Saturday, August 8, 2009

Himpunan Kisah-Kisah Pendek

1) Di Gedung Ilmu
RM 3. Tiga ringgit. Cukup ke? Mesin keluaran duit jauh. Tawakal.

Tak ramai. Aku terus menuju ke kaunter. Aku mahu pulangkan. Dimintanya kad pelajar aku. Mula memeriksa empat buah buku itu. Entah kesibukan apa yang aku alami hingga melupai tarikh penghantaran. Hasilnya, lewat dan didenda.

Dari sudut mana, dari kedudukan mana, dan dengan sekejapnya deretan manusia dibelakang aku mula membentuk barisan. Aduh, tiga ringgit ini bakal memalukan aku. Kenapa aku begitu yakin dengan denda kelewatan buku pinjaman perpustakaan hanya serendah tiga ringgit. Apa aku tidak mampu meramal sebelumnya. Apa aku punya teman di sebelahku untuk berhutang wang.

Ambil mudah betul! Atau, dengan muka tebal aku toleh ke belakang minta pertolongan. Atau, berterus terang dengan abang-kaunter. Atau aku batalkan penghantaran dan berlari mendapat mesin keluaran duit. Masa semakin lambat berputar. Untuk mengimbas data kulit hadapan empat buah buku sangat aku rasai detiknya. Mataku mengekori setiap tingkah abang-kaunter.

Saatnya kurasakan makin hampir. Aku menunggu nilai yang keluar dari bibirnya.

'Dua ringgit sembilan puluh sen', satu nilai yang betul-betul menyelamatkan hari aku.

Aku keluar dengan senyuman. Otakku masih menerjah persoalan.
Kalau RM 3.10?
Kalau RM 3.20?
Kalau RM 3.30?

Hah, pedulikan. Aku sudah berada di zon selesa. Dan aku menuju ke ATM Bank Islam dengan penuh minat.

2) Putih Persalinannya
Perkiraan aku, aku sudah tidak berhadapan dengan perkara yang sama lagi. Kali ini setelah bertahun-tahun, aku mula menagih cinta manusia berpakaian serba putih. 'Amalina, kalau tak ok jugak datang sini lagi ya', pesan dia sebelum aku keluar dari biliknya.

Huh.

Ada insan yang ikhlas menjaga aku hingga hari tuaku?

3) Sumbangan
Suhana memberi khidmat pesanan ringkas. Menanyakan kepuasan hati terhadap pemberian Chaq. Suhana dan Amalina seringkali merosakkan keadaan. Dan kerap kali dibilangi mereka, 'bukan sengaja'. Telefon bimbit Suhana rosak. Dan wayar pengecas buku notaku putus. Chaq mahu menjadi penyelamat. Simpati mungkin.

Aku yang mendapat charger baru itu seperti dapat mengaktifkan semula kehidupan mayaku. Dan pastinya aku sudah boleh menghadap keajaiban Tuhan bernama teknologi tanpa mengikut kuasa bateri lagi.

11 Comment(s)

avatar

tak kisah ni jadi bahaya kalau terlampau

avatar

wahhh... u juz get lucky at d library...

avatar

i understand the library part.
but the rest, total blur.
hee~
:P

avatar

memang bt0l2 xkisah la tu..hu3

avatar

Kesilapan lalu usah diulang.

avatar

hahaha. kalau rm3.10 dan ke atas, buat muka kucing comel saja dekat orang yang minta itu duit. mesti dia bersimpati.

:)

avatar
Anonymous DeleteReply

erm..m getting confusing w d suhana part..dun realy get it..too bahasa melayu..becum complicated.

avatar

aiman pon tak kisah :)

avatar

haha.
mungkin saja hanya aku yang ngerti akan semua cerita itu.