Wednesday, September 30, 2009

True Joy Comes From True Simplicity

pernahkah kau rasa saat rindu sesak di dada
kau mahu luahkan


kau ambil sekeping kertas
mahu mencoretkannya
tapi tulisannya kosong


kau dendangkan satu lagu
awalnya masih faham atur kata
tapi pertengahannya sudah tiada irama
akhirnya kau sendiri terkelu


kau taipkan sesuatu
kau gerakkan tetikus sana sini
tapi tiada patah atau bertaip


kau tuangkan air
jernih kelihatan
tanpa kau sedar
ia sudah melimpahi gelas kaca


kau merenung tajam bahan bacaan
tapi otak kau lebih laju berbicara
bicara tentang hari semalam


kau pegang erat telefon bimbit
mencari senarai kenalan
tapi kau rasa seolah tiada siapa peduli
apa kau mahu


dan akhirnya kau tanya pada Tuhan
apakah benar rindu ini menyatukan
atau hanyalah mainan perasaan

5 Comment(s)

avatar

nape kamu sgt pndai karang sajak???

avatar

pegang erat telef0n bimibit
mencari senarai kenalan
tapi terhenti
sbb bari teringat
kedit da abis...
kui3

avatar

emm lirik dh oke tinggal masuk audio aje.. =p

avatar

truk nau simptom rindu..hahaha

avatar
Anonymous DeleteReply

hey dear..sory 4 not being around wen u realy need me..i was bz lately..trust me..RINDU KAMU hanye lah MAINAN DUNIA...