Thursday, April 9, 2009

Ulasan Saya Sepanjang 10 Minggu Sesi Perkuliahan


akhir Disember 2008
perasaan bermain bersama rasional
kasih keluarga perlu dilepaskan
demi bebanan tugas
yang perlu dilaksanakan

hadirnya Farah
yang setia mendengar
cermat dalam pertuturan
mengingati dalam pengalaman
kuota lima waktu saling berpesan
munculnya Nadia
hebatnya dalam pergaulan
tak pernah terkilan
menyambungi lagu setengah jalan
boleh diajak makan sepinggan
semuanya melengkapkan fitrah aku
membesar dalam dunia senior

tidak lupa pada kawan-kawan
yang sentiasa wujudkan cabaran

tapi, ayam tak selalunya berkokok
itik tak selalunya menyelam
Pak Lah pun dah berhenti
Najib pula menguasai

begitu juga dengan aku
pertukaran berlaku
atas sebab tertentu
mungkin terlalu kaku
untuk aku huraikan
satu persatu

bertalu tanyaan
mengapa ini, mengapa itu
fahamilah aku
dari satu sudut positif

tertanya aku
bolehkah aku sesuaikan diri di tempat baru?
bagaimana penerimaan orang terhadap aku?
kentalkah aku dengan bakal-bakal dugaan?

pertengahan Januari 2009
kekalutan melandai
daftar itu ini
naik turun HEA dan HEP
matric card diperbaharui
subject mesti divalidasi
lega, hujung bulan cuti

February & March 2009
kucing tak pernah lupa ikan
manusia selalu lupa nak bagi makan
dugaan juga tak pernah lupa aku
aku yang lupa Tuhan
baru aku kenal siapa kawan
siapa lawan

senyuman memikat
gigi berkarat
kemas lipatan
gunting di dalamnya
meski daging dibaluti kulit
duri di dalamnya
pandang ke belakang
pun ditikam jua

itu bukan persoalannya
pekakkan telinga
bisukan mulut
fikirkan quiz, test, assigment
biarkan mereka bicara
bersama Tuhan kelak

tidak cukup dengan itu
ada peristiwa pilu
saat manusia menghabiskan sisa hidup
dengan menghitung dosa
dia mencari salah aku
menuduh aku
memburukkan aku

aku terkilan
dia bukannya belasan tahun macam aku
yang boleh aku anggap kebudakan
tapi, dia seorang wanita berpendidikan
rasa hormat aku hilang pelan2
hanya dengan perangai dia menjelikkan

dalam celah itu
muncul insan berjiwa murni
mahu berbakti
dengan memberi kasih sebagai ganti
aku pun ternanti
saat bila akan jadi pasti
semua janji

terjawab aku dengan soalan dulu
bolehkah aku sesuaikan diri di tempat baru?
bagaimana penerimaan orang terhadap aku?
kentalkah aku dengan bakal-bakal dugaan?
memang benar, sakitnya dugaan itu

awal April 2009
10 minggu sesi perkuliahan sudah dihabisi
leraikan dendam dan rasa hati
final dah menanti
aku nak study
aku taip ni bukan nak minta simpati
aku mahu pelajari
yang bukan semua manusia berhati!


NM. Amalina

9 April 2009

24 Comment(s)

avatar

de bakat jadi sasterawan ni
hihi
:]

avatar

sasterawati la..
hihi
:P

avatar

hehehe... wah, org nk curi masuk dlm blog org ley? heheh.. :) pandai buat puisi.. ley kawen ngn faisal tehrani.. wuah3... :P

avatar

silekan..
kawen?nk tgu Z ah..

avatar

lupe.. dah ade Z! HAHA.. :p

avatar

Z pn mybe lupe dia ade sye..
;(
pathetic lak..

avatar

Wow...
mkin berbkat ang no..
x aci ar pksa aku comment ang...
huhu..
aku teraniaya....!!!
waaaaa....

avatar

haha3..
igt nk kumin pape..
tulus t0i kmen ang.
xP

avatar

bakal sasterawan ngra ko nie..
hehhee.nice2!!

avatar

hehe3..
melambung aku..
ngee~
:D

avatar

bermadah sakan hg no... pning jugak aku nk mmikirkan mksud dsbalik kta2 puitis hg tu....hahha...bleh la ni klu nk mntak tulis puisi..

avatar

hehe3..
ank didik Zaharah nie..
But in da end, anda fhm kan mksdnyer
:D

avatar

Bukan jiwang, MEAT bahasa (check di brisan Rakyat Jelata) cakap..

*Ini adalah kejuruteraan kata-kata

avatar
Anonymous DeleteReply

indah dan mendalam..realy meaningfull...

avatar

Hoho..
rely appreciate!

avatar

ramainya komen

avatar

rmynya pminat...

avatar

Leemauasia-->ramainya rkyt M'sia..

avatar

Amira-->rmynya artis..

avatar

myentuh ati btul ang nyer sastera ni.. apapun.. Gd luck for final exm!

avatar

mungkin kau lupa masukkan nama ku pada mulai 22 april 2009.
tapi ta mengapa.
aku faham.
aku terlalu special padamu ..

hey..why i talked diz way??

avatar

hahaha..
btul2..

cter kmu dgn aku soon la..
dun woory
=)