Tuesday, November 3, 2009

Kumpulkan dan Gauli

Bosan. Bosan. Bosan. Kemudian, aku teringatkan mereka. Rindu barangkali.

Bermula dengan pelajaran sejarah. Dihadiahi sebuah bilik tv setelah kami berlima mengajukan permohonan untuk belajar secara berkumpulan. Ah, warden langsung memberikan kunci bilik tersebut tanpa menyedari Anugerah Juara Lagu akan disiarkan tiga hari lagi. Taktik hebat.

Kepuraan bermula. Masa prep dua jam dibahagikan 30 minit untuk belajar berkumpulan dan bakinya mengadap tv dengan silent mood. Menonton watak demi watak tanpa bersuara sungguh meletihkan tapi adalah bernasib baik bagi drama, slot samarinda dan cerekarama yang mempunyai subtitle.

Mungkin konsep study smart menjulangkan kami sebagai pelajar pintar. Smart secara berkumpulan dan penipuan. 30 minit mungkin sekejap, tapi kekualitian masa digunakan sepenuhnya. Tipah, Kinah, Nadia, Bedah, Mizah, Seri, dan aku membahagikan setiap bab kepada bahagian masing-masing dan menerangkan di papan putih bersama marker pen lebih dari seorang pensyarah aku kira. Percampuran idea dan rumus berbeza menjadikan pembelajaran yang efektif. Mereka gamble. Selesai SPM.

Akhir tahun pertama aku di institut pengajian tinggi, aku temu kumpulan belajar kedua selepas yang pertama semasa persekolahan dulu. Penting bagi aku siapa dalam kumpulan tersebut kerana ia memeperlihatkan keselesaan bertukar pendapat mahupun bergaul; juga aku tidak boleh work well bersama competitive. Aku perlukan suasana saling memerlukan bukannya menanding siapa hebat.

Subjek akaun menjadi pertemuan kami. Ayie, Hafiz, Nad, Bahul, dan aku mencari penyelesaian setelah ujian pertama kami gagal. Susah siot! Ah, pedulikan. Dining, uptown, dan studio kami bertemu. Akaun terbaik. Selesai.

Dua kumpulan itu sahaja.

Terbaru, kumpulan ketiga dinamakan omega. Diasaskan oleh Encik Fuad bagi membantu subjek calculus. Liyan, Dibah, Amy, Yati, Deena, dan aku. Full stop. Dah dapat result calculus, aku cerita lagi.

(update)

Lepas membaca komen Amira di entri ini,

"la..stdy grup prtama yg msa darjah enam tu x igt ke? yg tiap2 mlm gi umah hg tu...yg smpai pcah2 cawan tu..heheh...bila la plak kita nk stdy grup mcm dulu2 kan, tp x mungkin dah la sbb kita dah brlainan bdang...stdy grup dgn hg x akan aku lupa smpai bla2 ..heheh (skema la plak)"

Aisey, aku hampir terlupa yang sebenarnya kumpulan belajar aku bermula tahap rendah persekolahan lagi; darjah enam. Ha, mahu cerita. Terima kasih Amira ingatkan saya. Bukan setakat cawan je pecah, jatuh tangga dan disambut oleh my dad, ingat lagi? Nasib baik masa tu Amira masih di usia 12, kalau tak mesti mak dah jeling-jeling. Haha. Mengarut.

5 Comment(s)

avatar

aku tak pernah kot de study grup hoho

avatar

aku ada study group...dan hasilnya..gempak!

avatar
Anonymous DeleteReply

x sabar nak tahu hasil calculus kamu..

avatar

la..stdy grup prtama yg msa darjah enam tu x igt ke? yg tiap2 mlm gi umah hg tu...yg smpai pcah2 cawan tu..heheh...bila la plak kita nk stdy grup mcm dulu2 kan, tp x mungkin dah la sbb kita dah brlainan bdang...stdy grup dgn hg x akan aku lupa smpai bla2 ..heheh (skema la plak)

avatar
Anonymous DeleteReply

sangat menarik, terima kasih