Tuesday, April 13, 2010

Ujian Pagi Ini; Aku Hanya Menghantar Kertas Kosong (ii)

See, seperti pos di bawah; saya cuba tampil dengan meletakkan '(ii)' di belakang tajuk yang bermaksud sambungan dari itu setelah pos yang sebelumnya ditulis 'bersambung...' di akhir cerita.

Tentang itu,

Saya mendapat kepujian untuk itu subjek semester lepas. Jadi, saya diamkan saja (sambil hati tersenyum) tanpa perkara berbangkit mengenai 'pop quiz' walaupun saya hanya menghantar kertas kosong.

Oleh itu, saya anggapnya sebagai 'masalah yang saya mati2 concern pada hari ini adalah perkara yang 'tak-ada-apa-lah-sangat' pada masa depan'.

Pada masa2 kejatuhan atau murungan lain, saya selalu berharap saya sudah berada di masa depan; telah melalui satu tempoh masa yang bilamana saya pandang ke belakang kembali saya akan cakap 'tak-ada-apa-lah-sangat rupanya yang selama ini menghantui aku'. Begitu juga bila saya ingatkan kembali zaman saya bermati-matian minatkan seseorang di sekolah. Tapi sekarang, saya rasakan 'tak-ada-apa-lah-sangat yang aku minat2 kan itu'.

'lalui dulu, baru tahu'- ucap seorang rakan saya.