apa pulak?'. Senang hati dowh bila apa yang dibuat dapat pengiktirafan.

Genting September hari tu tak jadi. Cadangnya kali ni bukan-Genting jadi dengan duit sikit-sikit pun orait. Tak tahu kalau ada plan lain sehebat ni, aku batalkan serta-merta. Harapnya, ni paling hebat kot. Lepas tu, nak buat apa lagi?

Tengoklah macam mana. Lip lap lip lap, dah masuk semester baru. Tak sempat buat apa-apa. Tak mau lah macam tu, please.
read more

Friday, November 13, 2009

Entri Pertama di Sembilanbelas

Hi. Aku malas untuk nyatakan aku benar-benar sibuk (lebih-lebih lagi sibuk dengan final) sehingga tiada masa untuk semua ini. Persetankan! Aku punya berzillion jam untuk berbuat itu dan ini; tidur seharian, makan semalaman, dan apa-sahaja-aktiviti. Cuma, menjadi 19th adalah lebih rumit.

Aku cuba keluarkan model aku-yang-baru dengan tidak mengubah jenama NM. Amalina sama sekali. Aku cuba modifikasikan model itu dengan pengalaman masa lampau. Ah, terlalu sedikit dan rapuh! Aku cuba jauhkan dengan rindu dan tangisan hiba. Aku ubahkan benci kepada cinta, kekalkan cinta kepada cinta; geli tapi ianya anugerah. Masa tidak pernah suntuk dan berkejaran untuk aku persembahkan satu model hebat hanya kerana 'it will be a new world that will be given to me, a world of happiness, joy and love'.


'the only thing worse than is not reading a book in the last ninety days and thinking that it doesn't matter'-Jim Rohn


Di sini, aku berbesar hati meraikan pemberi komen setia, Anonymous dan Lifesaver. Mereka ini, akan turut berkongsi apa sahaja biarpun membaca secara roll back apabila tidak berkesempatan membaca on time. Ada apa pada komen untuk aku banggakan?

Tiada apa. Kau boleh kumpulkan jutaan, tetapi aku kagum pada satu nama ini iaitu konsistensi. Aku tidak boleh diam atau menganggap seperti kebiasaan, kerana timbul satu rasa; penghargaan. Kau dan aku lain, bukan? Jadi, bermainlah di sana, sudut paling jauh.
read more

Thursday, November 5, 2009

19

Hello, kau ada sesuatu mahu katakan sama aku hari ini? Ya, hari ini cuma.

(update, 1:20am)
tiada kejutan balingan telur yang membosankan. pejam seketika, mula memasang niat. good, babe!

(update, 2:58am)
menunggu dari 12am tadi. nampaknya mak dan ayah lupa akan hari ini. tidur dulu lah.

(update, 3:12am)
sebelum tidur, pingin bangat seh kalau ada kekasih hati menjemput esoknya untuk terbang ke bulan.

(update, 9:23pm)
terima kasih ya. jumpa lagi event yang sama untuk tahun hadapan.
read more

Tuesday, November 3, 2009

Kumpulkan dan Gauli

Bosan. Bosan. Bosan. Kemudian, aku teringatkan mereka. Rindu barangkali.

Bermula dengan pelajaran sejarah. Dihadiahi sebuah bilik tv setelah kami berlima mengajukan permohonan untuk belajar secara berkumpulan. Ah, warden langsung memberikan kunci bilik tersebut tanpa menyedari Anugerah Juara Lagu akan disiarkan tiga hari lagi. Taktik hebat.

Kepuraan bermula. Masa prep dua jam dibahagikan 30 minit untuk belajar berkumpulan dan bakinya mengadap tv dengan silent mood. Menonton watak demi watak tanpa bersuara sungguh meletihkan tapi adalah bernasib baik bagi drama, slot samarinda dan cerekarama yang mempunyai subtitle.

Mungkin konsep study smart menjulangkan kami sebagai pelajar pintar. Smart secara berkumpulan dan penipuan. 30 minit mungkin sekejap, tapi kekualitian masa digunakan sepenuhnya. Tipah, Kinah, Nadia, Bedah, Mizah, Seri, dan aku membahagikan setiap bab kepada bahagian masing-masing dan menerangkan di papan putih bersama marker pen lebih dari seorang pensyarah aku kira. Percampuran idea dan rumus berbeza menjadikan pembelajaran yang efektif. Mereka gamble. Selesai SPM.

Akhir tahun pertama aku di institut pengajian tinggi, aku temu kumpulan belajar kedua selepas yang pertama semasa persekolahan dulu. Penting bagi aku siapa dalam kumpulan tersebut kerana ia memeperlihatkan keselesaan bertukar pendapat mahupun bergaul; juga aku tidak boleh work well bersama competitive. Aku perlukan suasana saling memerlukan bukannya menanding siapa hebat.

Subjek akaun menjadi pertemuan kami. Ayie, Hafiz, Nad, Bahul, dan aku mencari penyelesaian setelah ujian pertama kami gagal. Susah siot! Ah, pedulikan. Dining, uptown, dan studio kami bertemu. Akaun terbaik. Selesai.

Dua kumpulan itu sahaja.

Terbaru, kumpulan ketiga dinamakan omega. Diasaskan oleh Encik Fuad bagi membantu subjek calculus. Liyan, Dibah, Amy, Yati, Deena, dan aku. Full stop. Dah dapat result calculus, aku cerita lagi.

(update)

Lepas membaca komen Amira di entri ini,

"la..stdy grup prtama yg msa darjah enam tu x igt ke? yg tiap2 mlm gi umah hg tu...yg smpai pcah2 cawan tu..heheh...bila la plak kita nk stdy grup mcm dulu2 kan, tp x mungkin dah la sbb kita dah brlainan bdang...stdy grup dgn hg x akan aku lupa smpai bla2 ..heheh (skema la plak)"

Aisey, aku hampir terlupa yang sebenarnya kumpulan belajar aku bermula tahap rendah persekolahan lagi; darjah enam. Ha, mahu cerita. Terima kasih Amira ingatkan saya. Bukan setakat cawan je pecah, jatuh tangga dan disambut oleh my dad, ingat lagi? Nasib baik masa tu Amira masih di usia 12, kalau tak mesti mak dah jeling-jeling. Haha. Mengarut.
read more

Wednesday, October 28, 2009

Papa Selalu Busy, Benci!

makan sama-sama
belajar sama-sama
ketawa sama-sama
gaduh sama-sama
gedik sama-sama
gosip sama-sama
kutuk sama-sama
teater sama-sama
koop sama-sama
mangsa buli kak miah sama-sama
mak cium sama-sama
semua sama-sama


'can i be with you forever?' NM. Amalina asked.
'ok, your husband is mine too?' Deena replied with her kinky smile.


