Thursday, January 28, 2010

Gagahi Tanpa Berdiri

Sambil menanti anti-virus siap di updatekan, dalam masa tidak begitu berkejaran atau menggesa, aku membuat penelitian dan ubahsuaian. Aku sukakan waktu begini; dalam keadaan kerja rumah menimbun, dalam keadaan orang lain berpusu2 sibuk, dalam keadaan berserabut, atau dalam keadaan apa sahaja, masih ada ketenangan untuk aku memiliki masa sendiri. 'Masa sendiri' jarang untuk ditemui duduk bersama ketenangan dan emosi paling berkesan.

Itu yang aku selalu carikan dan harap konsistensinya. Namun, amat jarang.

Aku suka, sangat suka membaca kembali apa yang aku catatkan terutama yang melibatkan perasaan; marah, tak puas hati, kutukan, sedih, gembira dan lain-lain. Tidak kisah ianya dari sumber apa; buku nota, atas kertas silibus kalkulus, kulit buku, notepad, mahupun blog. 'Menjaga hasil jiwa sangat bahagia'. Dan setiap kali aku membacanya kembali dengan tempoh agak lama dari tarikh menaip atau menulis, aku tersenyum sendirian. Cukup buat hati ini senang.

Sering juga aku rasa, mahu kongsikan sedikit apa aku rasa bersama lainnya. Sukar.

2 Comment(s)

avatar

yep. kadang2 sukar nak kongsi bersama2

avatar
Anonymous DeleteReply

mmg sukar nak kongsi sesuatu dgn org yg puitis ni..terlalu mendalam utk difahami oleh sume..