Thursday, April 15, 2010

Mula2 :D Kemudian ;( Akhir :)

Tu la, jangan hepi sangat nanti jadi sedih tiba2. Betoi!

Baru semalam ayah ada cakap, 'benda apa2 pun, kena sabar. kalau kita sabar ada ganjarannya'. Jadi, ianya masih segar dan kukuh dalam hati saya. Sebab itu bila perkara siang tadi terjadi, saya tidak terus telefon mak mengadu itu ini, tidak terus mencarut itu ini, tidak terus menggelabah seperti kehilangan anak. Saya diam dan pujuk hati untuk bersabar.

Walaupun dengan sedikit perasaan sedih, meeting dengan team manager (deen) berjalan lancar. Kata putus diambil. Saya uruskan tempat penginapan, deen uruskan pengangkutan, dan mereka yang lain uruskan pasukan. Nak ingatkan awak, 23 dan 24 tu adalah hari sebaik sahaja dua kertas selesai dijawab. Jadi, tournament ini sangat lah selesa untuk merehatkan minda saya. Ah, minda saya selalu rehat kalau tak ada tournament pun.

Okay, cerita tadi berbalik. Saya tak bersalah, jadi saya tak perlu rasa takut. Oleh itu, dengan kool nya saya lalui depan guard dengan tenang. 'Tuhan menolong orang dalam kesusahan'-mesej kawan saya. Benar, saya pun pelik kenapa saya invi depan guard tadi; tiada siapa perasan saya. Alhamdullilah.

1 Comment(s):

avatar

halloo...salam kenal
kunjungi blog ku ya yang sederhana.. :)