(pehal aku in poem mood je, huh)

read more

Kulitku Kering dan Rambutku Basah

orang cakap kau manusia paling hina
orang cakap kau manusia paling keji
orang cakap kau manusia paling jijik
orang cakap kau manusia paling buruk
orang cakap kau manusia paling gila

tapi
sehina mana kau
sekeji mana kau
seburuk mana kau
segila mana kau

Dia selalu nanti kepulangan kau
Dia selalu rindu tangis ratap kau
Dia selalu damba keikhlasan kau

Kau yang selalu lupa, bukan?
read more

Nanti Aku Pertimbangkan

Pertama, aku mahu itu.
Kedua, aku mahu itu. Lebih dari yang pertama.
Ketiga, aku mahu itu. Lebih dari yang pertama dan kedua.
Keempat, aku mahu itu. Lebih dari yang pertama, kedua dan ketiga.

Aku mahu lebih.
Aku mahu lebih.
Sampai melebihi

Kau dah lebih-lebih!
read more

Saturday, October 24, 2009

Saya Kuat

Esok, mengingatkan aku pada seseorang mungkin. Tuhan, bagi aku kekuatan. Aku tak mahu hadap semua ini.
read more

Apa Yang Kau Harapkan, huh?

Kau tahu apa yang Scorpion selalu nakkan? Menjadi terbaik, unggul, dan berbisa. Nina betul, 'sometimes thing always happen without plan'. Tapi, Scorpion selalu mahukan apa yang dirancang berjalan baik, tak mahu ada kucar-kacir, tak mau ada kelam-kabut. Tarik nafas panjang. Amalina, all of this will be fine.

Ok, lupakan saja kalut yang ada. Aku ada tanggungjawab lain. Hari ini, mak, kak miah, aku dan fiq mahukan sesuatu dari Deena. Ya, be better. Kita hanya usaha, Allah tentukan. Semoga semuanya berjalan lancar.
read more

Calculus oh Calculus

Stephen Davis cakap Calculus seronok macam pesta air.

Sial, kau tipu aku!
read more

Thursday, October 22, 2009

Final Lambat Lagi

Hari ini, hari terakhir perkuliahan sesi Julai-November 2009. Semua pensyarah gegas menghabiskan segala test hari ini. Hari ni je empat test kena jawab. Kalau betul-betul punya dua test hari ni aku alami. Memang tahap dewa susah ditambah emosi bergoyang-goyang. Aku ingat selesai semuanya, aku mahu temu sama mak dan ayah tapi ada projek yang belum selesai.
read more

Rimbun Keampunan

ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
kerana keinginan tidak pernah kesampaian
ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
bangkit semula meneruskan baki perjalanan

ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

ku meminta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi kembali langkah pertama
keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
kenyedarkan ku insan memerlukan Mu oh Tuhan

di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk dihati
ku cari kejernihan di segenap ruang maya
masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu oh Tuhan

(Lagu di profile Zakril. Sejuk hati den)
read more

Wednesday, October 21, 2009

A B C D D D D D D (II)

Eh, baling-baling dadu macam aku pun betul semua tau. Jangan memain. Hahaha
read more

Ujian Pagi Ini; Aku Hanya Menghantar Kertas Kosong

Aku masih tercari-cari apakah kelebihan membuat ujian secara mengejut atau dalam keadaan pelajar tidak bersedia atau menjawab dengan hanya menggunakan akal semasa.

Di bangku sekolah dulu, aku paling takut ujian sebegini kerana ia memerlukan kau sebagai pelajar selalu dalam keadaan bersedia atau up to date dengan chapter-chapter yang baru sahaja selesai dipelajari. Fikir aku, ketakutan itu hilang bila aku masuk peringkat yang lebih tinggi kerana aku percaya ujian mengejut sebegini hanya dijalankan di sekolah.

Tidak, ia tetap dijalankan di apa sahaja usia kau. Contoh, kematian. (kena bagi tahu dulu ke?-alasan seorang pensyarah aku)

Ah, itu bab lain! Jiwa pengkritik seperti aku tidak tenang sekiranya mereka terus perasan yang para pelajar mereka selalu bersedia atau selalu menelaah subjek mereka atau mengulangkaji lewat malam subjek mereka atau menyayangi subjek mereka sehingga tahu serba-serbi peristiwa dalam subjek itu.

Come on. Pelajar perlu diberitahu.

bersambung....
read more

Tuesday, October 20, 2009

Mari Raikannya

Aku ada kawan. Esok, ulangtahun kelahirannya, 21 Oktober. Dia belajar di Mahsa College. Sudah punya kekasih. Petang tadi, dia ada call. Aku melayaninya segarang mungkin. Sebenci sekali. Sekasar kata-kata. Aku pasti, dia kecewa dengan tindakanku. Aku juga gelisah.

Haha. Aku harap lakonan aku tahun ini menjadi. Dan, detik 12.00 malam ini aku akan nyanyikan 'Allah selamatkan kamu' dengan girang sekali. Lantas, memohon maaf atas tindakan petang tadi kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata. Penghujungnya, aku cuma mahu kau gembira, panjang umur, dimurahkan rezeki, dan selalu diberkati.

Untuk tidak mengecewakan kau, aku nyanyikan di sini.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Hamizan ku

(kau akan dapati blog aku bosan secara totallynya; aku sentiasa akan ceritakan people around me hanya kerana aku sedari kehadiran mereka)
read more

Monday, October 19, 2009

Hey, Kau Perlu Sedar Itu!

Tempat : Taman Rekreasi

Bila kami pandang balik lima tahun lepas, kami tergelak-gelak. Sarah siap ketawa berguling-guling bila aku ceritakan kembali, diikuti Ras menyambung cerita, dan Hani teruskan cerita. Cerita dan cerita. Ketawa terbahak-bahak. Ras ingatkan balik cerita di bilik guru. Sarah menambah. Cerita lagi dan cerita lagi.

Dan konklusinya,
Perkara yang kita alami lima tahun lepas, kita dah rasa cukup hebat, cukup matang, cukup sempurna, dan cukup memenuhi isi hidup. Tapi, sebenarnya apa yang kita ada sekarang adalah lebih baik dari lima tahun lepas. Dan proses ini akan berulang apabila lima tahun akan datang adalah lebih baik dari hari ini. Dan waktu itu, aku teringin sekali cakap, 'kenapa lah aku macam separuh mati hanya kerana dia!'
read more

Kacang

Lagi dekat final, makin dekat final

makin enak.

Ta ya dal wau ra, kenapa kau enak bangat?
read more

Mati

'Aku sukakan kau. Tapi sampai mati pun aku takkan cakap aku suka kau!'.

