Sunday, January 31, 2010

'bizi lah sangat' - tanpa nama

Setiap kali balik dari sekolah, aku cerita apa aku belajar. Aku cerita pasal penjual sate kena amaran dengan pihak sekolah sebab jual dalam kawasan sekolah. Aku cerita pasal budak baru yang semua orang nak kawan dengan dia. Aku cerita pasal budak pengsan kat perhimpunan. Aku bagitahu siapa dapat nombor satu, dua, tiga, empat, lima, enam, sampai nombor mana aku ingat. Semua penceritaan aku didengar dengan baik sekali. Tak pernah jemu. Dapat respon yang buat hati aku senang.

Bila mana aku di peringkat ini, aku susunkan tingkat kepentingan sesuatu cerita. Bila aku fikir nak cerita, ada satu penapis akan tapis dengan pertanyaan 'perlu ke? penting sangat ke?'. Penapis ini penyebab aku cenderung to be more of a listener than a talker.

Melihat budak bilik yang keluar masuk, buat hal sendiri, bertegur bila perlu, dan lain2 buat aku tak selesa. Mungkin indipenden hari ini maksudnya terlalu luas. Teringin sekali aku nak cakap 'hey, i'm really a friendly person you know. It just takes me a while to warm up'.

Tapi, tak pe lah. 'Kita' memang bizi dan saling memahami, bukan?
read more

Saturday, January 30, 2010

Agak2, Saya Suka Apa?

umur i bape?
24
betul.

adik beradik i?
4
eh, tau mane?!

i anak ke bape?
3
expert gile!

i lahir bulan bape?
10
hey, sape gitau u ni?!

sekarang i pakai baju warne pe?
biru
omg! dasyat!

Untuk kesekian kalinya, bila aku diajukan tekaan berbentuk begini, aku jawab mudah; tak tau.

sy suka warne pe?
tak tau

sy asal mane?
tak tau

sy kos ape?
tak tau

sy suka makan pe?
tak tau

Tak tau, tak tau, dan tak tau. Aku tak mahu lagi mengganggap ianya ikatan kimia, jiwa berbisik, atau jodoh bila semua tekaan betul. Be lah. Sayangnya, keadaan ini tidak berlaku setiap kali aku menghadap kertas peperiksaan objektif.
read more

Kikis

Dear electronic diary,

Banyak nak cerita kat sini. Dah tak tahu nak intro bagaimana. Kalau pecah-pecahkan mesti jadi banyak perenggan. Kalau tak mahu pun, mesti jadi banyak pos dalam satu masa. Nak atur satu hal, mana satu jadi awal atau akhir. Bila nak labelkan pula, semua kategori boleh masuk dalam satu cerita. Tambah masalah lagi bila tak reti nak tulis tajuk. Kalau tulis tajuk 'itu', rasa berat sebelah untuk cerita 'ini'.

Aku tak mau begitu.
read more

Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya

Di sini, tempat aku belajar sekarang tiada kod ko-kurikulum untuk subjek Minda Mahathir. Aku dulu, bersama rakan-rakan lain belajar Minda Mahathir. Bila ditanya kembali sekarang apa yang aku hadam, punggah. Tak tau.

Apa yang kita belajar; teori, praktikal dan pengalaman tak semestinya dalam kepala. Bila ditanya masa mamai pun, jawab bla bla bla. Canggih punya otak. Aku sendiri pun tak tau bila ia diperlukan selain kuiz, test, dan final. Aku dan kau hanya sedar bila aku temui masalah itu, dan kita sudah sedia dengan cara masing-masing.

Berbalik Minda Mahathir. Ianya satu kod yang diajar mengenai latar belakang beliau, perjalanan hidup beliau, strategi beliau, zaman kegemilangan dan kejatuhan beliau, dunia politik, dan segalanya tentang beliau. Kalau tidak disebabkan tenaga pengajar yang amat mahir, petah bercakap dan sangat bijak mengeluarkan idea tentang sesuatu isu, aku pasti tidak menghadiri kerana aku percaya sejarah boleh dibaca.

