Tuesday, August 11, 2009

Aku Namakan Ia Harapan

aku paggil tanpa nama
melambai tanpa sahut
menjerit suara lembut
menjelaskan bucu2
membahagi sama banyak
melakar puisi
jiwa kepada jiwa

tanpa
aku mahu
manusia hakimi
dan fahami

aku tafsirkan
ikut kemahuan
ikut citarasa
agar manusia tiada kata
bisu dalam bahasa
tuli tiada deria
buta segala

aku diajarkan
disentuh ruang kalbu
ditanam benih subur
ditutur kefahaman
ditolak keras besi
ditikam sulaan kejam
biar aku rasa darah mengalir
biar aku ngerti pekatnya
lalu berbisik
'perjalanan jauh penuhi ranjau'

dalam kelam aku nyalakan
dalam terang aku berjalan
dalam ribut aku tahankan
perlu aku untuk lainnya?

oh mungkin takdirnya
dijadikan kita berbeza
ada bahagia tapi rahsia
ada durjana tapi terbuka

dan aku meronta
mengusir segala
mengherdik konkrit akal
menepis igauan
mencerca palsuan
melambung ke langit lapan
sesekali disentap
rakus jiwa gelora
membuat aku sembah
tanpa bermaya

mungkin aku perlu tunduk
sujud meratapi
mengangkat hormat
memberi laluan dan jalan
seolah aku tiada rasa
tiada kisah
tiada kecewa
tentang hari esoknya

16 Comment(s)

avatar

semuanya kembali pada Dia.
Maha Esa, Maha Kuasa.
tanpa Dia, Kita hilang punca.
selangkah kita pulang padaNya.
seribu langkah Dia mendekati kita..

(peh..aper bende ni)

avatar

wah.
though i dun really got the real meaning behind it, but i really do like it.
:)

avatar

wahhh..tiada kata2 lain buat muuu

avatar

speach less~
hee~

avatar

uhu~

*sigh*

Keluh kelah saja daku~

avatar
bellatinktonk DeleteReply

fuyoo.
puitis.
amalina dan puisi puisinya.
nak lagi!

avatar

tabik spring 4 u frenz

avatar

as u name it as 'harapan',i name it as 'seni'..hahaha

avatar

perghhh...bleh ajo bm kt sek nie..hehe

avatar

wei ni karya sape ko amek ni.

avatar
Anonymous DeleteReply

wow..dis wat m waiting 4.. amalina.!.i fell 4 ur blog wen d 1st time i read ur 1st entry..sumthing like dis too...adios!!have more dis,imaginations,ppls life n stories..make it multilateral...

avatar

kamu wat sndiri?

avatar

uiii..cipta sendiri ker neh. terer sey if cipta sendiri :P

avatar

bwat sndri?
sgt kreatif. eheh