Saturday, April 25, 2009

"Yes, He's My President"


Recently, Pak Lah said that;

Dengan ini saya menyerahkan tugas-tugas negara kepada Zakril bagi memastikan

  • keamanan hati Amalina dipelihara
  • keharmonian hubungan berterusan
  • sikap toleransi dikekalkan
  • kebajikan Amalina dijaga
  • janji-janji dikotakan
  • hari Amalina bermakna

Sementelahan, Najib dan rakyat tidak boleh mencampuri urusan mereka dan ekonomi negara haruslah dijaga dari masa ke masa.
read more

Tuesday, April 21, 2009

Kau Curiga?


Curiga divided by two. Buruk sangka atau waspada. Buruk sangka adalah menuduh tanpa
bukti. Berdosa. Tak boleh buruk sangka, boleh waspada.
read more

Thursday, April 16, 2009

Perjuangkan Kata Hati atau Undur Diri



K.E.L.I.R.U.
like blue
read more

Thursday, April 9, 2009

Ulasan Saya Sepanjang 10 Minggu Sesi Perkuliahan


akhir Disember 2008
perasaan bermain bersama rasional
kasih keluarga perlu dilepaskan
demi bebanan tugas
yang perlu dilaksanakan

hadirnya Farah
yang setia mendengar
cermat dalam pertuturan
mengingati dalam pengalaman
kuota lima waktu saling berpesan
munculnya Nadia
hebatnya dalam pergaulan
tak pernah terkilan
menyambungi lagu setengah jalan
boleh diajak makan sepinggan
semuanya melengkapkan fitrah aku
membesar dalam dunia senior

tidak lupa pada kawan-kawan
yang sentiasa wujudkan cabaran

tapi, ayam tak selalunya berkokok
itik tak selalunya menyelam
Pak Lah pun dah berhenti
Najib pula menguasai

begitu juga dengan aku
pertukaran berlaku
atas sebab tertentu
mungkin terlalu kaku
untuk aku huraikan
satu persatu

bertalu tanyaan
mengapa ini, mengapa itu
fahamilah aku
dari satu sudut positif

tertanya aku
bolehkah aku sesuaikan diri di tempat baru?
bagaimana penerimaan orang terhadap aku?
kentalkah aku dengan bakal-bakal dugaan?

pertengahan Januari 2009
kekalutan melandai
daftar itu ini
naik turun HEA dan HEP
matric card diperbaharui
subject mesti divalidasi
lega, hujung bulan cuti

February & March 2009
kucing tak pernah lupa ikan
manusia selalu lupa nak bagi makan
dugaan juga tak pernah lupa aku
aku yang lupa Tuhan
baru aku kenal siapa kawan
siapa lawan

senyuman memikat
gigi berkarat
kemas lipatan
gunting di dalamnya
meski daging dibaluti kulit
duri di dalamnya
pandang ke belakang
pun ditikam jua

itu bukan persoalannya
pekakkan telinga
bisukan mulut
fikirkan quiz, test, assigment
biarkan mereka bicara
bersama Tuhan kelak

tidak cukup dengan itu
ada peristiwa pilu
saat manusia menghabiskan sisa hidup
dengan menghitung dosa
dia mencari salah aku
menuduh aku
memburukkan aku

aku terkilan
dia bukannya belasan tahun macam aku
yang boleh aku anggap kebudakan
tapi, dia seorang wanita berpendidikan
rasa hormat aku hilang pelan2
hanya dengan perangai dia menjelikkan

dalam celah itu
muncul insan berjiwa murni
mahu berbakti
dengan memberi kasih sebagai ganti
aku pun ternanti
saat bila akan jadi pasti
semua janji

terjawab aku dengan soalan dulu
bolehkah aku sesuaikan diri di tempat baru?
bagaimana penerimaan orang terhadap aku?
kentalkah aku dengan bakal-bakal dugaan?
memang benar, sakitnya dugaan itu

awal April 2009
10 minggu sesi perkuliahan sudah dihabisi
leraikan dendam dan rasa hati
final dah menanti
aku nak study
aku taip ni bukan nak minta simpati
aku mahu pelajari
yang bukan semua manusia berhati!


NM. Amalina

9 April 2009
read more

Monday, April 6, 2009

Pinta Aku

Ya Allah..
Aku memohon cintaMu dan
cinta orang-orang yang mencintaiMu dan
cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu..
read more