Sunday, February 14, 2010

Kosong Sembilan Belas

Aku tak pernah miliki telefon bimbit idaman. Bukan tidak pernah tapi tiada idaman untuk mahu membeli keluaran itu, ini. Mungkin aku lebih selesa dengan apa adanya. Tidak juga. Mungkin aku lebih menghargai sesuatu pemberian. Tidak juga. Ah, mungkin saja aku tidak berduit. Haha.

Sampai kini, aku hanya menggunakan telefon bimbit pemberian abang2 aku. Satu daripada abang Wan, rosak. Kemudian, dari Chaq, sampai kini masih menggunakannya. Sungguh bertuah memiliki abang. Jika mahu ukur kesetiaan dari tempoh memakai telefon bimbit tanpa bertukar, aku lah paling setia.

Tapi, tidak dengan nombor telefon. Seriously, dude! Aku tak pernah bertahan dengan satu-satu nombor telefon. Seingat aku, ini kali kelapan aku bertukar nombor. Aku cuba untuk kekalkan tapi ada saja sebab untuk aku tukar. Sim patah, hilang, dan lain2.

Dan yang terbaru, percuma dari bos. Sangat istimewa susunan nombornya. Dan kalau kau kekasih aku hari ini, dan esoknya menjadi musuh dan cuba untuk memusnah memori kita bersama dengan melupakan nombor telefonku, jangan mimpi. Melekat di hati seperti kau baca abc. Haha.

4 Comment(s)

avatar
This comment has been removed by the author.
avatar
Anonymous DeleteReply

hi lin..awat g delete komen tu?ye..cantik sungguh number tu..nak i tulis kan ke..hhuhu

avatar

hi.
komen tu ade informasi yg sangat bernilai dan tidak boleh dikongsi. hehe.
oh, tak perlu tulis kat sini. :)

avatar

mesti no yg best..