Thursday, February 25, 2010

Timuran Hujung Minggu

Bagi yang merindui pemergian aku, nantikan telur2 penyu dariku. Selain itu, kamu mahu apa lagi? Katakan saja.


'jangan berhutang, kampeni sayang'


*entah pape slogan aku, haha2. bubye sayang2 sekalian.


read more

Sunday, February 21, 2010

Istimewa

22.

Aku tersenyum mengenangkan.

:)
read more

Friday, February 19, 2010

'from nobody to somebody' - Razali Mohd Yusof

tudia, gengster tarak dah!
read more

Thursday, February 18, 2010

Mari

'It is not what you know that makes things happened. It is what you do with what you know that makes it happened'
read more

Empat Perkara

Time ni, rumah aku sangat sunyi. Augus mengiau. Dia kucing aku. Tarikh ni juga dah tamat sesi persekolahan 2005. Lega sangat sebab semua tugas aku dah laksanakan.

First, tulis kad raya kat cikgu dan kawan2 serta salam dengan cikgu2 sempena nak menyambut lebaran tak lama lagi. Tapi, duit raya langsung tak bagi. Kedekut tol cikgu2 aku. Cakap pasal lebaran, tudung dan kasut belum beli lagi. Esok pulak, kena pi rumah Karim ambik langsir.

Second, ambik buku teks form 5. Pelik la sekolah ni, bagi awal2 pun bukan aku baca pun time cuti.

Third, dengan tarikh ni jugak cukup 10 bulan (Jan-Okt). Apa dah aku buat? Dengan sisa2 yang ada, aku nak kumpulkan kembali semua kegagalan aku. Aku nak ubah jadi satu tekad yang konsisten. Tinggal lagi 12 bulan nak SPM. In other words, aku hanya ada 1 tahun nak prepare SPM next year.

Fourth, tarikh ni jugak dah cukup pemerintahan PM selama 2 tahun. Tu je la aku nak tulis.

Date : 31 Oktober 2005
Time : 11:15pm

read more

Demi Waktu

waktu itu
sibuk memuncak
padat menggila
kerja menimbun
makan mana sempat
'saat' begitu bernilai
namun
akal fikir masih hebat

waktu ini
sibuk tiada
ruang menggila
tidur panjangan
makan berpinggan
tapi
akal fikir menyempit!


Tuhan, pimpin aku.
read more

Kering

Ketagih nak menulis panjang-panjang.

Pagi tadi mula menulis. Bukan main panjang. Kemudian, aku baca kembali. Gila, tak paham. Langsung tak ada point. Penuh emo, macam budak tak dapat tengok channel kegemaran. Ayat tunggang. Mencuba sedaya membentuk entri gembira, last2 jadi touching. Geli.

Serabut wei.


read more

Tuesday, February 16, 2010

Kaunter Pertanyaan

'adik, toilet kat mane?'
'sana', sambil menunjukkan arah kanan.

'adik, zohor masuk pukul bape?'
'dalam satu dua puloh, dah konfem buleh dah'.

'adik, ini tempat nama apa?'
'Gurun'.
'gurun? patut panas gile. tapi, apsal tak de unta ah?'
'haha3'.

'adik, topup digi ade? maxis?'
'tak de. only celcom. terang2 nampak selekom'.

'adik, jauh lagi tak nak pergi kuala kedah? saya nak pegi Langkawi nii.'
'abg straight jalan ni, pastu ikut kiri, then abg ikut sukaa. haha3'.

'adik, mana boleh dapat topup touch and go ha?'
'sini tak de bang. tak boleh touch, abg boleh go ja la'.

'nombor abg lawa la'.
'eh, kamu lagi lawa. haha3'.

'eh, resit bil pun guna half paper je? u punya bos boleh kaya ni'.
tersenyum sahaja.
'eh, ink pun refill je? jimat. kalau kawen, boleh buat 2 bijik banglo kalau cam ni'.
'haha2'.

'pakej broadbrand ni cam na? cita sikit.'
'modem free. daftar seratus'
'apa yang dapat? kat alor setar dapat baju tapi daftar 173'.
'ooo. kat sini seratus ja. baju tak dapat. dapat modem dengan plastik ja'.
'haha'.

