Thursday, July 30, 2009

Aku Mahukan Ini


'Amalina, its just for you', said someone. Oh, aku rela menanti harinya!


(Citarasa aku tidak setinggi kau. Cukup dapat berfungsi dengan baik dan mengikut setiap kehendakku)
read more

Wednesday, July 29, 2009

Kenapa Kalian Tidak Pertahankan Apa Yang Kalian Mahu Di Penghujungnya, Inikah Penghujungnya?

Please text me 'september always wait for 4th of us'.
Four?
read more

Monday, July 27, 2009

Kerna Ku Sayang Kamu

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkinku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Ku ingin bersama dirimu
Ku takkan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu ku nanti
Kerna ku sayang kamu

Hati ini
Selalu memanggil namamu
Dengarlah Amalinaku
Ku berjanji
Hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpa mu disisiku
Ku kan slalu menantimu

Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkinku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku

Yeah, its so valuable. And I always hope that the same man will sing it back to me.
read more

Saturday, July 25, 2009

Apa Salah Saya? Saya Masih Mahu Belajar

Deena : Woi, esaimen bila nk buat.
NM. A : x mau bt.
Deena : Gila ka apa. bila mau buat!!
NM. A : Aku ase x mau study dah ar. tension. asigment pn x mau bt dah!
Deena : What a fuckin sentence.
NM. A : Haha
Deena : Hang terlebih crdt ke smpi text haha je
NM. A : x yah la isau. kita enjoy dulu beb
Deena : Siyez risau. x bt esaimen 305 ngn java2 lg ni.
NM. A : ok dear. see u on sunday
Deena : mana buleh ahad. nk buat kena b4 ahad lah. ish
NM. A : Haha
Deena : Apa die hang ni. apa hat lwk sgt. buat esaimen pn lwk ka
NM. A : tamau. tamau buat!
Deena : woi ng0ng! hang ckp apa


*****


Semoga Deena baca entri ini dan tidak ke kelas esok pagi kerana our campus dikuarantin untuk tempoh seminggu. Haha. Cuti, yey!


(Semua pelajar UiTM Kedah, Kelantan, dan Terengganu dikehendaki menghadiri kuliah seperti biasa mulai 2 Ogos 2009)
read more

Thursday, July 23, 2009

Siapa Anonymous?

Di satu sudut aku hanya memerhati mereka yang lain bersama pasangan masing-masing. Mengikut rentak irama. Sesekali mengikut rentak mereka sendiri. Ke kanan, ke kiri, berpusing, menggayakan mengikut kemahuan. Oh, indahnya lekuk-lekuk yang kelihatan.

Mungkin aku ditakdirkan untuk ganjil. Tidak berpasang. Atau menjadi lebihan bagi mereka yang masih bertenaga. Atau kepada seseorang yang jauh lebih baik.

'Will you dance with me?', satu suara seakan berbisik.
'My pleasure', jawabku serentak menyambut tangan yang dihulurkan.

Nina seakan tahu setiap langkahku. Membuatkan aku lebih yakin. Dari Inai ke Joget. Dari Mak Inang ke Zapin. Dari Melinting ke Andun. Begitu juga Baksa Kembang, Tari Radap, Bampa, Bambangan Cakil dan Dingu. Agak sukar menjadi sepertinya pada pertama kali. Mungkin tak terpelecek, bisa jatuh bergolek apabila rentak kaki tidak diseimbangkan dengan badan yang sudah diiramakan. Ah, itu bukan alasan. Keghairahan Nina dalam ballroom, ballet, waltz, tango, mambo, salsa, dan cha-cha menggambarkan dia lebih serasi dengan tarian-tarian moden.

*****

Aku tersasar jauh ke bidang teknologi dan Nina masih menjadi tenaga pengajar di situ. Langkah yang selari, jiwa yang serasi, dan rentak yang dikongsi membuatkan aku dan Nina menjadi lebih akrab. Aku lebih senang dengan kelakuannya yang tidak membezakan pangkat apa kau ada, kau anak siapa, sentiasa percaya apa yang dibuat, rendah diri, menyatakan pendapat sejujurnya, dan kadang-kadang bersifat 'private and confidental'. Erm, gambarnya itu pun telah diluluskan keizinan untuk ditayang umum setelah diajukan permohonan bertulis.

Malam itu, selepas acara kemuncak berakhir aku menuliskan sesuatu pada sehelai kertas tisu. 'See me at relaaku.blogspot.com yea..'. Sepertinya aku tidak mahu persahabatan kami berakhir di situ.

Hohoho..

Sampai hari ini, Nina adalah Anonymous di setiap komentar penulisan aku. Ya, setia sekali. Dari dulu sampai sekarang. She supports me. I feel that she always here beside me even we are far far away. Terima kasih, teknologi. Terima kasih, Nina.
read more

Sunday, July 19, 2009

Kembalikan Data Yang Hilang

Genap empat minggu pendrive aku hilang.

Aku letakkan atas meja. Aku mahu cepat ke destinasi petang aku. Pantas aku mencapainya. Tapi, baju belum ditukar. Aku letakkan semula. Kali ini, atas katil. Semuanya sudah siap. Atas katil kan aku letak tadi? Aku cari. Cari lagi. Mula menarik nafas panjang.

Hoi, aku sudah lambat! Aku menyorong badan aku ke bawah katil. Kepala dipusingkan 180 darjah. Aku ke tepi katil pula. Menyelak-nyelak cadar. Fu**! Ha***! Ba**! Pelbagai yang keluar dari mulut aku tatkala emosi semakin memuncak. Aku teruskan pencarian. Mengangkat bantal. Menarik semua isi atas katil. Mencari satu demi satu di helaian kain. Mula menjelajah ke rak buku. Sekitar dinding. Dalam bakul. Tepi kotak-kotak. Tak ada. Aku terduduk di sudut bilik dengan kepala yang semakin tunduk. Aku nampak keletihan. Puluhan peluh mula mengalir.


Aku membatalkan niat untuk keluar petang itu dengan emosi di paras bahaya.


*pendrive aku punya banyak folder yang begitu peribadi
(pengajaran:jangan percayakan pendrive sebagai simpanan data paling selamat)
read more

Tuesday, July 7, 2009

Teringat Lagi


Zakril selalu cakap :

Ini bukanlah rencana untuk memisahkan kita tapi ini dugaan. Apa yang penting, terima seadanya, sabar, banyakkan doa, dan percaya janji Tuhan. InsyaAllah, kita akan dapat.

Terkenang firman Allah,

Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sesuatu; perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)

Aku kembali tenang.
read more

Sunday, July 5, 2009

Semester Baru Dan Roomate Baru

Name : Ziana
Age : 20
Course : Bachelor in Information System Management

Name : Azie
Age : 19
Course : Diploma in Accountancy

Name : Ain
Age : 18
Course : Diploma in Accountancy


*nama penuh dan foto wajah masih dalam carian.
read more