Tentang itu lagi, aku hadam kata-kata tenaga pengajar itu. 'kalau tanggungjawab pada negara kamu tak jalankan, jangan harap kamu boleh buat benda lain untuk negara'.

Sama lah juga untuk hari ini. Kalau tanggungjawab untuk kampus kau tak jalankan, jangan harap kau boleh buat benda lain untuk kampus. Selamat menjalani tanggungjawab anda.

Aku mahu pergi mengundi tadi. Tapi disebabkan golongan sains komputer tidak dibenarkan untuk mengundi kerana menang tanpa bertanding, aku terus pergi ke kafe. Berkenaan negara, bangsa, agama, keluarga, aku bukanlah dilahirkan patriotik untuk itu semua; sepanjang masa. Cuma humaniti aku menebal.
read more

Gagahi Tanpa Berdiri

Sambil menanti anti-virus siap di updatekan, dalam masa tidak begitu berkejaran atau menggesa, aku membuat penelitian dan ubahsuaian. Aku sukakan waktu begini; dalam keadaan kerja rumah menimbun, dalam keadaan orang lain berpusu2 sibuk, dalam keadaan berserabut, atau dalam keadaan apa sahaja, masih ada ketenangan untuk aku memiliki masa sendiri. 'Masa sendiri' jarang untuk ditemui duduk bersama ketenangan dan emosi paling berkesan.

Itu yang aku selalu carikan dan harap konsistensinya. Namun, amat jarang.

Aku suka, sangat suka membaca kembali apa yang aku catatkan terutama yang melibatkan perasaan; marah, tak puas hati, kutukan, sedih, gembira dan lain-lain. Tidak kisah ianya dari sumber apa; buku nota, atas kertas silibus kalkulus, kulit buku, notepad, mahupun blog. 'Menjaga hasil jiwa sangat bahagia'. Dan setiap kali aku membacanya kembali dengan tempoh agak lama dari tarikh menaip atau menulis, aku tersenyum sendirian. Cukup buat hati ini senang.

Sering juga aku rasa, mahu kongsikan sedikit apa aku rasa bersama lainnya. Sukar.
read more

Wednesday, January 27, 2010

Insertion

Begini,

pergi balik, pergi balik. Tanpa sebarang input. Gelisah. Masakan boleh aku berdiam tanpa sebarang input. Mula bertindak.

Bila?
read more

Tuesday, January 26, 2010

Bidadari

Riuh di sana. Di sini, aku sudah hanyut.

Mimpi.

Indah mungkin.

Selamat malam kekasih2 blog Semantik.
read more

Tukar dan Ubah

Lahiriah cuma. Pandang ke dalam, rohaniah mungkin. Dalam satu tempoh. Biar saya laluinya. Sendiri.
read more

Friday, January 22, 2010

22(3)

Risiko. Setengah rasa kebal bila ada risiko, takdehal. Setengah lainnya, rasa down sangat-sangat; mati. Bila adun, jadi satu. Satu rasa; kadang-kadang takdehal atau kadang-kadang mati.

Mai tulong sat, nak hidup lagi!

read more

22(2)

Sepatutnya, dua bulan berusia anak itu.
Dari kandungan sembilan bulan.
Sudah dinyata tempat keluaran.
Satu bulan cukup dua penggal.
Tiada hitungan, tiada kiraan.
Lahirnya cuma satu.
Kebahagiaan.
read more

22(1)

Aku mahu berapa masa dari sekarang, aku masih boleh berbual dengan selesa.
Teruja itu ada setiap kali berkaitan kau.

Aku tidak mahu berapa masa dari sekarang, aku tanpa bicara.
Cerita lama dipadam.
Hambar.

