Saturday, March 13, 2010

Awak Nak Tahu Feveret Saya?

Okay, balik rumah semalam. Mak masak satu benda. Kemudian, mak cakap 'kalau ada Na (suhana), mesti dia suka ni. minat sungguh dia'. Aku diam. Dalam hati nak tanya, 'feveret adik lak apa?'-sekadar mahu menguji. Tapi, macam tak yakin la mak nak jawab dengan tepat. Mungkin mak akan balas 'apa tah?'. Menjawab dalam menyoal.

Suhana lebih spesifikasi berbanding aku. Baju raya, kalau nak beli kena bawak dia. Kalau tak berkenan jangan harap nak pakai. Aku, balun je mana muat. Masakan tengah hari dan malam, kalau menambat hatinya, laju je ke dapur. Aku, setiap masa laju. Jadi, tak boleh salahkan mak jugak kalau dia tak tahu apa kegemaran aku sebab tiada beza antara satu2 makanan; semuanya dilihat sebagai kegemaran.

Tak kan lah tak de satu pun yang aku gila2 suka?

Ada. Sssyy..

5 Comment(s)

avatar

salam , bagus xmemilih..senang nak jaga.haha

avatar

i'm sure ur mom know what u like.
if it is not the food, maybe other things that she knows the best. :)

avatar

ada tu..tp maybe kamu yg tak perasan..mak perasan..

avatar
Anonymous DeleteReply

mesti mak kamu tahu..kamu kuat berangan...kan kan kan...hahahaha..

avatar
Anonymous DeleteReply

yg penting..sume org tahu..kamu ni amusing n amazing..penceria seisi keluarga..