Friday, March 19, 2010

Satu Kebetulan, Mungkin

Dua minggu lepas, hari yang sama; Jumaat, sangat ramai orang kat rumah. Adik beradik, sepupu sepapat, dan lain2 dijemput ke kenduri arwah nenek pada hari tu. Orang2 keluar-masuk, keluar-masuk. Tapi atuk tetap di katilnya, tak mahu makan, tak mahu sembang. Pelik, sebab sebelum2 ini bukan begitu. Panggil nama mak sepanjang masa, tegur orang sana-sini biarpun tak kenal.

Bila kenduri selesai,

'sedap nasik tadi, esok ada lagi tak kenduri', kata cikgu kamarulzaman nada bergurau kepada abang nal.
'mai2. ada bajet, apa salahnya', jawab abang nal; juga dalam nada bergurau tanpa sebarang maksud tersirat.

Esoknya atuk pergi; buat selama2nya. Memang ada kenduri lagi selepas hari jumaat itu.

3 Comment(s)

avatar

uiks!!!satu kebetulan mungkin

avatar

kata kata satu doa kan?

avatar
Anonymous DeleteReply

kematian penuh dgn keinsafan..kerana waktu itulah allah akan tunjuk kebesarannye..bkn doa dan bkn kebetulan..its written..