Aku peduli dasarnya.
Letakkan kembali 'kita' di sepatutnya.
read more

Wednesday, January 20, 2010

Tawanan

Untuk ke satu destinasi, Padang Besar aku kira. Pemacu arah adalah Along; dia serba tahu kawasan Perlis kerana empat tahun dijadikan tempat belajarnya. Kemudian, Adib mula bersuara 'Along terer Perlis, Nuun tau habis KL, abah-umi expert Shah Alam'. Sepertinya, setiap tempat yang dikaitkan Adib itu mempunyai maksud tertentu dengan orang yang disabitkannya; tidak kira tempat asal, tempat belajar, mahupun tempat kerja. Sambung Along pula, 'Genting tu dah jadi kampung Chaq'. Adib membalas, 'Adib ngam ar dengan Kuala Kangsar'. Aku masih diam, tanpa idea. Alia yang masih menengah rendah menyatakan 'sapa nak p Egypt nanti, call me k' separuh nada berlagak bersama impiannya itu. Aku dah syak Alia ni terpengaruh dengan filem 'Ayat-Ayat Cinta'. Anje yang umur lebih setahun dari Alia pula mengambil bahagian, 'kedai2 makan halal kat Korea suma I dah hafal, juz ask me which one you all nak I belanja', juga dalam nada menyatakan impian mahu ke Korea. Anje pun aku dah boleh fikir cerita2 Korea kat pc dia hadap tiap-tiap hari dah boleh jajah minda dia. Teh yang sedar aku tidak menyatakan hak aku dari tanya mula menyoal, 'kak ngah lak area mana?'. Aku spontanis menjawab, 'Pekan Merbok, Tanjung Dawai, pasar malam Pengkalan boleh la'. Belum sempat aku nyatakan sepenuhnya kawasan karib aku, mereka sudah terhibur. Aku senyum. Adib tambah seolah pertahankan aku, 'aih.. JJ, Ipoh Parade, kak ngah expert pa'. Aku menjawab lagi, 'tak reti sangat, setakat Medan Kit dengan Medan Gopeng aku tau la'. Mereka berdekah lagi. Kali ni aku turut ketawa.

Perjalanan berjauh batu lagi dirasakan makin dekat.
read more

Tuesday, January 19, 2010

Kualiti

Dulu,
kau bagi hadiah besar-gedabak tiap kali Hari Guru pun susah nak tengok peratusan ujian bulanan kau naik; melainkan usaha keras kau sendiri.

Sekarang,
kau beli gula-gula-sepuluh-sen-lima-biji, senyum manis tebu, hulurkan selembut rasa sebelum kelas mula, konfem2 test menjulang tinggi. Tapi, disebabkan duit kerajaan kau yang melambak tu takkanlah gula-gula-sepuluh-sen-lima-biji jadi pilihan. Kau punya cara mesti lebihi standard, bukan? Kau suap lah selagi kau mampu.

Semoga negara tercinta terus gah dengan pengeluaran berjuta graduan saban tahun. Baca kembali tajuk entri ini dengan nada menyoal.


bersambung..

read more

Friday, January 15, 2010

Umum

Bila aku tengok kau makan karipap, donut dan lain-lain aku mula fikir kau faham atau tidak sebenarnya. Meski dalam gambar yang tak dibenarkan adalah burger dan segelas air. Tapi, aku tahu kau punya bijaksana boleh mengganggap semua itu secara umum; makanan dan minuman.

Come on.

Bijaksana kau juga boleh melihat tulisan aku secara umum, general. Tidak beerti kau, Halimah, Saodah, atau Sabariah. Cuma kau sering merasa pedas bila cili tergigit. Auw!
read more

Thursday, January 14, 2010

You Play a Special Part

Untuk ke mana-mana; bila tengok Suhana pakai baju merah, aku cepat-cepat capai baju hijau. Bila tengok Suhana baju oren, aku capai baju coklat. Kadang-kadang dia pernah cakap 'hari ni kita pakai baju sama, mau?', aku tolak.