Ego punya jantan!
read more

Sunday, October 18, 2009

Satu Malaysia, Ramai Suara

Hari ini, aku menjalani satu bentangan lampiran teknologi berupa satu projek 1Malaysia. Bersama aku, tiga ahli yang lain. Mereka terdiri dari project manager, multimedia designer, interface designer, writer, video specialist, audio specialist dan multimedia programmer. Wah, nampak ramai sekali dan bukan lagak seperti empat orang. Ini yang cuba aku sampaikan; empat orang yang memegang peranan masing-masing.

Pada 12.30 lebih pada firasat aku, bentangan selesai. Dan kritikan membina disenaraikan seperti di bawah :


  • Masalah dengan warna heading
Pada aku, ia tak jadi masalah sekiranya users tengok dalam jarak dekat. (tidak melebihi dua hasta)


  • Masalah kurangnya images
Pada aku, ia tak jadi masalah sekiranya users faham apa yang ingin aku dan ahli lain sampaikan. Memang menjadi style aku dan ahli lain tidak mahu bentangan kami diserabutkan dengan imej yang sama sekali tidak akan memberi pemahaman peribadi. Tapi, apa yang mereka katakan tarikan itu lebih penting. Betul? Aku rasa tidak.


  • Tambahkan satu lagi animation
Pada aku, memang kesilapan. Sebab mati2 aku dengan ahli lain ingat hanya satu animation sahaja yang diminta. Haha.


Tu je la kot. The best group pada aku, Zul and the gang. Serius, creative ya amat. Tahniah!
read more

Wednesday, October 14, 2009

Gilapkan Yang Gelap

'Deeen Comey'
'Na Cute'
'Lan Kacak'
'Jat Ensem'

Sewaktu membelek senarai kenalan tadi, aku rasa macam ada yang tak kena. Bila masa pula aku tambah perkataan-perkataan palsu selepas nama mereka. Setahu aku, aku ringkas orangnya. Contoh, aku hanya akan letakkan 'deen', 'na', 'mom', 'dad', dan sebagainya.

Kau orang edit sendiri ya?

Biasalah, masuk lif naik sendiri kan.
lalalalala(mood menari)
read more

Saturday, October 10, 2009

Berdansa Mengikut Rasa

pakaikan baju boneka
sikatkan kusut rambut
pakaikan kasut
segak kelihatan
mahu buat simpanan
'tak boleh, its mine!'
bertekak sampai petang
bersepak terajang
demi puaskan hati

hari ini
perselisihan disimpan
tidak lagi bertekak
tidak lagi bersepak
mungkin dewasa menjaga hati
tapi dalam penuh duri

kau yang bestari
puaskan hati atau duri
jadi pilihan hati?


NM. Amalina
10 October '09

read more

Being Defeated is Often a Temporary Condition, Giving Up is What Makes it Permanent

  • But

  • If

  • Might Have

  • Would Have

  • Should Have

  • Could Have

  • Can’t

  • Don’t


Tuhan, bagi aku kekuatan boleh?

read more

'Saya Suka Makan Leemau', katanya.

Aku ada kawan. Aku sedang memikirkan tentang dia. Pendapat aku, aku takkan kehilangan dia kalau dia selalu contact aku. Kalau dia juga berpendapat yang sama, habislah. Aku harap dia ingat aku. Dia harap aku ingat dia. Dua-dua tak boleh harap. Hari-hari rasa macam nak gabung number dia. 444 dua kali ke tiga kali. 014 . Kepala 2. Try sekali. 'halo, mau cakap sama sapa?', kedengaran slanga mandarin. Malas la nak try error, asyik khilaf je. Dulu ingat gila. Tekan laju je kat telefon awam tanpa berpandukan apa-apa. Serius, spacebar yang tercipta betul-betul buat aku nak gak cari dia. Aku google nama penuh dia. Artikel pasal syurga-syurga yang banyak keluar. Mentang lah nama syurga. Dia suka main hoki. Aku google lagi. Penat aku dominasi barisan coach. Tetap tak ada. Aku search image 'Upik, Abu dan Laura'. Dia suka caption ni. Tak jumpa jugak. Tak pe lah, nak tidur dulu. Esok cari lagi. Tanya jiran sebelah. Tanya kat kedai depan tu. Tanya Mak Jah yang up to date. Tanya ramai lagi. Aku rasa dia tak main jauh-jauh. Selalu dekat dalam hati. Cuma tu lah, dah ada penyatu, malas lagi peduli kawan yang satu.
read more

Friday, October 9, 2009

Kalut

Dah bungkus nasi ayam, atau nasi lain-lain, kalau jadual hampir sama selalu jumpa Wan, Dalila, Fiz, dan Hani.

'wei, lepak bilik dulu', membentuk satu dialog yang kadang-kadang aku tak pasti siapa yang bersuara.
'tengok lah', ringkas aku sertakan jawapan.

Walaupun aku tidak kerap membicarakan tentang pelajaran, akademik, persatuan apetah lagi, tapi minggu-minggu penghampiran peperiksaan membuatkan aku mula goyang. Aku tidak tahu mana perginya cool yang selalu ada di saat orang lain berkejaran menghantar assignment.

Wan and the gangs, aku pasti cari masa terbaik untuk bersama hangpa. Tapi, setelah settle semua ni dulu tau. Tunggu je.

Dan aku tahu, seseorang/dua orang/tiga orang/n-orang telah, sedang, akan, dan selalu mendoakan aku. Yang pastinya, terima kasih mak dan ayah.
read more

Sialan

kau
tuli kebenaran
hipokrit
nakkan rasa hormat
melampau
paria
keterlaluan
buta pangkat
keling
bezakan manusia
dahaga sujud manusia

sedang aku
selalu berharap
temui keistimewaan
hadam kekaguman
mengangkat tabik
dan selangit hormat
penuh keikhlasan
agar aku pandang
kau sempurna
seperti tiada dosa

tapi
masih tiada berjumpa
aku percaya
mungkin esoknya
yang penuh rahsia.
read more

Thursday, October 8, 2009

Nothing Rattles Me

Aku hanya lihat teman-teman lain memperjuangkan angkatan mereka. Mereka angkat, junjung dan tatang merah! Mungkin aku hanya perlu membenarkan kata-kata, 'that strength can be very psychological'.

Dengan itu aku berlari dan mengibar biru! 'tumpaskan merah dengan kekuatan yang sama sekali mereka tidak pernah terfikir untuk dapatkannya', dunia mula berbisik.


Chelsea!
read more

Wednesday, October 7, 2009

Kalau Dia Terbang Melintang, Pasti Dicabarnya

Aku kembali menulis. Bukan dengan jiwa kosong, sepi beserta hingus meleret-leret tapi dengan jiwa yang kental. Hello, it's about the ride. There's no point going through all this crap if you're not gonna enjoy the ride.

