Wednesday, January 13, 2010

Storage(i) - Himpunan Lima Cerita

1) Lembaran baru
Mengikut garismasa, ini adalah page yang ketiga kerana blog yang pertama dan kedua telah berkubur kerana kesilapan sendiri. Selepas ini, kau akan kaitkan aku dengan isu pelarian. Aku tidak boleh menolak premis kau. Mungkin benar, tetapi ke arah konsep hijrah. Semestinya membuatkan aku kool setiap kali daftar keluar, itu lebih bahagia untuk aku.

2) Mak Dah Sibuk Masukkan Sesuatu Dalam Sampul
Pagi satu Syawal tahun lalu, 'Siapa nak duit raya, beratur', kata Rokiah. Akulah orang pertama beratur di hadapan. Itu zaman kanak-kanak aku. Pagi itu, aku tidak lagi di hadapan. Aku melintas di hadapan sekumpulan anak buah aku tanpa mempedulikan seruan itu. Mungkin perasaan keseganan dan ketuaan yang meresap dalam jiwa aku. 'Adik', teriak Rokiah. Aku membalas dengan senyuman penuh pengharapan. Harapan pagi Syawal aku tidak pernah kecewa.

3) Final
Hanya tinggal tidak kurang dari 30 hari. Atau dalam sebutan mudah, tak sampai sebulan. Aku masih jauh dari laluan perpustakaan, bilik pensyarah mahupun kelas yang diwajibkan tiap-tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad ke atas aku. Aku masih di tahap kekaburan dan ketidakfahaman. Dan sekiranya esok disorongkan kertas yang bertajuk besar 'peperiksaan akhir', sudah tentu aku berjaya menghantar kembali tanpa secalit dakwat. Itu aku. Dan kau, sudah bersedia?

4) Masihkah Kau Dapat Kejar?
Kadang-kadang (aku tak menyebut selalunya atau semestinya), peluang kedua dan seterusnya (ketiga,keempat,kelima,……….n) membuatkan kau lebih menghargai dan dihargai serta apa yang kau kurangi kau cuba tambahi. Bertuahnya kau jika kau mendapat peluang kedua. Malangnya, jika kau hanya ada satu-satunya peluang. Silapnya, kau tidak menggunakan sebaiknya peluang pertama kau. Dan jika kau adalah manusia yang memberi peluang, lembutkan hati kau dengan menawarkan banyak lagi peluang. Itu berat, aku tahu. Kau akan merasa kau terlalu 'bagi muka', tapi percayalah dengan memaafkan orang lain serta membuka lorong untuk orang lain membuatkan keadaan lebih baik. Bentukkan satu persepsi POSITIF dalam diri kau walaupun sukar untuk kau terima. Dan jika kau adalah manusia yang mendapat peluang, apa yang aku boleh cakap, jangan siakan.

'Peluang selalunya datang dalam keadaan kau dan aku tidak bersedia'

5) Ulangtahun Kelahiran Aku
Lima November yang lalu. Telefon bimbit aku keluaran Nokia nampak kesibukkan di saat 12.00 am. Paling memberangsangkan ada mesej yang bertarikh 4-Nov-2008 pada 23:58:11. Nampaknya tarikh aku dilahirkan telah dituakan satu hari dengan hanya beberapa saat. Ha ha..Mujur kau mempunyai seorang sahabat yang kool seperti aku yang menerimanya dengan penuh senyuman. Bagi aku kau teman yang baik yang cuba menjadi yang terawal. Selapas itu diselang-seli dengan panggilan-panggilan masuk, mesej-mesej dan nyanyian 'Happy Birthday' oleh orang di sekeliling aku. Terima kasih semuanya kerana menjadikan aku selebriti pada awal pagi itu. Dan akhirnya kau menyusul seakan kau tahu aku sudah reda dengan kesibukan manusia lain. Aku menghargainya kerana kau faham diri aku juga milik mak, ayah, keluarga dan kawan-kawan.

Dan yang paling pasti aku tidak lagi dipinggirkan untuk menonton tayangan berskrin yang berlabel dua abjad besar selepas nombor 18. Ha ha.


'I see my blog as the ultimate personal expression and its very important to me'

2 Comment(s)

avatar

happy belated birthday amalina

avatar
Anonymous DeleteReply

never ending story..evryday is a begining of story storage..