Monday, May 31, 2010

Permintaan Menjadi Kawan

8 orang permintaan menjadi kawan; kawan sekolah
7 orang permintaan menjadi kawan; ada mutual friend
6 orang permintaan menjadi kawan; tanpa mutual friend
4 orang permintaan menjadi kawan; jiran kot tepi rumah
3 orang permintaan menjadi kawan; penjawat awam
2 orang permintaan menjadi kawan; cikgu sekolah dulu
1 orang permintaan menjadi kawan; tanpa profile picture

Makin bertambah, makin malas pulak nak konfem sebagai kawan. Amacam, dah bagai artis tak aku? hihi.
read more

Bilik Nombor Lima

Tadi, teman bapak untuk temujanji di hospital. Masukkan kad, duduk sekejap, dia orang panggil nama, terus pergi jumpa doktor. Kalau bukan temujanji, jangan harap nak duduk sekejap macam ni di hospital kerajaan.

Dah settle, pergi bahagian farmasi ambil ubat.

Damn, lambat! Di mana puncanya?

Di unit kesihatan tempat aku belajar, sangat lancar di kaunter farmasi. Sambil memberi ubat, ahli farmasi akan cakap, (baca dengan cepat)

ini, satu kali makan.
yang ini, makan bila perlu.
ni pulak, dua kali sehari.

Ambil ubat, balik. Tidak sampai 5 saat kau blah, nombor pesakit lain menyusul.

Di hospital tadi,

ini, satu kali makan. 'kalau dua kali tak boleh noh', respon seorang pemuda.
yang ini, makan bila perlu. 'ha, kena makan bila?', respon seorang nyonya yang rambutnya penuh uban.
ni pulak, dua kali sehari. 'ooo, dua kali ja?', respon seorang mak cik.

Jadi, bila di hospital kerajaan aku dengan semulajadinya menjadi seorang yang bertimbang rasa dan sabar menunggu giliran kerana perkhidmatan di sini digunakan oleh pelbagai warga, kaum, dan peringkat umur.

hak eleh amalina!
:P
read more

Sunday, May 30, 2010

Wow!

Tak boleh jadi. Kena google jugak.

Result:

Kamal Sabran is an artist, designer and researcher. His work stands at the intersection of art, science and technology. His paintings, video art, short films, sound art and installations have been shown at art spaces and festivals domestically as well as in Indonesia and Singapore. In search of ever widening means of artistic expression, Kamal constantly looks for collaborative opportunities with artists, poets, photographers, designers, musicians, filmmakers, researchers and scientists.


read more

Pergi Tak Kembali

Tadi, anak kepada sepupu aku sebelah bapak kawen. Kau jangan tak tahu, sepupu2 sebelah bapak semua dah ada family. Anak2 dia orang kena panggil aunty kat aku. Anak2 dia orang dah besar2, tapi panggil aku yang sihat muda ni aunty. Okay, aku rasa tua sekarang.

Berbaju kurung, bergaya segala, aku letak nasik. Ambil tempat duduk.

DJ mainkan lagu permintaan. Tup tup,

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir

Tak pe, aku layan. Dalam hiruk-pikuk dan tengah nasi suap ke mulut,

rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

Selain bunga telur, aku pulang bersama keinsafan.
read more

KS

Bangun pagi ini, malas lipat selimut. Bantal sana sini. Bukak tingkap, salin udara. Pergi dapur, bancuh nescaffe.

Kadang ingat nama, tak tahu siapa.
Kadang ingat muka, tak tahu nama.

Nama yang terpancut dari neuron pagi ini ialah kamal sabran, tiba2. Sungguh, tak tahu siapa.

kamal sabran abang kau?
kamal sabran daddy kau?
kamal sabran adik kau?
kamal sabran saudara kau?

ah siapa saja kamal sabran, tolong beritahu. aku malas google.
read more

Mim Ya Jim Ya

Aku buntu.

Aku mahu ke masa itu, dan menyekat satu perbuatan. Tapi, aku tak berdaya.

Jadi, pilihannya cuma dua.

Tinggalkan rasa itu dan beria tanpa ada apa tapi di hati tak langsai atau,

berjuang tegakkan benar.
read more

Friday, May 28, 2010

Mahu-Tak-Mahu-Tak-Tak-Tak

Ada satu masa, aku tak tahu apa yang aku inginkan. Ke mana kehendak? Hilang.

Mungkin,

tika itu aku tenggelam dalam keterujaan.