Deena cakap, nak sedapkan hati lah tu.
Aku balas, tak lah, saya ikhlas dalam membuat penyataan.
Deena menambah, oh.. I hope so.
Aku senyum.

read more

Saturday, October 3, 2009

Kasakan Landasan

Kenapa Allah berikan kesedihan?

Mesej masuk. 'sbb Allah sygkan adik' - Dad.
Aku rasa blog ini akan terus sepi.
(moga perasaan sementara ini akan hilang)
read more

Friday, October 2, 2009

Bill Gates Tidak Mahu Lagi Bekerjasama

Aku mengadap keajaiban supaya ubahkan nasibku. Tapi, tak dijawab. Mungkin perubahan hanya perlukan aku, bukan keadaan.
read more

Lagaknya Sama Seakan Potassium Phosphate

Semalam, bila aku diajukan soalan apakah yang paling menakutkan, aku jawab pantas matematik-puremathematic-calculus11-killer subject. Aku dihentak beberapa kali supaya jawapanku berubah. Tidak, aku tetap dengan jawapanku. Lalu, imbauan maut datang melintasi. Belum sempat aku amati, hanya dengan pancaran bunyi sudah membuat aku gigil. Soalan diajukan lagi, perlahan aku beri jawapan sama. Kali ini, aku seolah-olah paling hampir dengan Izrail.

Kalaulah aku di zaman kegemilangan, sudah tentu aku ditatang serupa Anton Bivens Davis.
read more

Thursday, October 1, 2009

I Believe The Honesty Is Key To A Good Relationship


(update sikit)
dina masuk wad pun aku tak pergi lawat. bertuah punya kawan.
deen,
maafin gue ya.
read more

Wednesday, September 30, 2009

True Joy Comes From True Simplicity

pernahkah kau rasa saat rindu sesak di dada
kau mahu luahkan


kau ambil sekeping kertas
mahu mencoretkannya
tapi tulisannya kosong


kau dendangkan satu lagu
awalnya masih faham atur kata
tapi pertengahannya sudah tiada irama
akhirnya kau sendiri terkelu


kau taipkan sesuatu
kau gerakkan tetikus sana sini
tapi tiada patah atau bertaip


kau tuangkan air
jernih kelihatan
tanpa kau sedar
ia sudah melimpahi gelas kaca


kau merenung tajam bahan bacaan
tapi otak kau lebih laju berbicara
bicara tentang hari semalam


kau pegang erat telefon bimbit
mencari senarai kenalan
tapi kau rasa seolah tiada siapa peduli
apa kau mahu


dan akhirnya kau tanya pada Tuhan
apakah benar rindu ini menyatukan
atau hanyalah mainan perasaan
read more

Tuesday, September 29, 2009

Abstrak, Selerakkan Ia Menjadi Beribu

Aku melihat diriku. Memandang dari pelbagai sudut berbeza. Menyatukan fitrah alam tanpa menjatuhkan hukum pada mana-mana manusia. Di situ, tiada kesempurnaan, tiada kecacatan. Dijadikan sebaik-baik ummat untuk menjadi khalifah. Ketukan pada minda, jiwa, perasaan, egois, toleransi, dan segalanya menjadikan aku tidak bisa selari dengan ketidakserasian. Kutukan pada antagonis melumpuh dan membangun manusia kebal. 'Hey, kau begitu complicated!', jerit mereka.


Aku tersenyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.


Mungkin aku complicated, sukar diahami dan dimengerti tapi aku amalkan ajaran simple. Semudah orang lain juga.
read more

Sunday, September 27, 2009

Seminggu Berhari Raya

1. Solat sunat aidilfitri. Bertemu teman sepermain semasa kecil. Waktu berkualiti itu digunakan untuk bersalaman, bermaafan, menanyakan khabar, bertanyakan status semasa, dan bertukar soalan. Ketahuilah, aku sungguh gembira dengan cerita-cerita mereka.


2. Melawat Mama Wan. Al-fatihah. Rokiah tahu, dia dapat memikul tanggungjawab yang ditinggalkan sebaik mungkin.


3. Laksa. Rumah cikgu Nazimah. Laksa. Tidur. Nasi. Rumah Awie, Farina, cikgu Zaharah. Karim bertandang. Di malamnya, lengkap keluarga Shaaffiee kecuali Genting dan Jengka.


4. Rumah atok. Alam maya. Perut yang menggila hanya diisi makanan segera.


5. Kepercayaan dan kekaguman dimusnahkan.


6. Sungai Petani. Sebiji Avanza memuatkan sembilan sepupu. Belajar bahagian-bahagian kambing. Sungguh melucukan!


7. Makin besar, makin banyak, makin gembira.


8. Assignment menjadi penghalang untuk jiwa yang sedang berseronok menikmati aidilfitri. Hah, pedulikan! Aku benci kau, assignment!


9. Bihun sup. Gotong-royong. Syamil, Uncle S, Adib, Along, Anje, Alia dan Amalina bergembira di sawah padi.


10. Aidilfitri pun buat kenduri ya auntie. Mee goreng satu.


11. NAZA anak berempat. BBQ. Melawat tapak bersama Rokiah. Soya.


12. Kampus menggamit, aduh!
read more

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Kebesaran

Nampaknya, lebaran kali ini tiada satu pun kad bertulis yang mengiringi. Begitu juga teman teman yang lain, kalau banyak sekalipun mungkin rasa terkurang juga dek tiada satu pun dari aku. Maaf ya kalau buat kau ternanti-nanti.


Di kesempatan ini,aku secara peribadinya mengucapkan selamat menyambut lebaran buat mereka yang jauh di mata;


1) rakan perniagaan
Dato' Halim
Tun Seri Iskandar
Mr. Bijaya
Mrs. Sanita


2) rakan persidangan
Adil Muhammad Zubair
Khadidah Wahab
Haris A
Haris B


Ok, aku tipu. Aku tidak punya rakan perniagaan mahupun persidangan. Aku tak dapat senaraikan satu persatu sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan dan taulan yang aku miliki. Tercicir salah seorang pasti rumah terbuka aku tidak meriah tahun ini. Jadi, secara umumnya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam. Walau kita kawan atau lawan, kita tiada beza, kita adalah hamba pada Pencipta.


Dari aku,
aku mohon maaf atas segala keterlanjuran bahasa dan perlakuan. Selamat Hari Kebesaran.
read more

Lady Emily Sophia Crabbe

Zakril, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Begitu juga buat Umi, Papa, Nana dan Abang Lan. Saya minta satu keajaiban di lebaran ini. Ya, cuma satu!
read more

Thursday, September 17, 2009

Apa Kau Ingat Kau Seorang Je Boleh Pasang Banyak2? Kau Nak Pasang Berapa, Kau Punya Suka Lah!