'kaka manis tamau balik ke ini hari?'.
'of cos nak balik! esok i start holiday'.
read more

Sunday, February 14, 2010

Kosong Sembilan Belas

Aku tak pernah miliki telefon bimbit idaman. Bukan tidak pernah tapi tiada idaman untuk mahu membeli keluaran itu, ini. Mungkin aku lebih selesa dengan apa adanya. Tidak juga. Mungkin aku lebih menghargai sesuatu pemberian. Tidak juga. Ah, mungkin saja aku tidak berduit. Haha.

Sampai kini, aku hanya menggunakan telefon bimbit pemberian abang2 aku. Satu daripada abang Wan, rosak. Kemudian, dari Chaq, sampai kini masih menggunakannya. Sungguh bertuah memiliki abang. Jika mahu ukur kesetiaan dari tempoh memakai telefon bimbit tanpa bertukar, aku lah paling setia.

Tapi, tidak dengan nombor telefon. Seriously, dude! Aku tak pernah bertahan dengan satu-satu nombor telefon. Seingat aku, ini kali kelapan aku bertukar nombor. Aku cuba untuk kekalkan tapi ada saja sebab untuk aku tukar. Sim patah, hilang, dan lain2.

Dan yang terbaru, percuma dari bos. Sangat istimewa susunan nombornya. Dan kalau kau kekasih aku hari ini, dan esoknya menjadi musuh dan cuba untuk memusnah memori kita bersama dengan melupakan nombor telefonku, jangan mimpi. Melekat di hati seperti kau baca abc. Haha.
read more

Kekasih Sepatutnya Dihargai Hari2, Bukan Hari Ini Sahaja

Hari kekasih aku hari tidak semeriah mana; hanya di pantai bersama 'Kau Ada Daki'. Walaupun letih pulang dari tempat kerja, kami masih berbahagia. Bersama. Dan mula berborak.

kelmarin - 8pm (sampai menangis-nangis)
semalam - 6pm (sedikit gembira)
hari ini - 5:30pm (happy sangat)
esok - 2:30pm (banyak cantik, sapa nak bagi balik awal?)
lusa -12pm (kalau macam tu, tak payah mai)
tulat - baru rasa bercuti
read more

Ramai Orang Tidak Sebangsa Saya Hari Ini Selebihnya Pelancong

'uncle, angpau satu'.

'saya mana kawen lagi. u mau kawen dengan saya'.

'haha3'.

Aku dan 'Kau Ada Daki' ketawa, menceriakan pagi Tahun Baru Cina.
read more

Friday, February 12, 2010

Tak Menang Tangan

Servis sudah menjadi sebahagian dari keperluan. Tidak kira lah perkhidmatan yang bagaimana sekalipun. Menjadi lebih baik sekiranya servis itu adalah berkait rapat dengan rutin manusia; yang 24 jam. Tapi, ianya lebih hebat sekiranya setiap jam diperlukan servis itu. Jadi, aku berfikir kalau aku dapat sediakan servis bukan lagi untuk 20 jam, lima jam, tetapi setiap saat, mungkin lima hari akan datang aku sudah menemani Stephen Davis untuk pelancaran buku Kalkulusnya terbitan ke 18.

Dari sekarang aku harus bijak melihat perkhidmatan itu sendiri bagaimana ianya berfungsi antara hidup dan mati bukan lagi sekadar keperluan. Aku mampu sekiranya aku sudah arif segalanya. Tapi, aku harus bermula dengan langkah pertama yang amat berani.

read more

Thursday, February 11, 2010

Golek2

Petang tadi, 'Kau Cinta Fantasi' jadi pemain terbaik bowling tournament intergroup. Dari awal aku sudah boleh jangkakan itu. Jadi, bila dia cakap 'Kau Buatku Terkejut'; tiada apa yang perlu dikejutkan sebenarnya. Kegembiaraannya turut aku kongsi.

*imej2 statik akan dimuatnaik di mukabuku dalam masa terdekat.
read more

Wednesday, February 10, 2010

What Does an Imaginary Book Say About Me?

