Saturday, February 6, 2010

Kembalikan Data Yang Hilang (ii)

Mungkin selepas peristiwa itu, aku berazam mahu beli disket sekotak; tetapi tidak. Toleransi aku masih mahu membeli yang baru.

Ada enam folder yang aku ingat. Antaranya; folder study, pictures, software, blog, download, dan deenapunya. Masing-masing mempunyai fungsi tertentu. Folder study adalah berkaitan akademik semuanya yang mengandungi segala nota2 soft copy yang aku download sendiri yang aku rancang akan menyemak itu folder di mana keadaan mendesak. Folder pictures pula menempatkan koleksi gambar2 yang dipilih untuk dimuatkan di mana2 laman web sosial. Lain fungsinya dengan folder software apabila aku mengambil langkah berjaga-jaga dengan memuatkan software2 penting di dalamnya sekiranya pc berbeza tidak bersifat 'adaptable'. Folder blog pula adalah bingkisan penulisan2 aku dalam bentuk notepad sekiranya idea2 terlintas. Folder download dikhaskan untuk segala jenis sumber yang aku muatturunkan dari mana2 laman web termasuk email2 indah. Dan terakhir, folder yang baru dicipta beberapa minggu lalu iaitu 'deenapunya'; menumpang sebentar setelah pendrivenya hilang.

Sasaran aku adalah kepada pelajar2 selepas kelas aku tamat iaitu DSK6A dan DCS4A. Mungkin syak itu tidak bagus dalam keadaan begini. Lalu, aku tidak syaki mana2 pihak cuma aku kecilkan skop pencarian. Jika kau masuk dari pintu depan MK11, meja sebelah kanan (disusun kembar tiga) yang duduki baris ke empat. Kau kira dari depan; satu, dua, tiga, empat. Di situ, aku tinggalkan pendrive. Di situ, pendrive hilang.

Berdasarkan duit poket sekarang, aku boleh beli pendrive empat stick lagi. Tapi, kau tahu kan apa itu nilai. Berat aku nak lepaskan pergi. Hari2 aku fikir. Yea, it so valuable; satu hal yang kau takkan pernah tahu itu.

Kebelakang ini, ada juga dua tiga nombor yang aku tak kenali masuk dalam senarai panggilan terlepas pandang. Aku text balik 'ni sape? org yg jupe pendrive sy ke?'. Begitu tinggi harapan aku supaya orang terjumpa mengembalikan kembali sebab nama pendrive telah aku namakan seperti nombor telefon aku.

;(

*awak, sy cuai. sy tahu itu.

4 Comment(s)

avatar

beli external harddisk saja dik

avatar

pendrive mana satu lak yg hilang ni?

avatar

aku letak apa dlm deenapunye tu ek?
aduyai..
lupa lak

avatar
Anonymous DeleteReply

tak dapek nak nolong..!!