Last I keluar dengan AR, dua minggu lepas. Dia janji nak beli tiket raya sama-sama. I pun bingung kenapa kali ni AR sukakan pengangkutan awam. Tidak seperti selalunya. I yang akan telefon papanya supaya mengatur satu penerbangan peribadi. Hah, excited kedua orang tuanya kalau I yang memulakan percakapan. I sudah biasa dengan semua ini, menghadapi kerenah parents yang bahagia bila anak mereka bahagia. Pandai betul I bahagiakan anak mereka. Tak lupa, I bawa belacan. Papa AR suka goreng kangkung belacan.


Sampai di satu perenggan lain, I pun cakap kat AR, I dah malas nak merepek-repek. I nak serius. I dah penat intro panjang-panjang. AR diam.


Pasang pelita, jom?

pelita buluh, Chaq yang buatkan
read more

I Know What I Want, And I'm Not Afraid To Go Get It

lemang
ketupat
rendang
bihun sup
laksa
dodol



Tapi, muruku dan simpul kasih juga pilihan hati. Haih.
Selamat Hari Raya.
read more

Wednesday, September 16, 2009

Hari Ini Hanya Untuk Muhammad Muaz Muhaimin

bila Muaz nak bawak mak tok p Nilai - Rokiah


bila cucu tok ayah nak besar ni - Shaaffiee


bila nak dapat adik baru, biar hilang semua keistimewaan kamu - NM. Amalina


Tempoh cuti Chaq sehingga sehari sebelum raya dan beliau dikehendaki bekerja semula seperti kebiasaan. Sadis, bukan?


Kepulangan beramai-ramai memeriahkan seisi rumah. Aku harap Aidilfitri kali ini menampakkan rona kebahagiaan makin bertambah dan berseri.
read more

Tuesday, September 15, 2009

Not Null

Apakah bosan itu akan terus hilang dengan memansuhkan sistem pendidikan?
read more

Sunday, September 13, 2009

Di Akhir Malam

Aku menekan papan kekunci telefon bimbit sehingga aku pasti aku di ruang untuk mengucapkan sesuatu kepada teman baikku. Itu rutin aku tiap-tiap tahun sejak aku mula kenal dia. Mengucapkan sesuatu yang dia rasa dihargai;


'Alice, Selamat Hari Lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.'
read more

I Can't Work Well With People Who Are Competitive Or Adversarial, I Prefer To Work Toward A Common Goal

NM. Amalina
Ipoh, 2008
read more

Saturday, September 12, 2009

Manusia Tidak Mudah Dibelakangi Setelah Berpadu Hati Dan Nurani

hati mahu bicara
tanpa rasa duka
dipenuhi arca dan warta
mahu melupai segala
teroka dunia
yang pelbagai dan berbeza

tangisku diketepi
aku simpulkan sebagai mimpi
sakit untuk aku fahami
biarkan ia pergi

NM. Amalina
12 September '09
read more

We're Champion

'You reach the finish line one step at a time, one day at a time, and with the understanding that it will take many steps and many days to ensure you get there first. You achieve your goal one step at a time, focused and diligent, always moving forward.'
-Muhammad Ali; World Champion and Olympic Champion Boxer
read more

Delay-Delly

Do it now because there's no tomorrow.
read more

Friday, September 11, 2009

Kalau Aku Mahu Ayam Golek, Siapa Yang Mahu Golekkan?

Ada lima bazar berdekatan dengan seleraku. Tiga bazar mempunyai satu jalan denganku setiap kali balik kuliah dan dua yang lain melawan arah. Ironinya, aku hanya memilih tiga bazar menjadi pilihan memandangkan dua yang lain hanya membuang masa dan tenaga.


Kali pertama umat Islam berpuasa, aku jadi tak keruan memilih juadah di salah sebuah bazar. Semuanya ingin dirasai citarasanya. Lepas berbuka, mula buat rumusan. Murtabak kat abang gempal tu tak nak beli dah. Ayam golek kat mak cik gebu tu best gila. Kuih pelita kat simpang tu buat lebih kurang, macam tak mahu jual.


Kali kedua, ramadhan kelima. Tempat semalam tu, ayam golek sedap. Kali ni depan MRSM tu maybe banyak pilihan. Lepas berbuka, air cendol je dapat memikat hati. Haih.


Kali ketiga, ramadhan keentah. Depan balai tu ramai orang. Nak try la. Lepas berbuka, nasi kerabu je bangkit selera.


Kali keentah, ramadhan keentah. Dah master selok belok bazar. Ok, nak makan apa? Food_A kat situ sedap. Food_B kat sana sedap. Food_C kat sini sedap.


Hatta, pembaziran tidak akan berlaku sama sekali sekiranya kau tahu apa yang nak dibeli dan dimana patut dicari. Kewangan masa depan kau bergantung bagaimana kau uruskan kocek kau hari ini. Nasihat aku, utamakan keperluan dari kehendak; elakkkan pembaziran.


*orang lain sibuk ulangkaji terawih dan amalan, manusia ini sibuk mengkaji bazar
read more

Amacam, Ada Berani?

mereka berganding peluh untuk melumpuhkan musuh


credited to Baiti
read more

A B C D D D D D D

Tadi test. Keluar setengah jam awal adalah tidak cool di bulan mubarak; menyebabkan aku mahu terus menuju ruang makanan. Tapi, iman masih kuat. Seperti di bangku sekolah dulu, aku akan jadi ragu-ragu kalau jawapan objective aku seperti di bawah.

a, b, c, d, d, d, d, d, d : betul ke ni?


Boleh tahan la nak menjawabnya. Itu test. Sebahagian dari project pula, kena buat 1Malaysia.

moodboard; 1Malaysia. klik di foto untuk kelihatan lebih jelas
read more

Thursday, September 10, 2009

Terbang Mengejar Mimpi Kamu, Kamu, Kamu

'dream lofty dreams, and as you dream, so shall you become. your vision is the promise of what you shall one day be; your ideal is the prophecy of what you shall at last unveil.'
- James Allen


Dan,
hari ini tarikh akhir tiket. Siapa mau?

read more

Quu Anfusakum Wa Ahlikum Nara

Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka.
read more

Wednesday, September 9, 2009

Mereka Lengkapkan Dunia Aku

Impian jangka pendek aku, raya ni teringin nak ajak mereka bergambar macam ni. Macam dulu-dulu. Tapi itu gambar bukan raya time, hari kebiasaan yang tidak formal.


Masing-masing dah besar sekarang. Kalau balik rumah atok, mesti buka cerita itu ini. Aku lebih suka mendengar. Tak ramai pun cucu atok sebelah mak. Enam dalam gambar tambah tiga lagi masih dalam dunia lain.


Kalau aku tak segan silu ajak mereka bergambar raya kali ni, aku akan buat contest mencari perbezaan dulu dan sekarang. Haha.


