Wednesday, March 31, 2010

310310

tiga satu kosong tiga satu kosong
hati lapang
perut senang

tiga satu kosong tiga satu kosong
langkah diatur
akal diterja

tiga satu kosong tiga satu kosong
kepala digeleng
bontot digoyang

tiga satu kosong tiga satu kosong
rentap semua
biar terkangkang

tiga satu kosong tiga satu kosong
semangat dijulang
semerbak naungan

tiga satu kosong tiga satu kosong
persetankan dia
yang mencalar rasa

tiga satu kosong tiga satu kosong
'there are no tomorrow'.
read more

Monday, March 29, 2010

Serius, Saya Mulai Rindu Masa Lalu

read more

Sunday, March 21, 2010

Friday, March 19, 2010

Sangat Best Kalau Awak Tahu Bila Awak Akan Stop Tanya 'dah makan ke?'

Kau selalu mandi pagi. Semua orang tahu itu. Katakanlah, hari ini kau mahu cepat dan tidak sempat untuk lakukan itu; rutin harian kau. Beerti, kau gugurkan satu daripada rutin-harian-yang-memang-tak-dapat-dipisahkan itu. Kau cuba jalani seperti biasa; mengaku ianya masih kacak dan segak tanpa mandi pagi. Memang, tiada siapa tahu sebab kau berlindung di balik itu. Ketidakselesaannya, hanya kau dapat rasa. Keadaan akan kembali seperti biasa keesokkannya apabila kau ulangi semula rutin yang kau gugurkan.

Sangat berbeza, apabila kau mahu jalani hari seperti biasa tanpa kau tinggalkan rutin tetapi kau harus dan keesokkannya kau sudah tiada peluang untuk ulanginya lagi.
read more

Satu Kebetulan, Mungkin

Dua minggu lepas, hari yang sama; Jumaat, sangat ramai orang kat rumah. Adik beradik, sepupu sepapat, dan lain2 dijemput ke kenduri arwah nenek pada hari tu. Orang2 keluar-masuk, keluar-masuk. Tapi atuk tetap di katilnya, tak mahu makan, tak mahu sembang. Pelik, sebab sebelum2 ini bukan begitu. Panggil nama mak sepanjang masa, tegur orang sana-sini biarpun tak kenal.

Bila kenduri selesai,

'sedap nasik tadi, esok ada lagi tak kenduri', kata cikgu kamarulzaman nada bergurau kepada abang nal.
'mai2. ada bajet, apa salahnya', jawab abang nal; juga dalam nada bergurau tanpa sebarang maksud tersirat.

Esoknya atuk pergi; buat selama2nya. Memang ada kenduri lagi selepas hari jumaat itu.
read more

Monday, March 15, 2010

'you should dream a painting and paint it not painting a dream and dream it' - Nin

terima kasih awak!


ini lak, kita dua. comel gitu. haha.
read more

Iklan Jawatan Kosong

Aku ingat nak cari seorang pembantu la. Aku cakap je, beliau akan terus update. Bila aku sedih, aku akan nangis2 kat beliau. Kemudian, beliau akan update dengan menjelaskan rangkap penuh tatabahasa tanpa ianya dilihat sebagai permintaan simpati. Waktu aku sedang seronok pula, beliau pastinya akan update sehingga bila aku baca membuatkan aku senyum sampai telinga. Bila sampai waktu tidur, aku hanya perlu senyum mendongak siling putih kosong; esoknya blog ini dipenuhi penulisan beliau tentang khayalan2 semalam yang keterbatasan privasi masih dipelihara. Proses ini akan berulang sehingga tamat tempoh kontrak.


jawatan : pembantu pengemaskini blog Semantik
-email dan password akan diberi
-sesuai untuk semua peringkat umur
-tidak terikat dengan sebarang kelulusan
-gaji boleh dinyatakan sendiri

sebarang pertanyaan, tinggalkan komen di sini.
read more

Sunday, March 14, 2010

Terpanggil

zakril..

zakril..

zakril..

dengar tak?



zakril tak kan dengar suara kau Amalina!
read more

Saturday, March 13, 2010

Awak Nak Tahu Feveret Saya?

Okay, balik rumah semalam. Mak masak satu benda. Kemudian, mak cakap 'kalau ada Na (suhana), mesti dia suka ni. minat sungguh dia'. Aku diam. Dalam hati nak tanya, 'feveret adik lak apa?'-sekadar mahu menguji. Tapi, macam tak yakin la mak nak jawab dengan tepat. Mungkin mak akan balas 'apa tah?'. Menjawab dalam menyoal.

Suhana lebih spesifikasi berbanding aku. Baju raya, kalau nak beli kena bawak dia. Kalau tak berkenan jangan harap nak pakai. Aku, balun je mana muat. Masakan tengah hari dan malam, kalau menambat hatinya, laju je ke dapur. Aku, setiap masa laju. Jadi, tak boleh salahkan mak jugak kalau dia tak tahu apa kegemaran aku sebab tiada beza antara satu2 makanan; semuanya dilihat sebagai kegemaran.

Tak kan lah tak de satu pun yang aku gila2 suka?

Ada. Sssyy..
read more

Sunday, March 7, 2010

Kehilangan Kedua

Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sesuatu; perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)

Cukup 106 hari selepas 20 November. Kini, mak bukan saja kehilangan ibu malah sudah tiada bapa, semalam. Dan aku tiada lagi nenek dan datuk.

Semoga Tuhan memberi ganjaran hebat untuk mak atas ketabahan dan kesabarannya. Kedua2nya pergi dalam jagaannya.

Al-fatihah.
read more

Tuesday, March 2, 2010

Sekarang, Saya Cinta Sama 'A'

Masuk lab hari ni,

'chapter bape?' tanya aku kepada orang depan.
'6', jawab dia.

Aku menyelak helaian buku dengan penuh tenang. Dalam hati, berkecamuk. Seingat aku, last aku masuk lab still lagi chapter 2. Tudia, jenuh nak kampoi.

A untuk akademik.
read more

Mereka

mak
ayah
cag
suhana
abg nal
adik alia
anje
zafirah
dalilah
deen
shud

'sama2', jawab aku selepas terima kasih mereka ucap.
read more

Monday, March 1, 2010