Tuesday, May 26, 2009

Saya Ambil Masa Dan Saya Berikan Masa

Jika kau menangisi kekecewaan semalam, ambil masa. Semalam bukan untuk ditangisi sebaliknya untuk menjadikan kau lebih kuat. Aku tahu, pedih, susah, sakit, macam haram. Tapi, tak berguna jika kau masih tak tergadah. Biarkan masa yang merawat.

Lima tahun lepas, kau mengusahakan sebuah perniagaan. Dan kau mula sedar lama-kelamaan semakin lembab, merangkak, siput, dan akhirnya lingkup. Kau mula menuding jari. Itu tidak stabil, ini tidak kukuh. Macam-macam. Duduk dan fikir. Sebenarnya lima tahun itu adalah masa terbaik kau. Masa di mana zaman meniti kegagalan kau. Kalau kau tak lalui itu, kau takkan jumpa rumus untuk gagal. Sekarang, masa untuk kau tukarkan rumus itu. Dan lima tahun akan datang, kau akan cakap di media massa 'kejayaan saya hari ini, kerana kegagalan yang lepas. Saya ambil masa untuk bangun semula'. Hadirin bertepuk tangan.

Azali lagi, kau punya ibubapa, dan salah seorang menunjukkan kecenderungan kau untuk lebih berinteraksi, ini dinamakan keserasian. Kau serasi dengan ibu? Kau serasi dengan bapa? Misalan, aku serasi dengan bapa. Sepuluh tahun lebih setelah ditolak masa di asrama masa di sekolah, masa di kolej, dan masa-masa lain yang aku tak bersamanya. Sepuluh tahun lebih untuk wujudkan keserasian ini di mana aku merasa tidak sedap hati apabila membohonginya, aku rasa gelisah jika terkenang salah-salah aku padanya dan dia hadir saat jiwa aku resah seakan tahu aku perlukannya. Tanya aku, bagaimana keserasian ini wujud? Dengan masa. Keserasian tidak dapat wujud dalam sehari. Jika kau mahukan keserasian yakni kefahaman tahap dewa satu sama lain, ambil masa dan berikan masa.

Jika kau menduduki di bawah sebuah pemerintahan yang masih setahun jagung, kau tidak boleh menyatakan pendapat atau kritikan bodoh kau di mana-mana kedai kopi, tidak boleh memburukkan sesuatu yang mana kau belum cukup dengan bukti, hujah serta premis yang lengkap. Itu warganegara yang menghormati sebuah pemerintahan. Sebaliknya kau ada medium yang sesuai untuk mengkritik apabila berhadapan dengan sebuah pemerintahan yang sama sekali tidak menunjukkan puas di hati kau. Apa yang penting, berikan masa untuk mereka membuktikan pembaharuan yang dibawa mereka. Jika kau sendiri yang pegang tanggungjawab itu, apa kau mampu menyediakan segala-segalanya untuk rakyat, apa kau mampu setanding negara-negara lain, apa kau mampu mengurangkan jumlah samseng jalanan. Ya, kau mampu jika kau punya masa, kredibiliti dan sebuah pemerintahan yang konkrit.

Jika kau punya seorang kekasih yang menyintai kau tapi dalam masa yang sama masih belum cukup kenal kasih sayang antara kau dan dia, masih tercari-tercari orang selepas kau, masih tidak merasa cukup dengan kau, masih menyintai kekasih lamanya, masih mahu keluar dengan orang lain yang boleh menimbulkan syak, masih dan masih,masih. Kenapa masih ada masih? Sebab dia tak pernah sedar yang kau adalah terbaik. Jadi, untuk jadi terbaik, berikan masa untuk dia menjelajah segala isi dunia sebelum dia kembali semula pada kau dan menyatakan sepanjang penjelajahannya hanya kau yang terbaik.

Mengambil atau memberi masa bermakna kau memberi ruang dan peluang kepada keadaan di mana kau tidak mampu lagi mengawal kebijaksanaan akal, gelora emosi, lebihan tekanan, hirisan jiwa atau seumpamanya. Dalam erti kata lain kau tidak dapat menyatakan sesuatu keputusan dalam masa yang singkat. Maka, ambil masa atau berikan masa. Dan harus kau ingat, masa perlukan kesabaran. Kesabaran itulah yang selalu menggangu kau. Tundukkan keegoaan, kembali pada Tuhan, dan aku yakin, kau ada formula untuk setiap dugaan!

Dan terima kasih kerana ambil masa untuk membaca entri kali ini sampai ayat akhir.

18 Comment(s)

avatar

time is the best healer

lalala~

avatar

joegrimjow-->yeah..u're rite!

ファラ 'aqila-->gold is timer..
haha

avatar

aku suke perkataan AMBIL MASA,tapi aku tak suke rase beliau..hehe

avatar

hehe...ku ambil masa utk singgah kejap...


dan.. tibe2 nak bace...

avatar

jard memang suka mengambil masa orang.

avatar

sama-sama. haha. =P

well, salam kenal

avatar

ya... ada masa kita rasa nak pegunkan masa. dan aada masa kita nak biarkan masa berlalu begitu sahaja.

avatar

masa itu emas
masa itu wang
masa itu usia
masa itu jam
masa itu hari
masa itu tahun

macam2 bab masa

avatar

Salam..

"pang..."
sakit hooo....
kena tampar dek kata2..

thanks for sharin...

avatar

masa itu emas..
maka jual la emas itu utk dapatkan wang..
hehe!

avatar

anda amat satera orgnyer...
thniah...

u're followed!

avatar

berat betul bacaan kali ni...kena plak tgh malam camni..ehehehe

avatar

demi masa...

banyak orang abis kan masa ^_^

avatar
Anonymous DeleteReply

masa bkn emas or wateve as above..masa adalah nyawa..kerana nyawa tak kan dpt di kembalikan seperti masa..sgt bagus topik awak kali ni..

avatar

hi there:)
suke baca blog nie:)

avatar

ala.. pnjang plak, x byk msa klu dok kt yan ni...

avatar

penjenayah.merah.jambu.-->aku lak suke berikan mse..haha


Jard The Great-->Thanx 4 visiting


StingRay-->kamu pn ske amek mse ku


ije-->yeah,nice 2 know u..


izman-->dan ada masa kita nk hrgai


haruan tasek-->masa itu mouse
masa itu CPU
masa itu system
masa itu program
masa itu untuk blogging


LotsOfLove-Pearls-->haha,nseb bek x de kmlgn jiwa..
wlcme!


khucaie-->dpt wang,kubahagikn sama rata kpd aku. haha


najwa hazirah halmi-->sy amat hrgai pujian itu.. =)


HEMY-->anda hrus truskan pmbacaan krn masa bgitu bhrga. haha


Lun-->dan dmi mse byk org da untung


Anonymous-->ya..kamu btul.apa yg kita buat hari ni x boleh diputar atau dibelitkn kmbali..coz time always move on.


miEz haNeM-->hai..
dtg2 la slalu..


Amira-->i ade je msa. cmner tu?