Tuesday, May 26, 2009

Saya Ambil Masa Dan Saya Berikan Masa

Jika kau menangisi kekecewaan semalam, ambil masa. Semalam bukan untuk ditangisi sebaliknya untuk menjadikan kau lebih kuat. Aku tahu, pedih, susah, sakit, macam haram. Tapi, tak berguna jika kau masih tak tergadah. Biarkan masa yang merawat.

Lima tahun lepas, kau mengusahakan sebuah perniagaan. Dan kau mula sedar lama-kelamaan semakin lembab, merangkak, siput, dan akhirnya lingkup. Kau mula menuding jari. Itu tidak stabil, ini tidak kukuh. Macam-macam. Duduk dan fikir. Sebenarnya lima tahun itu adalah masa terbaik kau. Masa di mana zaman meniti kegagalan kau. Kalau kau tak lalui itu, kau takkan jumpa rumus untuk gagal. Sekarang, masa untuk kau tukarkan rumus itu. Dan lima tahun akan datang, kau akan cakap di media massa 'kejayaan saya hari ini, kerana kegagalan yang lepas. Saya ambil masa untuk bangun semula'. Hadirin bertepuk tangan.

Azali lagi, kau punya ibubapa, dan salah seorang menunjukkan kecenderungan kau untuk lebih berinteraksi, ini dinamakan keserasian. Kau serasi dengan ibu? Kau serasi dengan bapa? Misalan, aku serasi dengan bapa. Sepuluh tahun lebih setelah ditolak masa di asrama masa di sekolah, masa di kolej, dan masa-masa lain yang aku tak bersamanya. Sepuluh tahun lebih untuk wujudkan keserasian ini di mana aku merasa tidak sedap hati apabila membohonginya, aku rasa gelisah jika terkenang salah-salah aku padanya dan dia hadir saat jiwa aku resah seakan tahu aku perlukannya. Tanya aku, bagaimana keserasian ini wujud? Dengan masa. Keserasian tidak dapat wujud dalam sehari. Jika kau mahukan keserasian yakni kefahaman tahap dewa satu sama lain, ambil masa dan berikan masa.

Jika kau menduduki di bawah sebuah pemerintahan yang masih setahun jagung, kau tidak boleh menyatakan pendapat atau kritikan bodoh kau di mana-mana kedai kopi, tidak boleh memburukkan sesuatu yang mana kau belum cukup dengan bukti, hujah serta premis yang lengkap. Itu warganegara yang menghormati sebuah pemerintahan. Sebaliknya kau ada medium yang sesuai untuk mengkritik apabila berhadapan dengan sebuah pemerintahan yang sama sekali tidak menunjukkan puas di hati kau. Apa yang penting, berikan masa untuk mereka membuktikan pembaharuan yang dibawa mereka. Jika kau sendiri yang pegang tanggungjawab itu, apa kau mampu menyediakan segala-segalanya untuk rakyat, apa kau mampu setanding negara-negara lain, apa kau mampu mengurangkan jumlah samseng jalanan. Ya, kau mampu jika kau punya masa, kredibiliti dan sebuah pemerintahan yang konkrit.

Jika kau punya seorang kekasih yang menyintai kau tapi dalam masa yang sama masih belum cukup kenal kasih sayang antara kau dan dia, masih tercari-tercari orang selepas kau, masih tidak merasa cukup dengan kau, masih menyintai kekasih lamanya, masih mahu keluar dengan orang lain yang boleh menimbulkan syak, masih dan masih,masih. Kenapa masih ada masih? Sebab dia tak pernah sedar yang kau adalah terbaik. Jadi, untuk jadi terbaik, berikan masa untuk dia menjelajah segala isi dunia sebelum dia kembali semula pada kau dan menyatakan sepanjang penjelajahannya hanya kau yang terbaik.

Mengambil atau memberi masa bermakna kau memberi ruang dan peluang kepada keadaan di mana kau tidak mampu lagi mengawal kebijaksanaan akal, gelora emosi, lebihan tekanan, hirisan jiwa atau seumpamanya. Dalam erti kata lain kau tidak dapat menyatakan sesuatu keputusan dalam masa yang singkat. Maka, ambil masa atau berikan masa. Dan harus kau ingat, masa perlukan kesabaran. Kesabaran itulah yang selalu menggangu kau. Tundukkan keegoaan, kembali pada Tuhan, dan aku yakin, kau ada formula untuk setiap dugaan!

Dan terima kasih kerana ambil masa untuk membaca entri kali ini sampai ayat akhir.
read more

Sunday, May 17, 2009

Tiga Serangkai


Semalam, Selamat Hari Guru.
Terima kasih cikgu!

Hari ini, Hari Memperingati HIV/AIDS Sedunia.
Hapuskan diskriminasi!

Esok, Afif's Birthday.
Selamat hari jadi yang ke tujuh.
Sayang Afif!
read more

Tuesday, May 12, 2009

Sabar dan Yakin

Rindu.
read more

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Mak, hari ini semua orang menyambut hari ibu. Selamat Hari Ibu, mak. Errmm... hadiah-harapkan-kotak-je-besar kat katil mak tu adik balutkan semalam. Itupun guna duit mak yang diminta seminggu lalu. Mak, susah la adik nak gambarkan kasih sayang adik buat mak di blog ni.

