Monday, December 21, 2009

Titian

Pernah kau rasa ini? Banyak untuk dicerita tapi taipan tersekat-sekat; tidak lancar seperti selalunya. Ataupun, banyak untuk diborak tapi hanya sedikit kau kongsi. Atau juga, banyak untuk dihurai tapi seolah kau tiada mula mahupun akhir.

Puisi.

Maka, puisi wujud sewaktu aku tiada kata, tiada bicara. Ideal kiranya untuk sembunyi perasaan atau tanpa disalaherti. Semakin rumit. Kita keluar dari ini, mari.

Ikut plot peristiwa atau apa saja di minda. Bukan, kita kongsikan mengikut formulasi angka. Kalau itu mudahnya, sila.

Pertama,
Duit mematikan perkara. Aku tidak mahu duit menjadi punca. Sungguh, aku terkilan. Aku mahu habisi sehari dan aku berjanji kasih aku tidak berbagi. Aku cuba. Kelembutan hati, semangat jiwa, kenali Tuhan, jadi manusia dewasa, ikatan saudara, dan segala dari kau sebagai pembawa dan amanah. Tapi, selama mana aku berjanji sehebat itu aku mungkiri. Gelodak emosi kuasai diri sehingga aku melukai. Aku mahu masa ubati tapi apakah sempat untuk aku sesali? Tuhan, panjangkan usia kami; masih banyak belum aku pelajari.

Kedua,
Jauh dari perancangan, mengajari sepanjang musim cuti. Tiada bebelan panjang untuk ini cuma peranan ibubapa sangat sangat penting. Terkenang Rokiah sewaktu mengenakan disiplin terhadap aku dulu tanpa rotan atau penyangkut baju tapi lebih kepada berdiskusi.

Ketiga,
Penubuhan sebuah persatuan. Serius, aku sukakan kelompok ini dan semestinya komitmen itu penting.

Keempat,
Aku hanya kenal datuk; Saad dan nenek; Kamariah sebelah emak. Ayah, yatim piatu sebelum aku lahir. Jadi, satu-satunya datuk dan nenek adalah Saad dan Kamariah. Pemergian Kamariah 20 November lalu meninggalkan tiga anak; Rokiah, Sharifah, dan Che Siah serta sembilan cucu; Sobbri, Syafiq, Syafinaz, Syamil, Amalina, Adib, Amira, Alia, dan Mursyid. Kini, tinggal Saad seorang yang perlu ditemani sepanjang masa. Penggiliran jadual dibuat. Hati tertanya, apakah nilai Saad sebenarnya? Seorang warga emas, tiada harta, tiada upaya, tiada segala. Umum berkata, 'pengalaman mereka itu berharga'. Mungkin ya jikalau Saad seorang wira. Tapi, di usia begini, kata-kata Saad sudah hakis maknanya, malah sukar untuk dibawa bicara. Jadi untuk apa sebenarnya mereka masih di samping kita?

Kawan, Tuhan sayang kita sebenarnya. Sayang itu disampaikan melalui nikmat dan ujian. Apabila kita bersyukur atas nikmat dan sabar dengan ujian, maka diberiNya ganjaran; mungkin bukan pada hari ini tapi esok atau kelak.

Empat sahaja, sekian.

3 Comment(s)

avatar

sabar nnt ada ganjarannya

avatar

yang pertame tu..
memang kalau duit takde sume pon bloleh tak jalan...

avatar
Anonymous DeleteReply

duit,displin ,comitment dan org tersyg..mendewasakan kite dan membuat kan pengalaman lebih berharga..