Mak menjawab di belakang, 'ermm..dulu kecik2 baju kurung pun dari satu kayu, saiz sama, baju, kasut sama kala, pi mana-mana sampai orang tanya 'kembaq ka kak?'.
'dak aih, setaun sorang'.

*Untuk kebelakangan ini, aku sering labelkan entri dengan 'Yesterday' dan ianya bermaksud kisah-kisah yang telah lepas tidak kira samada semalam atau berpuluh tahun yang lepas. Mungkin hati kelihatan senang kerana tiada penahanan untuk aku sampai ke situ; daerah semalam. =)
read more

Wednesday, January 13, 2010

Storage(i) - Himpunan Lima Cerita

1) Lembaran baru
Mengikut garismasa, ini adalah page yang ketiga kerana blog yang pertama dan kedua telah berkubur kerana kesilapan sendiri. Selepas ini, kau akan kaitkan aku dengan isu pelarian. Aku tidak boleh menolak premis kau. Mungkin benar, tetapi ke arah konsep hijrah. Semestinya membuatkan aku kool setiap kali daftar keluar, itu lebih bahagia untuk aku.

2) Mak Dah Sibuk Masukkan Sesuatu Dalam Sampul
Pagi satu Syawal tahun lalu, 'Siapa nak duit raya, beratur', kata Rokiah. Akulah orang pertama beratur di hadapan. Itu zaman kanak-kanak aku. Pagi itu, aku tidak lagi di hadapan. Aku melintas di hadapan sekumpulan anak buah aku tanpa mempedulikan seruan itu. Mungkin perasaan keseganan dan ketuaan yang meresap dalam jiwa aku. 'Adik', teriak Rokiah. Aku membalas dengan senyuman penuh pengharapan. Harapan pagi Syawal aku tidak pernah kecewa.

3) Final
Hanya tinggal tidak kurang dari 30 hari. Atau dalam sebutan mudah, tak sampai sebulan. Aku masih jauh dari laluan perpustakaan, bilik pensyarah mahupun kelas yang diwajibkan tiap-tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad ke atas aku. Aku masih di tahap kekaburan dan ketidakfahaman. Dan sekiranya esok disorongkan kertas yang bertajuk besar 'peperiksaan akhir', sudah tentu aku berjaya menghantar kembali tanpa secalit dakwat. Itu aku. Dan kau, sudah bersedia?

4) Masihkah Kau Dapat Kejar?
Kadang-kadang (aku tak menyebut selalunya atau semestinya), peluang kedua dan seterusnya (ketiga,keempat,kelima,……….n) membuatkan kau lebih menghargai dan dihargai serta apa yang kau kurangi kau cuba tambahi. Bertuahnya kau jika kau mendapat peluang kedua. Malangnya, jika kau hanya ada satu-satunya peluang. Silapnya, kau tidak menggunakan sebaiknya peluang pertama kau. Dan jika kau adalah manusia yang memberi peluang, lembutkan hati kau dengan menawarkan banyak lagi peluang. Itu berat, aku tahu. Kau akan merasa kau terlalu 'bagi muka', tapi percayalah dengan memaafkan orang lain serta membuka lorong untuk orang lain membuatkan keadaan lebih baik. Bentukkan satu persepsi POSITIF dalam diri kau walaupun sukar untuk kau terima. Dan jika kau adalah manusia yang mendapat peluang, apa yang aku boleh cakap, jangan siakan.

