Tuesday, December 29, 2009

Pergi

aku mahu lagi
kembalinya seperti sediakala
membawa sinar pada insani

aku mahu lagi
esoknya tiada tangis
penuh senyum manis

Paris Indera Kayangan
25 Disember 2009
read more

Sunday, December 27, 2009

Sehari Bersama Kekitaan

Memetik keratan akhbar 'sedangkan tempat jatuh lagi dikenang', aku suka kongsikan pengalaman sehari, 23 Disember 2009 yang lalu. Tentatif program yang teratur malah ketepatan masa oleh KR menarik minat aku untuk meneladaninya.

Bermula dengan perasmian jam sembilan. Barisan kekitaan seramai lebih kurang 30 orang menambahkan kesepaduan dengan memakai t-shirt merah kesemuanya. Agenda utama untuk memberi suntikan kepada para pelajar dalam bidang akademik seterusnya menjadi role-model kepada mereka dengan menyatakan, 'where you are from and who you are is doesn't matter'. Jadi, 60 orang pelajar dari sekolah menengah dan rendah juga dari empat buah kampung yang berbeza adalah input penting bagi menjayakan program.

Di sini, aku tidak memasukkan minit santai bersama kuih atau nasi ayam atau bihun goreng.

60 peserta dikehendaki membuat satu bulatan besar. 3 biji bola kertas diedarkan sambil muzik dimainkan. Peserta memegang bola saat muzik dihentikan diberi denda.

Seterusnya, pembahagian kumpulan. Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kucing, ayam, semut, itik, katak, dan cicak. Amira, Suzairi, dan Amalina diletakkan bersama 10 kucing yang lain. Trademark kumpulan dan perkenalan antara anak-anak kucing menambahkan kemesraan kami biarpun pada awalnya peserta agak malu.

Aku cepatkan penulisan dengan tidak menceritakan sebutir perkara tetapi masih terikat dengan plot.

Gambaran pulau impian atas sekeping kertas putih berkelebaran dan panjang masing-masing muat untuk melakarkan rumah, sekolah, masjid, teknologi, kereta, kapal, helikopter, dan lain-lain. Penjelasan terhadap apa yang mereka lakarkan jelas menggambarkan bahawa mereka juga punya cita-cita dan impian.

Seterusnya, penjanaan perkataan dari sebilangan abjad-tidak-teratur diberikan. Persis seperti yang aku lihat di 'ewah-ewah'. Aku mula lihat kekurangan program dengan acara ini. Apa ia sesuatu benda baru yang kekitaan mahu tunjukkan yang boleh membawa kepada janaan pemikiran? Perbaiki itu, kekitaan mampu lebih dari itu.

Kucing bom, kucing bom, kucing bom, katak bom! Pemfokusan penting untuk tidak dibom dalam acara ini malah kerjasama, kemeriahan, dan pemuafakatan dilihat begitu sinonim dalam diri peserta.

Permainan orang bisu berjaya mencuit hati kekitaan umumnya apabila banyak penafsiran dibuat sebelum menemui ketepatan. Suatu kebanggaan apabila kucing sekalian dapat menafsir kesemuanya dalam tempoh masa apabila Suzairi menggayakan di hadapan mereka. Tahniah!

Zohor berjemaah.

Acara seterusnya menguji ingatan peserta dan peserta paling belakang dikehendaki menulis semula apa yang disampaikan oleh rakan-rakan dari seorang ke seorang. Aku teruja apabila Amin Shauki dapat menghafal dengan baik.

Ali pergi ke kedai membawa beruk bersama untuk membeli aiskrim
kepada Aiman anak jiran sebelah.
(lebih kurang, aku pun boleh lupa ma)

Pada aku, acara ini menjadi bosan pada peringkat keduanya apabila peserta disuruh mengingati sekali lagi dengan ayat kedua;

Kalau saya sampai sebelum subuh, saya sedia senyum selalu.
Kemudian, kita kena tunggu kat kampung Kuala Kedah.
Sungguh saya sumpah!!!
(ayat ini aku ingat sejibik, mungkin gaya bahasa mudah)

Aku mula mengantuk tambahan kucing sudah malas untuk menghafal.

Asar berjemaah.

Acara sukaneka. Tiada penjelasan kerana aku tiada di tapak sukan. Bukan pergi tidur lah. Terlibat dengan tugas-tugas lain.

Sebelum majlis penutup, bapa-bapa beraksi di padang bola sepak.

