Friday, January 1, 2010

Tiba

Di sebelah kanan penulisan dicatatkan '3/1/06' manakala di sebelah kirinya bertulis 'Selasa'. Di tengahnya pula bertajuk 'Azam Saya Pada Tahun 2006'.

Menjelang tahun baru, setiap orang pasti memasang azam atau niat tersendiri. Ada yang ingin menjadi Perdana Menteri, ibubapa mithali, anak terbaik, guru berkualiti dan tidak kurang pula yang ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sebenarnya keinginan seperti ini akan wujud dengan sendirinya tanpa dipaksa. Inilah yang dinamakan azam kerana azam bermula dari hati nurani setiap manusia. Sesiapa saja boleh memasang keazaman. Misalnya, seoarang penoreh getah berazam untuk memberikan pedidikan yang terbaik untuk anaknya dengan hasil titik peluhnya sendiri. Berkat kesungguhan, keyakinan, dan usaha yang berterusan, dia berjaya meletakkan Dr. Rubiah Hamzah sebaris dengan doktor-doktor terkemuka lain.

Namun, sejauh mana kejayaan individu itu sebenarnya bergantung kepada azam. Sebesar mana kejayaan sekalipun bermula dengan keazaman yang jitu. Dengan keazaman juga, seorang Perdana Menteri cekap memerintah, seorang pemidato petah berhujah, seorang guru mudah berubah, dan seorang pelajar akan beralah. Bertitik tolak dari hakikat inilah, kita harus menyiapkan diri dengan keazaman yang kuat. Mungkinkah segala impian akan tercapai tatkala cabaran merintang tanpa diduga?

'Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai'. Pepatah ini sudah cukup untuk menjelaskan bagi seseorang yang sememangnya dahagakan kejayaan. Sejajar itu, saya turut menyimpan keazaman untuk menjadikan tahun 2006 penuh makna lebih-lebih lagi saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Jadi, untuk mencapai sasaran dalam semua subjek, saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Sikap ambil mudah dan berputus asa dalam semua perkara tidak akan wujud lagi dalam diri saya.

Sekarang, tiada masa lagi untuk saya bertangguh. Setiap saat berlalu, saya pastikan berlalu dengan berfaedah. Saya bagaikan sudah kesuntukan masa. Jadi, tahun ini saya benar-benar benci pada tidur. Saya tidak akan buang masa lagi kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Saya akan hargai masa sebagaimana saya hargai emas.

Di dalam kelas pula, saya akan tanamkan minat sepenuhnya terhadap semua mata pelajaran. Saya yakin, dengan minat saya tidak akan mengantuk di dalam kelas. Segala kerja rumah saya akan siapkan secepat mungkin. Tahun ini, saya pastikan tiada lagi rungutan bahawa kerja-kerja rumah membebankan kerana latihan-latihan inilah yang akan membantu saya dalam pelajaran. Segala hiburan saya akan tinggalkan. Televisyen dan radio sudah tidak bermakna lagi buat saya.

Sememangnya, tiada azam lain selain untuk bahagiakan kedua-dua ibubapa saya. Saya tidak mahu mereka kecewa lagi dengan saya. Saya sedar, hidup ini hanyalah sementara. Jadi, di samping menuntut ilmu saya akan beribadat kepada Allah. Satu lagi perkara yang saya sedia lalui untuk tahun ini adalah saya akan sentiasa bersedia untuk memaafkan orang lain dan sanggup mengakui kesilapan saya. Inilah cabaran yang saya rasakan betul-betul menghentak keegoan diri saya.

Saya berharap segala azam tidak terkubur begitu sahaja. Perkara yang paling penting ialah saya akan jadi lebih baik dari hari kelmarin.
(456 patah kata)

Di bawah penulisan, kelihatan satu tandatangan kecil serta tulisan bersambung 'Baik. Usaha lagi' yang berdakwat merah. Dan setiap perenggan ditandakan seakan lambang NIKE yang tiada kepala cakuknya; juga berdakwat merah.

*Petikan dari Buku Latihan Penulisan milik Amalina tingkatan 5 Sains Tulen yang digurukan oleh Puan Azizah Abdul Hamid.

4 Comment(s)

avatar

kita perlu lakukan perubahan dlm hidup untuk terus mencapai matlamat yg diimpikan...

avatar

kita perlu lakukan perubahan dlm hidup untuk terus mencapai matlamat yg diimpikan...

avatar

kamu sgt kreatif..

btw slmt thn baru dgn gaya baru!
*ntah pe motif ntah komen nie hahaha

avatar

nape saya takde azam erk?