*pakwe deena pun ada dalam gambar tersebut. Haha.
read more

090909

Best kalau dapat cinta hari ni. Dia punya date dah lawa. Haha. Senang nak dapat cinta tapi susah nak dijaga. Cinta yang abadi hanya pada Allah.


Ya Allah,
kurniakanlah cintaMu padaku agar aku mencintaiMu sehingga tiada satu apa pun dapat memalingkan cintaku padaMu.
read more

Tuesday, September 8, 2009

Kalau Tuhan Tanya Mahu Hilangkan Apa, Aku Diam. Kerana Semuanya Beerti Bagiku

1. Test bukan lagi benda baru. Aku perlu lebih bersedia. Segala jenis kekuatan; fizikal mahupun mental digunakan tahap maksimum. Kerana satu perjuangan.


2. Deena memenangi contest Golden Screen Cinemas (GSC) dan dihadiahi 10 tiket wayang beserta 10 kupon untuk popcorn. 10 tiket itu dibahagi sama rata kepada adik-adiknya, dirinya, dan juga aku. Tarikh akhir tiket pada 10 September 2009. Tiket wayang itu aku lihat dengan sayu dan aku katakan pada Deena, 'pergilah kamu adik beradik'.


3. Menghalangi bukan dengan cara menghilangkan sebaliknya menjadi lebih kuat untuk berhadapan. Jadi, aku perlu kuat berhadapan situasi dalam mengatur-letak tingkat kepentingan sesuatu perkara.


4. Aku ke pejabat keselamatan untuk mendapat keterangan kesalahanku. Sengaja aku wujudkan ketegangan-dalam-keadaan-terkawal dengan bersoal itu ini walau aku tahu aku salah. Yang aku perlukan adalah penjelasan penuh hikmah. Aku ambil surat saman yang dihulurkan dan memasang destinasi ke mesin keluaran duit kerana akaun semasaku tidak mencukupi.


5. Esok, majlis meraikan aku dan rakan-rakan lain. Aku masuk pejabat panel selepas kelas. Aku nyatakan kuliahku sampai enam petang. Tak sempat. 'saya bagi surat pelepasan. siapa lecturer?'. Aku sedikit tergamam. Mula menarik jadualku dari beg digalas. 'eh, saya silap. esok sampai pukul dua je kelas. ok2, pukul berape esok encik?' tanyaku dengan penuh excited dan girang bagi mengaburi pembohongan tanpa niat sebentar tadi. Perlu aku diberi sanjungan atau merdeka itu sendiri yang perlu disanjung? Eh, apa ni.


6. Petang ini balik rumah. Ibubapa menanti.
read more

Sunday, September 6, 2009

Oh Bulan (II)!

Hi. Aku tak boleh lama di sini. Ada urusan lebih penting.


Nak pergi koperasi jap. Nak ikut?


*test minggu ini melimpah-ruah
read more

Thursday, September 3, 2009

Kali Pertama Kami Berbuka di Ramadhan Tahun Ini

suhana dijadualkan pulang petang ini, yeay!
read more

Wednesday, September 2, 2009

Oh Bulan!

Selesai kelas pagi itu, aku menuju ke koperasi. Mahu membeli pembaris. Selalu kena marah kalau garisan tak lurus. Pensyarahku masih tidak mahu hayati seni free-hand aku. Pembaris sekarang tak berkualiti. Kopek pintu sikit, dah patah.


Tempat aku belajar ini, banyak koperasi dan pelbagai nama. Belum dicampur syarikat-syarikat perniagaan lain lagi. Belum ditambah deretan-deretan kedai lagi. Belum didarab bisnes orang-perseorangan lagi. Yang bila aku sama-dengankan semuanya, aku panggil koperasi. Maju.


Aku memilih untuk mengunjungi koperasi yang paling hampir dengan bilik aku. Dalam erti kata lain, koperasi yang menjalankan perniagaan untuk siswi-siswi.


Aku angkat pembaris satu. Pergi beratur. Panjang barisan. Kelihatan anak-anak dara yang tiada kelas di sebelah pagi masih memakai baju tidur. Aku perhati seorang demi seorang tanpa mereka sedar air liur aku sudah tertelan. Bukan giurkan mereka! Tapi, maggi, potato chips, keropok ikan, aiskrim, jambu batu, kek, biskut, chipsmore, itu, ini. Hah! Dugaan.


Dah settle bayar, aku berazam untuk beli lebih dari itu bila tiba hari aku!
read more

Tuesday, September 1, 2009

It's Not Just About Achievement

'If we do what we did yesterday; we will beaten,
if we do what others are doing today; we can be competitive,
but if we fill everyday with initiative; we will be the best.'
-Rob De Castella, World Champion Marathon Runner
read more

Bila Aku Sudah Tiada

bila aku sudah tiada
simpan semua laguku
jangan ditangis selalu
mungkin itu sementara
bila jumpa penggantiku
jangan dilupakan aku

siapa yang sangka
bila tiba masa kita
untuk pergi selamanya
takkan terduga
jika saat ini
tuhan tentukan
akulah orangnya

*credited to Byte
read more

Semua Orang Ada Diari Ramadhan, Saya Juga Ada Diari Ramadhan

Dear electronic diary,


Puasa menguji kesabaran dan tundukkan nafsu. Mungkin ya. Tapi, adakala aku menjadi terlalu marah. Terlalu garang. Saat ini, pantang dicabar. Pantang dimarahi. Pantang cari pasal. Kalau berani jolok sarang tebuan, kau rasa sengatannya! Aku bertukar menjadi agresif. Suara yang lemah tiba-tiba bertukar jeritan yang berkilometer jauh boleh dengar! Barang yang dipuja, disayang, sekelip mata boleh hancur!


Jadi, waspada. Jangan buatkan aku sentiasa hilang pahala di Ramadhan. Aku juga mahu ke titian yang lurus.
read more

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kebebasan; Sanjungan Kemerdekaan

rasanya tidak semudah itu
mengenal, membaca, menulis, menutur
yang punya pelbagai cara
gemilangkan bangsa nan satu

rasanya lebih dari itu
mendidik jiwa
menuntun jalan yang satu
mendominasi keras hati
agar membentuk niat serumpun
membina muafakat dan berpadu

biar dipenjara
biar hilang tanah dan kota
biar tanggung semua derita
demi bangsaku, generasiku

waktu ikhlas menjengah
memberi sedaya
menggadai segala
berguguran airmata harapan
moga satu rundingan
mengembalikan kesejahteraan
tanpa seksa dan neraka

kerana telah mereka rasa
kenikmatan dirobek, dirampas
memperlihat maruah dikeji
berselerak dalam hancing
menyorok di ruang sempit
takutkan kebenaran
menggigil mencari haluan dan punca
adapun ledakan kuasa besar
atau banjiran santapan asing
yang jelas
memusnah dan merapuh
segala semangat bangsa

kita warga merdeka
dalam kanvas selesa
bukan semurah kata
atau nista yang durjana
tapi kita punya jiwa
yang harus diisi fakta dan taqwa

ayuh!
gemersikkan suara
padatkan akal fikir
hilangkan kesumat berabad
tanamkan di jiwa
sumbukan pelita
agar mereka tidak sengketa
bila gelora dunia


'Saya penuh yakin dengan usaha bersungguh-sungguh serta kerjasama dan sokongan semua pihak, kita akan dapat mewujudkan satu rupa bangsa yang benar-benar tulen bagi negara kita. Setiap warganegara tidak lagi mengenal atau menganggap dirinya sebagai rakyat keturunan sesuatu kaum, tetapi rakyat Malaysia.' - Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan.