Majlis penutup. KR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih. Semoga program akan datang akan ketemu lagi.

*Segala bahan rujukan berfoto serta kepingan akhbar ada di muka buku saya kerana blog ini tidak sesuai untuk diserikan tambahan masa pemuatan untuk sekeping foto terbaik memakan masa.
read more

Monday, December 21, 2009

Titian

Pernah kau rasa ini? Banyak untuk dicerita tapi taipan tersekat-sekat; tidak lancar seperti selalunya. Ataupun, banyak untuk diborak tapi hanya sedikit kau kongsi. Atau juga, banyak untuk dihurai tapi seolah kau tiada mula mahupun akhir.

Puisi.

Maka, puisi wujud sewaktu aku tiada kata, tiada bicara. Ideal kiranya untuk sembunyi perasaan atau tanpa disalaherti. Semakin rumit. Kita keluar dari ini, mari.

Ikut plot peristiwa atau apa saja di minda. Bukan, kita kongsikan mengikut formulasi angka. Kalau itu mudahnya, sila.

Pertama,
Duit mematikan perkara. Aku tidak mahu duit menjadi punca. Sungguh, aku terkilan. Aku mahu habisi sehari dan aku berjanji kasih aku tidak berbagi. Aku cuba. Kelembutan hati, semangat jiwa, kenali Tuhan, jadi manusia dewasa, ikatan saudara, dan segala dari kau sebagai pembawa dan amanah. Tapi, selama mana aku berjanji sehebat itu aku mungkiri. Gelodak emosi kuasai diri sehingga aku melukai. Aku mahu masa ubati tapi apakah sempat untuk aku sesali? Tuhan, panjangkan usia kami; masih banyak belum aku pelajari.

Kedua,
Jauh dari perancangan, mengajari sepanjang musim cuti. Tiada bebelan panjang untuk ini cuma peranan ibubapa sangat sangat penting. Terkenang Rokiah sewaktu mengenakan disiplin terhadap aku dulu tanpa rotan atau penyangkut baju tapi lebih kepada berdiskusi.

Ketiga,
Penubuhan sebuah persatuan. Serius, aku sukakan kelompok ini dan semestinya komitmen itu penting.

Keempat,
Aku hanya kenal datuk; Saad dan nenek; Kamariah sebelah emak. Ayah, yatim piatu sebelum aku lahir. Jadi, satu-satunya datuk dan nenek adalah Saad dan Kamariah. Pemergian Kamariah 20 November lalu meninggalkan tiga anak; Rokiah, Sharifah, dan Che Siah serta sembilan cucu; Sobbri, Syafiq, Syafinaz, Syamil, Amalina, Adib, Amira, Alia, dan Mursyid. Kini, tinggal Saad seorang yang perlu ditemani sepanjang masa. Penggiliran jadual dibuat. Hati tertanya, apakah nilai Saad sebenarnya? Seorang warga emas, tiada harta, tiada upaya, tiada segala. Umum berkata, 'pengalaman mereka itu berharga'. Mungkin ya jikalau Saad seorang wira. Tapi, di usia begini, kata-kata Saad sudah hakis maknanya, malah sukar untuk dibawa bicara. Jadi untuk apa sebenarnya mereka masih di samping kita?

Kawan, Tuhan sayang kita sebenarnya. Sayang itu disampaikan melalui nikmat dan ujian. Apabila kita bersyukur atas nikmat dan sabar dengan ujian, maka diberiNya ganjaran; mungkin bukan pada hari ini tapi esok atau kelak.

Empat sahaja, sekian.
read more

Friday, December 18, 2009

Bersama


sehingga sampai
kau sudah tiada apa

dapati aku
temui aku
yang siap
yang sedia
tempuhi bersama

miliki darah serupa
membawa kita jalan berbeza

meski itu
aku tetap setia
tahankan rumpun jiwa
kerana kita saudara

Salam Maal Hijrah.
Pantai Merdeka : 13 Disember 2009
read more

Friday, December 11, 2009

Really?

cuba kau buat ini;
dampingi aku
iringi aku
bayangi aku
gauli aku
temani aku
hanya aku, aku, dan aku

pasti kau cakap;
kau fahami aku
kau lazimi aku
kau kenali aku
konklusi,
kau dah jadi aku lah!

tapi
hanya aku dan Tuhan tahu
apa sebenarnya hati aku takhtakan, suarakan

jadi
perlu apa kau bercakap
kalau kau bukan aku atau Tuhan
read more