Wednesday, February 10, 2010

Langsaikan Segera

Bila ianya berkaitan wang, duit, ongkos, pitih, mahupun fulus, sebolehnya aku berhati-hati. Malam aku bukan ditimbuni duit, siang pula pengalirannya cukup deras. Makan pagi, tengahari, minum petang dan malam; penuhi keperluan asasi. Orang macam aku, cuma simpan impian. Bila sampai hari berduit, semuanya diagihkan untuk keperluan. Di mana impian? Lupakan.

Pun begitu, dalam hati keras nyatakan 'jangan sampai berhutang'. Hutang juga, tapi dalam catatan yang kemas berjumlah dan bersebab. Aku kenal hutang bila aku sedar aku ke kantin sekolah rendah tanpa sesen. Aku tertinggal atas meja makan. Lalu, seorang rakan memberi pinjaman dan harus dibayar esoknya.

Jadi, hutang dikaitkan dengan pemberian yang bertempoh yang wajib dibayar kembali.

Pemberian ibubapa. Percuma, tanpa perlu bayar kembali. Aku tidak pasti bila, tapi bila keperluan aku melebihi biasa, aku rasa segan untuk suarakan. Semester satu dan dua, masih dibiyai penuh oleh mak ayah. Bila semester tiga aku mula suarakan tapi atas 'pinjaman'. Aku tidak janji boleh bayar bila tapi aku mahu bayar balik.

Buku catatan. Tercatat tarikh dan jumlah pinjaman. Aku campurkan semua. Aku tolak dengan wang semasa aku. Aku mahu jelaskan semua. Tapi, masih ada tertunggak. Yang jelas, pinjaman daripada mak, ayah. Aku cakap dengan nada berbincang, 'mak, adik akan bayar, tapi adik tak boleh janji bila'. Mak beri satu jawapan yang aku rasa kawan2, saudara-mara, kekasih, sesiapa saja tak dapat jawab sedemikian.

Itulah sebab amalina, walau apa yang menyakitkan, yang kau rasa sebal dengan mak atau ayah, usah pedulikan. Kau takkan mampu bayar apa yang mak ayah dah bagi kat kau, Amalina! Benda kecil, jangan besarkan. Jaga hati mereka. Jangan sampai kau menyesal. Ingat, di mana syurga kau?!

*semalam, kata2 bos sudah mula berkait gaji. Hati tersenyum. Kawan2, ada sesiapa yang aku hutangkan? aku mahu langsaikan.

3 Comment(s)

avatar

budi baik mak ayah...kenang sampai bila2!!!tak boleh dibalas dgn wang ringgit..apa yg terbaik dan termampu sahaja yg dpt balas


er...belanja plis ;)

avatar
Anonymous DeleteReply

berhutang bkn suatu yg pelik dan tak ade manusia boleh lari dari hutang utk memenuhi impian,cume terpulang pada impian yg perlu atau sengaje diperlukan.berhutang buat kite berjaya dan berhutang buat kite lingkup.tapi berhutang pada allah dan parents is unlimited..tak kan dpt dibyr dgn duit tapi amalan..
p/s:sy byk berhutang dgn ALLAH n parents..erm..

avatar

Ls,
budi mak ayah tidak ternilai. sampai bila pun kita tak dapat bayar. dari susu, lampin pakai buang, ubatan, pakaian, dan lain2. memang semua itu tanggungjawab mereka, tapi dengan kasih sayang lah, semua pemberian adalah ikhlas; tak minta dibalas.
erm, order saja, saya belanjakan. :)

anon,
saya selalu takut dengan hutang yang melingkupkan. kalau impian yang dikejar tanpa hutang mana2 pihak, ianya lebih manis nikmatnya; tidak dibebani. manusia akan menggigil bila berhutang sesama manusia dan sebolehnya mahu membayar dengan segera, cthnya ah long. tetapi, hutang dengan Allah selalu dilengahkan. itulah manusia termasuk saya; selalu leka.