Beberapa hari sebelum genap 52 tahun Malaysia merdeka, aku cuba menulis dengan topik berjudul patriotik walau isi ceritanya langsung tidak berkait. Antaranya Malaysia Is Where I Belong, I have To Consider My Country First, dan Kerana Mereka Tidak Pernah Faham Makna Dan Tafsirannya.
read more

Saturday, August 29, 2009

Kerana Mereka Tidak Pernah Faham Makna Dan Tafsirannya

1. Persediaan Awal
Letak dan susunaturkan semua peralatan untuk dibawa sekurang-kurangnya 6 jam lebih awal bagi mengelak 'patah balik'. Kerugian masa dan tenaga akan berlaku.


2. Persediaan Untuk Menghadapi Segala Mungkin Keadaan
Air diperlukan di pertengahan jalan. Skill atau kemahiran sangat diperlukan bagi mengelak dari simpati orang kebanyakan.


3. Perubahan Plan
Tidak dirancang dan tidak diduga. Mengambil kira semua keadaan dan akibat atas penukaran sesuatu plan. 'You think too much'. Aku hanya diam.


4. Suara Yang Sebenar
'Giler beb. Masyuk.' Terpana aku seketika. Dilamun Nirmala dan Ainul Mardiah. Tiada kuntuman bunga untuk kuhadiahi.


5. Satu Ruang Kepuasan
Usah ditanya soal lain. Alam mayaku begitu mempesona.


6. Perut, Tolong Jangan Memberontak
Skrin bersaiz besar, dentuman bunyi, dan alunan yang mendesing membuatkan aku letih! Degupan jantung turun naik. Babi.


7. Peyejuk dan Ruang Simpanan
Thanks!


8. Kawah Penuh Kembali, Kuih Ada Kuah, Mee Goreng Jadi Basah
Oh shit!


9. Rasakan Apa Orang Rasa Lebih Kurang Nombor Dua
Aku tak nak disimpati. Jangan pandang. Jangan tengok. Dah cukup waktu, melantaklah kamu semua. Sekejap lagi, aku pula.


10. Baju Udin?
Ada sensor nak pakai. Hehe.


11. Ayam Agak Best Bersama Dingin Pagi
Nyum.


12. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Mahal sekali kasih diberi. Dijahit berkali-kali. Pesan ditambahi. Demi anak dicintai.


13. Pertemuan di 1200
Apa ni? Huh? Damn. Blur.
read more

Tuesday, August 25, 2009

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu, Di Hati Ini Aku Rindu Padamu

oh Tuhanku
berikanlah ketenangan abadi
untukku menghadapi
resahnya hati ini
mendambakan kasih
insan yang kusayang

kerana batasan
adat dan syariat
menguji kekuatan
keteguhan iman
insan yang berkasih
read more

Monday, August 24, 2009

Malaysia Is Where I Belong

Dear electronic diary,


Temujanji tadi berjalan lancar. Si baju-putih nampak lain. Mungkin puasa. Last tengok, sebulan lepas. Cuba ingati tips yang diberi. Tapi, susah la.


Sebelum keluar, aku sambut senyuman itu. Manis. Rasa kenyang tiba-tiba. Ada makna?


Tak adalah.
read more

Sunday, August 23, 2009

Old Trafford

Kami dah sampai. Kamu, anda, awak, kau, hang, dan lu, bila lagi?



Oh ya, di kesempatan ini..
Aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.



sayang, jap je da ramadhan. moga Allah terus berikan kita kekuatan.
read more

Monday, August 17, 2009

Adobe Flash Professional CS3

Selalunya, bila Suhana melihat hasil kerja aku yang agak berkualiti, dia akan minta diajarkan. Aku masukkan installer di komputer riba. Aku install. Aku bukak program. Aku tekan F1 ataupun mengklik 'help' dekat menu bar. Kata-kata terakhir aku ucap, 'explore la'.


Agak keterlaluan. Tapi bagi aku, cara terbaik. Sebab dalam proses kejahilan, kau akan selalu bermain dengan kesilapan. 'Remember the two benefits of failure. First, if you do fail, you learn what doesn’t work; and second, the failure gives you the opportunity to try a new approach.' - Roger Von Oech.


Salah satu tugasan semester ini, aku perlu buat mtv.karoeke. Lagu belum dicari. Nak letak lagu apa hah? Lirik belum dicari. Gambar belum dicari. Flash lagi tak reti nak guna. Dah explore, tetap rasa susah nak guna. Tolong.


Mengadu kat Suhana tadi. Dengan lembutnya dia tuturkan, 'explore la'.
Cais!
read more

Sunday, August 16, 2009

Petua Membentuk Cinta Abadi

Semester lepas, keluar berseronok dengan Wanie, Mizah, Iella, dan Nadia. Beli buku tu. Niatnya, nak bagi kat Zakril. Memang excited. Dalam tu pun dah tulis nota cinta sikit.


Cakap kat Zakril nak keluar. Ayat biasa, 'take care, niat mesti betul, miss u babe'. Balik tu, tanya lagi. Even soal macam polis pun tak pe, tahu awak tu sayang saya. 'Beli ape?'. Aku senaraikan semua kecuali itu buku.


Sampai hari ni tak bagi2. 'Segan la, malu la, tak seberapa la, itu la, ini la'. Ayo!


The fact is 'ramai orang yang penyayang, tapi gagal mempamerkan kasih sayang mereka. Pamerkan sikap romantik anda dengan 'using the words' sekerap mungkin', jelas buku tersebut.


Jadi, pada suatu petang yang indah;

Deena, miss u, miss u, miss u.
Awat hang ni? Nak mati?

Dilempang-lembutnya aku. Dan dileraikan dengan tawa kedua-duanya. Suka kan aku sebut kerap-kerap?