'Peluang selalunya datang dalam keadaan kau dan aku tidak bersedia'

5) Ulangtahun Kelahiran Aku
Lima November yang lalu. Telefon bimbit aku keluaran Nokia nampak kesibukkan di saat 12.00 am. Paling memberangsangkan ada mesej yang bertarikh 4-Nov-2008 pada 23:58:11. Nampaknya tarikh aku dilahirkan telah dituakan satu hari dengan hanya beberapa saat. Ha ha..Mujur kau mempunyai seorang sahabat yang kool seperti aku yang menerimanya dengan penuh senyuman. Bagi aku kau teman yang baik yang cuba menjadi yang terawal. Selapas itu diselang-seli dengan panggilan-panggilan masuk, mesej-mesej dan nyanyian 'Happy Birthday' oleh orang di sekeliling aku. Terima kasih semuanya kerana menjadikan aku selebriti pada awal pagi itu. Dan akhirnya kau menyusul seakan kau tahu aku sudah reda dengan kesibukan manusia lain. Aku menghargainya kerana kau faham diri aku juga milik mak, ayah, keluarga dan kawan-kawan.

Dan yang paling pasti aku tidak lagi dipinggirkan untuk menonton tayangan berskrin yang berlabel dua abjad besar selepas nombor 18. Ha ha.


'I see my blog as the ultimate personal expression and its very important to me'

read more

Saturday, January 9, 2010

Dreamer

Aku berjalan pergi HEA. Jumpa Cik Om, sembang-sembang jap kemudian buat janji-janji apa yang patut dan terus pergi kafeteria. Gila ramai orang, malas nak beratur panjang aku singgah kafe siber. Siap boleh muat naik gambar memanggang lagi, siap boleh cerita alkisah seorang pensyarah kat kawan lagi, siap boleh main kuiz kat bukumuka lagi, macam-macam lah. Siap boleh jawap ujian personaliti dan masukkan keputusan ujian ke data simpanan lagi. Sambil-sambil tu tengok jam elektronik, pukul satu lebih. Oh, satu lebih.

Pergi koperasi. Dah bayar, jalan balik bilik. Kenapa hari ni rasa selesa sangat ah? Kenapa hari ni rasa kejap sangat ah belajar? Belajar apa je tadi? Fikiran mula mengadaptasi satu persatu. Mula terbayang jadual yang aku cucuk dengan jarum di papan lembut.

Aisey, man! Aku tak ingat langsung. Habis lah azam aku tahun ini. Aku dah janji sama akal dan anggota aku tak nak ponteng lagi. Aku akan capai kehadiran penuh. Entah macam mana, lepas habis satu kelas aku terus berjalan lorong-lorong biasa aku lalui. Sepatutnya, naik tangga masuk kelas Wan Hasni. Kelas Wan Hasni adalah penutup untuk semua kelas minggu ini; dengan hadirinya maka berjaya lah kehadiran minggu ini. Nampaknya, gagal juga azam kali ini.

Keputusan ujian personaliti dalam data simpanan :
You are dreamy and imaginative. You're the type of person who can sit all day with only your mind to occupy you. You have a vivid imagination, and your mind takes you on quite a journey. You never end up close to where you started. You give a first impression of being flaky. You're often so lost in your thoughts that you forget about the world around you. You are an armchair novelist. You are always developing interesting worlds in your mind, but you're not disciplined enough to write them down.

Jadi, saya akui ianya benar.
read more

Wednesday, January 6, 2010

B.B.Q

weh, kalu free balik ar.
tengok dulu.

Membayangkan Alia, Anje, Shah, Ijan and family, Chaq, Kak Siah, Kak Na, Bonda, Ayahanda dan lain-lain kerabat tengah tarik sepit ketam, aku gegaskan langkah selepas kelas selesai.

Suhana je tak da. Rugi besar kau!
read more

Monday, January 4, 2010

Lagi

Berkaitan itu dan itu.

Bertukar berganti. Pergi dan hampiri. Bukan pada kuantiti, tapi yang peduli.

Ana
Diploma in Industrial Design

Nana
Diploma in Public Administrative

Nabilah
Diploma in Business Management

Juga, buat kawan-kawan yang dikasihi
selamat berpraktikal.
read more

Friday, January 1, 2010

Tiba

Di sebelah kanan penulisan dicatatkan '3/1/06' manakala di sebelah kirinya bertulis 'Selasa'. Di tengahnya pula bertajuk 'Azam Saya Pada Tahun 2006'.