Im a dreamer.

I tend to have my head in the clouds. I love to be drawn in to a whole other world. m a rational person. I like to think through ideas, and I like the thoughts that books spark. Im a person with many different interests. Im fascinated by everything in the world. Im a person who values my possessions. I tend to have fewer things but of higher quality.

'u are dreamer my dear. even at day time, even u are awake' - Nin



read more

Langsaikan Segera

Bila ianya berkaitan wang, duit, ongkos, pitih, mahupun fulus, sebolehnya aku berhati-hati. Malam aku bukan ditimbuni duit, siang pula pengalirannya cukup deras. Makan pagi, tengahari, minum petang dan malam; penuhi keperluan asasi. Orang macam aku, cuma simpan impian. Bila sampai hari berduit, semuanya diagihkan untuk keperluan. Di mana impian? Lupakan.

Pun begitu, dalam hati keras nyatakan 'jangan sampai berhutang'. Hutang juga, tapi dalam catatan yang kemas berjumlah dan bersebab. Aku kenal hutang bila aku sedar aku ke kantin sekolah rendah tanpa sesen. Aku tertinggal atas meja makan. Lalu, seorang rakan memberi pinjaman dan harus dibayar esoknya.

Jadi, hutang dikaitkan dengan pemberian yang bertempoh yang wajib dibayar kembali.

Pemberian ibubapa. Percuma, tanpa perlu bayar kembali. Aku tidak pasti bila, tapi bila keperluan aku melebihi biasa, aku rasa segan untuk suarakan. Semester satu dan dua, masih dibiyai penuh oleh mak ayah. Bila semester tiga aku mula suarakan tapi atas 'pinjaman'. Aku tidak janji boleh bayar bila tapi aku mahu bayar balik.

Buku catatan. Tercatat tarikh dan jumlah pinjaman. Aku campurkan semua. Aku tolak dengan wang semasa aku. Aku mahu jelaskan semua. Tapi, masih ada tertunggak. Yang jelas, pinjaman daripada mak, ayah. Aku cakap dengan nada berbincang, 'mak, adik akan bayar, tapi adik tak boleh janji bila'. Mak beri satu jawapan yang aku rasa kawan2, saudara-mara, kekasih, sesiapa saja tak dapat jawab sedemikian.

Itulah sebab amalina, walau apa yang menyakitkan, yang kau rasa sebal dengan mak atau ayah, usah pedulikan. Kau takkan mampu bayar apa yang mak ayah dah bagi kat kau, Amalina! Benda kecil, jangan besarkan. Jaga hati mereka. Jangan sampai kau menyesal. Ingat, di mana syurga kau?!

*semalam, kata2 bos sudah mula berkait gaji. Hati tersenyum. Kawan2, ada sesiapa yang aku hutangkan? aku mahu langsaikan.
read more

Sunday, February 7, 2010

Kejar, Kejar.

Aku mahu ada satu perancangan tentang sesuatu. Sepuluh, sebelas, berpuluh2 tahun akan datang sudah diaturkan. Lancar segalanya kerana setiap langkah diteliti dan dikemaskini lalu diberi disiplin yang amat kukuh.

Tapi, aku mampu merancang hanya untuk hujung Disember ini. Dan apabila Januari depan muncul, aku harus mulakan kembali seperti aku mulakan Januari lalu. Hemat aku, proses ini akan berulang sehingga aku habis belajar.

read more

Saturday, February 6, 2010

Kalau Semudah itu Sahaja, Pasti Jalanku Lurus

Cakap saja kalau dibebani sesuatu, pasti kau mahu lari; bukan meninggalkan tetapi mejauhi. Kalau begitu, cukup sediakan aku bilik kecil serba tenang. The best thing about my room is that it's exactly the way I like it. Having things the way I want allows me to relax and think. I need to feel like I have some privacy and space.

Adakalanya pula, kita perlukan sesuatu. Sesuatu yang dicari sepanjang percutian indah, sepanjang lebuhraya, sepanjang rekreasi, sepanjang musim sejuk, sepanjang musim panas, sepanjang waktu atau sepanjang kehidupan ini.