Yang adik tahu adik sayang mak. Terima kasih mak, besarkan kami adik beradik. Beri kami pendidikan. Beri kami kasih sayang.

Dan hari ini memang untuk mak. Tapi bagi adik, hari-hari adalah untuk mak.
read more

Monday, May 4, 2009

Mari Sebilik Denganku, Dan Rasai Nikmatnya

Pada mulanya aku berkira-kira, mana satu mahu diletakkan dahulu. "Amalina, make sure yang latest di atas", sambil menghulurkan sefail minit-minit mesyuarat Program Lima Bintang. Itu pesanan warden aku tiga tahun dulu. Jadi aku mulakan dengan cerita dengan kisah terbaru aku.


(Seminggu sebelum final-April 2009)
Nurdeena Fitriyah a.k.a Deena
She called me 'Amalina Ah Ah'. Habis dinding aku diconteng :
Sungguh ku tak mampu

menahan rindu
ah ah
pabila diri ini
jauh darimu ah ah
Gila budak ni. Berkali-kali aku cuba jelaskan aku dah turunkan semua ilmu pada Inul.


(Sesi Disember 2008-April 2009)
Nur Syazwani a.k.a Wan
Aku suka melihat ketertiban Wan. Wan sangat kemas dalam setiap kerja yang dilakukan.
Hamizah a.k.a Mizah
Mizah patuh pada jam. Life dia sistematik. Dia ada waktu yang tetap untuk makan, study, online, discussion, kuliah, dan tidur. Tak macam aku, berterabur. Ada assigment, beres. Ada final project, beres. It means, she manage her time wisely.
Nurul Nadia a.k.a Nad
Sekepala. She knows what I want and vice versa. Kuat menghafal.
Siti Nazilla a.k.a Iela
Tak boleh hidup tanpa Gardenier. Hahah!


(Karnival Sukan Mahasiswa[KARISMA 2008])

Melati a.k.a Melat
Good defender.
Atiqah a.k.a Kaka
Adorable.
Amira a.k.a Anieoz
Gila punya handal. MUFC Fans gila-gila-gila. Berbakat. Penjaring terbanyak.


(Sesi Dis 07-April 08, Julai 08-Nov 08)
Hanisah a.k.a Cha

Best. Kelakar. Happy. Sharing. Bab melalut terserah. Bahagia dengan Aimy. "Ama, apa cita-cita Ama?". She always ask unexpected question.
Hanis Nurhanini a.k.a Nini
Cousin Anne (Hot FM). Maju dengan perniagaan selendang. "Ama, salah lirik la". She's good in songs. She can dance. Bahagia dengan Andy.
Irni Nadia a.k.a Nad
"Ama, belikan orang air satu!!!!!!". Tak payah pakai microphone kalau nak pesan apa-apa dalam jarak jauh.
Farah Hazwani a.k.a Far
Polite girl."Hey budak kecik, dah makan belum." She always take care of me.
Elma a.k.a Ema
Ah moi. Kecoh. "Eh, sape nama kau?". She's so harsh at the first sight.


(Sesi Julai 2007-November 2008)

Siti Nur Fatihah a.k.a Efa
Give support to me for any activities. "Amalina, kalau kau menang, bagi aku amek hadiah tau." She likes stage so much.


(SPM 2006)

Nur Sariyah a.k.a Seri
Biro akademik.
Siti Zubaidah a.k.a Zu
Good in arts.
Siti Nur Saadah Dalila a.k.a Ella
Kalau nak perang, bawak dia. Our protector.
Latifah a.k.a Tipah
Biro Keceriaan.
Nur Hamizah a.k.a Mizah
Biro Kebajikan.
Puan Azizah a.k.a Ummi
Warden Asrama.
Syakinah a.k.a Kienah
Biro Sahsiah. Setiakawan.
Nurul Nadia a.k.a Nadia
Biro Sukan.


(1990-present)

Nur Mariaminul Suhana a.k.a Na

Golongan 89. Sekitar 90-an mula menyapa aku dengan panggilan adiknya. Mula berbilik dengan aku seawal tujuh tahun sampai sekarang. Punya hati yang tabah. Sukar menunjukkan beliau dalam keadaan terluka, kecewa atau marah.

****

Sengaja aku tak link kan nama mereka, kerana mereka menyimpan rahsia bilik tidurku. Haha. Siapa pun mereka, mereka adalah sebahagian dalam hidup aku. Mereka mencorakkan aku. Mereka pernah bersusah payah demi aku. Mereka tahu siapa aku. Mereka memberi keyakinan sewaktu aku jatuh. Mereka berikan aku harapan. Mereka ada waktu senang dan susah aku. They're big person in my life!! Mereka adalah mereka. Tolong sepak terajang aku kalau aku dah mula lupakan mereka.

Dan esok, aku mula berkemas untuk pulang ke halaman tercinta sebab aku sudah kehabisan kertas untuk dijawab. Siapa mahu jadi roomate atau housemate aku untuk semester hadapan, sila dapatkan borang untuk merasai nikmatnya. Tiada jaminan untuk dibahagiakan.
read more

Friday, May 1, 2009

Perkataan Kata Berkata-Kata

aku mahu berkata
mungkin akan terluka

aku mahu berkata
tapi pada siapa

aku mahu berkata
tiada bersuara

perkataanku sia-sia
maka aku diamkan saja
read more