Deena seolah mahu aku mengulanginya sekerap mungkin


*kalau diizinkan Allah, keadaan kembali seperti sediakala, saya akan tunaikan niat saya and most of the time, I will say 'I miss you, I love you and only you, Zakril'.
read more

Friday, August 14, 2009

Sekelumit Rasa Syukur Mengingatkan Aku, Kau dan Dia Untuk Terus Menghargai

Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi dan tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.

Makanya, sayangi dan hargailah apa yang kita ada.


read more

Thursday, August 13, 2009

Bisakah Aku Sepertinya?

Prof. Madya Dr. Zaliha Bt. Hj Hussin


Prof. Madya Dr. NM. Amalina



'Blah la lu!', teriak seteruku.


Itu pengarah kampusku. Dia dah mula marah2 sebab aku sering menolak makan malam bersamanya.


*Al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim.
read more

Tuesday, August 11, 2009

Aku Namakan Ia Harapan

aku paggil tanpa nama
melambai tanpa sahut
menjerit suara lembut
menjelaskan bucu2
membahagi sama banyak
melakar puisi
jiwa kepada jiwa

tanpa
aku mahu
manusia hakimi
dan fahami

aku tafsirkan
ikut kemahuan
ikut citarasa
agar manusia tiada kata
bisu dalam bahasa
tuli tiada deria
buta segala

aku diajarkan
disentuh ruang kalbu
ditanam benih subur
ditutur kefahaman
ditolak keras besi
ditikam sulaan kejam
biar aku rasa darah mengalir
biar aku ngerti pekatnya
lalu berbisik
'perjalanan jauh penuhi ranjau'

dalam kelam aku nyalakan
dalam terang aku berjalan
dalam ribut aku tahankan
perlu aku untuk lainnya?

oh mungkin takdirnya
dijadikan kita berbeza
ada bahagia tapi rahsia
ada durjana tapi terbuka

dan aku meronta
mengusir segala
mengherdik konkrit akal
menepis igauan
mencerca palsuan
melambung ke langit lapan
sesekali disentap
rakus jiwa gelora
membuat aku sembah
tanpa bermaya

mungkin aku perlu tunduk
sujud meratapi
mengangkat hormat
memberi laluan dan jalan
seolah aku tiada rasa
tiada kisah
tiada kecewa
tentang hari esoknya
read more

Monday, August 10, 2009

Keep Fighting, Keep Standing

Melat keluar dari toilet. Kaka dari jauh jerit, 'woi, wait for me'. Abie dari ceruk mana terus menunjukkan tanda senyum. Anieoz dah ready. Nak senyum tak senyum. Ee steady je. Melat ingat tak nak tidur. Amalina macam biasa, always cool. Alicia dengan serentak melompat said peace!


SSSssNAApppp!!!!

read more

Sunday, August 9, 2009

Kalau Saja Aku Dapat Bunuh Kesedihan Itu, Akan Aku Kerat 18, Cincang Lumat2

my mind is gone, i'm spinning round
and deep inside, my tears i'll drown
i'm losing grip, what's happening
i stray from love, this is how I feel


kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
mengapa kasih, harus ku alami


i miss your smile
and I still shed a tear
every once in a while
and even thougt it's different now
you're still here somehow


walau berkali ku tangisi
tak mungkin kau kan kembali
ku tak berdaya mengharungi sendiri
tanpamu hidupku tak bererti
hari berlalu kau kian jauh


so am I still waiting
for this world to stop hating
can't find a good reason
can't find hope to believe in


ku sadari saat manis akan pergi
biar aku ngerti
kerna aku mahu kamu


you were everything, everything that I wanted
we were meant to be, supposed to be, but we lost it


*****

'Sudah ar sikit2. Bil air naek woi!', jerit Suhana.


Dushhhh..


Aku keluar bertuala dan mengukir senyuman paling indah. Mengharapkan kesedihan pergi bersama buih-buih sabun.
read more

Saturday, August 8, 2009

Himpunan Kisah-Kisah Pendek

1) Di Gedung Ilmu
RM 3. Tiga ringgit. Cukup ke? Mesin keluaran duit jauh. Tawakal.

Tak ramai. Aku terus menuju ke kaunter. Aku mahu pulangkan. Dimintanya kad pelajar aku. Mula memeriksa empat buah buku itu. Entah kesibukan apa yang aku alami hingga melupai tarikh penghantaran. Hasilnya, lewat dan didenda.

Dari sudut mana, dari kedudukan mana, dan dengan sekejapnya deretan manusia dibelakang aku mula membentuk barisan. Aduh, tiga ringgit ini bakal memalukan aku. Kenapa aku begitu yakin dengan denda kelewatan buku pinjaman perpustakaan hanya serendah tiga ringgit. Apa aku tidak mampu meramal sebelumnya. Apa aku punya teman di sebelahku untuk berhutang wang.

Ambil mudah betul! Atau, dengan muka tebal aku toleh ke belakang minta pertolongan. Atau, berterus terang dengan abang-kaunter. Atau aku batalkan penghantaran dan berlari mendapat mesin keluaran duit. Masa semakin lambat berputar. Untuk mengimbas data kulit hadapan empat buah buku sangat aku rasai detiknya. Mataku mengekori setiap tingkah abang-kaunter.

Saatnya kurasakan makin hampir. Aku menunggu nilai yang keluar dari bibirnya.

'Dua ringgit sembilan puluh sen', satu nilai yang betul-betul menyelamatkan hari aku.

Aku keluar dengan senyuman. Otakku masih menerjah persoalan.
Kalau RM 3.10?
Kalau RM 3.20?
Kalau RM 3.30?

Hah, pedulikan. Aku sudah berada di zon selesa. Dan aku menuju ke ATM Bank Islam dengan penuh minat.

2) Putih Persalinannya
Perkiraan aku, aku sudah tidak berhadapan dengan perkara yang sama lagi. Kali ini setelah bertahun-tahun, aku mula menagih cinta manusia berpakaian serba putih. 'Amalina, kalau tak ok jugak datang sini lagi ya', pesan dia sebelum aku keluar dari biliknya.

Huh.

Ada insan yang ikhlas menjaga aku hingga hari tuaku?

3) Sumbangan
Suhana memberi khidmat pesanan ringkas. Menanyakan kepuasan hati terhadap pemberian Chaq. Suhana dan Amalina seringkali merosakkan keadaan. Dan kerap kali dibilangi mereka, 'bukan sengaja'. Telefon bimbit Suhana rosak. Dan wayar pengecas buku notaku putus. Chaq mahu menjadi penyelamat. Simpati mungkin.

Aku yang mendapat charger baru itu seperti dapat mengaktifkan semula kehidupan mayaku. Dan pastinya aku sudah boleh menghadap keajaiban Tuhan bernama teknologi tanpa mengikut kuasa bateri lagi.
read more