Kalau saja sebarang aktiviti itu mengembalikan aku pada neutralnya, aku mahu. Rela habisi wang berjuta untuk satu parti mega.

atau, selang-seli dengan tarian kosong


atau, semata menunggu pada keajaiban mengubahnya


Tapi, tidak semudah itu. Berikan aku bilik kecil itu.
read more

Galeri

Bulan Mei. Sungguh, aku tidak sabar menanti. Kenapa? Satu sebab remeh yang tak siapa tahu. Lalalalalalalala. Jangan nak teka2. Clue pun tak mau bagi tau.

Tak sabar sangat.
read more

Kembalikan Data Yang Hilang (ii)

Mungkin selepas peristiwa itu, aku berazam mahu beli disket sekotak; tetapi tidak. Toleransi aku masih mahu membeli yang baru.

Ada enam folder yang aku ingat. Antaranya; folder study, pictures, software, blog, download, dan deenapunya. Masing-masing mempunyai fungsi tertentu. Folder study adalah berkaitan akademik semuanya yang mengandungi segala nota2 soft copy yang aku download sendiri yang aku rancang akan menyemak itu folder di mana keadaan mendesak. Folder pictures pula menempatkan koleksi gambar2 yang dipilih untuk dimuatkan di mana2 laman web sosial. Lain fungsinya dengan folder software apabila aku mengambil langkah berjaga-jaga dengan memuatkan software2 penting di dalamnya sekiranya pc berbeza tidak bersifat 'adaptable'. Folder blog pula adalah bingkisan penulisan2 aku dalam bentuk notepad sekiranya idea2 terlintas. Folder download dikhaskan untuk segala jenis sumber yang aku muatturunkan dari mana2 laman web termasuk email2 indah. Dan terakhir, folder yang baru dicipta beberapa minggu lalu iaitu 'deenapunya'; menumpang sebentar setelah pendrivenya hilang.

Sasaran aku adalah kepada pelajar2 selepas kelas aku tamat iaitu DSK6A dan DCS4A. Mungkin syak itu tidak bagus dalam keadaan begini. Lalu, aku tidak syaki mana2 pihak cuma aku kecilkan skop pencarian. Jika kau masuk dari pintu depan MK11, meja sebelah kanan (disusun kembar tiga) yang duduki baris ke empat. Kau kira dari depan; satu, dua, tiga, empat. Di situ, aku tinggalkan pendrive. Di situ, pendrive hilang.

Berdasarkan duit poket sekarang, aku boleh beli pendrive empat stick lagi. Tapi, kau tahu kan apa itu nilai. Berat aku nak lepaskan pergi. Hari2 aku fikir. Yea, it so valuable; satu hal yang kau takkan pernah tahu itu.

Kebelakang ini, ada juga dua tiga nombor yang aku tak kenali masuk dalam senarai panggilan terlepas pandang. Aku text balik 'ni sape? org yg jupe pendrive sy ke?'. Begitu tinggi harapan aku supaya orang terjumpa mengembalikan kembali sebab nama pendrive telah aku namakan seperti nombor telefon aku.

;(

*awak, sy cuai. sy tahu itu.
read more

Wednesday, February 3, 2010

Lalang

Mahal betul. Aku tengok list. Semua melekat kat jiwa. Memang kena pada harga. Tapi dalam banyak2 aku hanya dapat beli satu. Satu cuma. Pasal benda2 macam ni, aku tak berontak. Letak la label setinggi mana pun, aku beli. Dan bila kau juga senang jadi milikku, ianya satu penghormatan. Tak ternilai.

Masa diperlukan.

*tengok entri bawah ni yang penuh grafik tak tersusun, buat aku nak rimuv imej2 tu dua tiga hari lagi. Nanti kau, semak sangat.
read more

Supernatural : Sam or Dean's Character?

Im Sam.

Im a bit of a mystery; both to others and even myself. Im still coming to grips with who Im. There are parts of myself that I still need to accept. Im a caring and protective person. I cant help but be concerned about the people I love. Im a bit of a loner. Im still searching deep and meaningful connections in life.

*tapi saya minat kat dean la. erm.


read more