Menjelang tahun baru, setiap orang pasti memasang azam atau niat tersendiri. Ada yang ingin menjadi Perdana Menteri, ibubapa mithali, anak terbaik, guru berkualiti dan tidak kurang pula yang ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sebenarnya keinginan seperti ini akan wujud dengan sendirinya tanpa dipaksa. Inilah yang dinamakan azam kerana azam bermula dari hati nurani setiap manusia. Sesiapa saja boleh memasang keazaman. Misalnya, seoarang penoreh getah berazam untuk memberikan pedidikan yang terbaik untuk anaknya dengan hasil titik peluhnya sendiri. Berkat kesungguhan, keyakinan, dan usaha yang berterusan, dia berjaya meletakkan Dr. Rubiah Hamzah sebaris dengan doktor-doktor terkemuka lain.

Namun, sejauh mana kejayaan individu itu sebenarnya bergantung kepada azam. Sebesar mana kejayaan sekalipun bermula dengan keazaman yang jitu. Dengan keazaman juga, seorang Perdana Menteri cekap memerintah, seorang pemidato petah berhujah, seorang guru mudah berubah, dan seorang pelajar akan beralah. Bertitik tolak dari hakikat inilah, kita harus menyiapkan diri dengan keazaman yang kuat. Mungkinkah segala impian akan tercapai tatkala cabaran merintang tanpa diduga?

'Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai'. Pepatah ini sudah cukup untuk menjelaskan bagi seseorang yang sememangnya dahagakan kejayaan. Sejajar itu, saya turut menyimpan keazaman untuk menjadikan tahun 2006 penuh makna lebih-lebih lagi saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Jadi, untuk mencapai sasaran dalam semua subjek, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Sikap ambil mudah dan berputus asa dalam semua perkara tidak akan wujud lagi dalam diri saya.

Sekarang, tiada masa lagi untuk saya bertangguh. Setiap saat berlalu, saya pastikan berlalu dengan berfaedah. Saya bagaikan sudah kesuntukan masa. Jadi, tahun ini saya benar-benar benci pada tidur. Saya tidak akan buang masa lagi kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Saya akan hargai masa sebagaimana saya hargai emas.

Di dalam kelas pula, saya akan tanamkan minat sepenuhnya terhadap semua mata pelajaran. Saya yakin, dengan minat saya tidak akan mengantuk di dalam kelas. Segala kerja rumah saya akan siapkan secepat mungkin. Tahun ini, saya pastikan tiada lagi rungutan bahawa kerja-kerja rumah membebankan kerana latihan-latihan inilah yang akan membantu saya dalam pelajaran. Segala hiburan saya akan tinggalkan. Televisyen dan radio sudah tidak bermakna lagi buat saya.

Sememangnya, tiada azam lain selain untuk bahagiakan kedua-dua ibubapa saya. Saya tidak mahu mereka kecewa lagi dengan saya. Saya sedar, hidup ini hanyalah sementara. Jadi, di samping menuntut ilmu saya akan beribadat kepada Allah. Satu lagi perkara yang saya sedia lalui untuk tahun ini adalah saya akan sentiasa bersedia untuk memaafkan orang lain dan sanggup mengakui kesilapan saya. Inilah cabaran yang saya rasakan betul-betul menghentak keegoan diri saya.

Saya berharap segala azam tidak terkubur begitu sahaja. Perkara yang paling penting ialah saya akan jadi lebih baik dari hari kelmarin.
(456 patah kata)

Di bawah penulisan, kelihatan satu tandatangan kecil serta tulisan bersambung 'Baik. Usaha lagi' yang berdakwat merah. Dan setiap perenggan ditandakan seakan lambang NIKE yang tiada kepala cakuknya; juga berdakwat merah.

*Petikan dari Buku Latihan Penulisan milik Amalina tingkatan 5 Sains Tulen yang digurukan oleh Puan Azizah Abdul Hamid.
read more