Aku tanya sekali lagi, 'hati, apa yang kau mahukan'. Jawapannya samar.

Dibuang rugi, dihendak melangit.
read more

Thursday, May 27, 2010

Ulasan Saya Sepanjang Tiga Hari Program

Semalam, 26052010. Selepas present their system, tamatlah itu program. Saya difahamkan objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan persediaan kepada peserta ke alam pekerjaan (praktikal). Jadi, awal2 lagi kita orang dah dimaklumkan bahawa program ini berlangsung selama 15 hari. Dalam 15 hari itu akan diajarkan ilmuan sains komputer termasuklah perkara asas pengaturcaraan. Keseluruhannya, program ini lebih kepada system development. Program ini diberi nama Program PHP and (entah, saya pun tak pasti sambungannya). Saya hanya sempat mengikuti 3 hari. Selebihnya, di wad dan berehat di rumah.

Sepanjang 3 hari penyertaan saya, sempat juga saya mengenali tenaga pengajar program ini. Nama penuh beliau saya tidak mengambil catitan semasa beliau menulis di papan putih, akibatnya, saya tidak tahu. hehe. Yang saya ingat 'panggil saja Tiki', ujar beliau pada kelas pertama. Jadi, nama beliau adalah TIKI.

Tiki pada saya, sangat kelakar! Mengajar dengan penuh keseronokkan dan relax. Awal kelas kita orang belajar html. Sekali tu dia tanya saya, 'lin, boleh buat?'. 'tak dapat la, keluar 'bapak', jawab saya dengan menceritakan apa yang keluar di skrin komputer saya. Sekali tu ha, dia gelak 'kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah'. Omg, tergamam saya pada mulanya! Sebab, mana ada cikgu2 atau pensyarah2 saya gelak besar macam tu dalam kelas. Tiki juga terer bunyikan burung2 berkicau, bersiul, menyanyi, dan banyak lagi bunyian yang buatkan saya enjoy dalam kelas!

Ala, itu baru 3 hari saya sertai program itu dah tulis banyak2. Kalau kehadiran penuh, banyak lagi yang saya ngulas, hihi.

Best lah kawan2 saya yang dapat sertai program itu sehingga semalam. Dia orang pasti sudah bersedia dengan cabaran2 di tempat praktikal nanti. Selamat maju jaya, kawan2.

Empat hari lagi untuk habiskan Mei. Saya ingat nak kunjung pc fair berdekatan di hujung2 Mei ini. Juga, sebulan lagi baki cuti semester (Jun) saya masih tiada perancangan buat masa ini ekoran ketetapan mendahului perancangan saya tempoh hari. (dalam entri itu zul efron ada meninggalkan jejak dengan gelak kan saya kerana tiada kekasih. selain itu, zul efron menyatakan cuti semesternya penuh makna kerana masih belajar walaupun cuti, hehe. akhir komentar, zul efron sempat melahirkan rasa kecewanya dengan menulis 'demmit'.)

Oh ya, ini website Tiki. Welcome, welcome. Please sit back, relax, and enjoy the site!
:D
read more

Tuesday, May 25, 2010

Kemenangan Sebenar

Pernah juga awak mengharapkan kemenangan. Dengan itu, awak berusaha keras untuk sampai ke puncak. Awak bermati-matian hanya untuk satu title 'johan'. Dalam masa itu, datangkan saja berapa banyak rintangan, sungguh awak sanggup. Kemenangan lepas menambahkan tekanan buat awak untuk kekalkan prestasi. Awak tidak mahu nampak lemah di mata lawan. Awak mahu, pasukan awak sentiasa bersedia. Awak tidak sukakan kucar-kacir. Jadi, setiap langkah dalam perancangan perlu diteliti. Sehingga segalanya yang awak dan pasukan lakukan dalam satu tempoh, perit mahupun tidak, ianya tetap dinamakan 'usaha'.

Tapi, awak perlu ingat. Setiap langkah ataupun tindakan ianya digerakkan atas nama kehendak Tuhan. Atas kehendakNya jika awak beroleh kemenangan. Atas kehendakNya jika usaha awak selama ini tidak berhasil.

Lalu, bila mana usaha awak selama ini sentiasa dititipkan pergantungan dengan kehendak Maha Agung maka segalanya awak serahkan pada takdir beserta usaha awak yang dinamakan 'tawakal'. Semua pengharapan awak serahkan pada Dia, kerana Dia.

Tiba-tiba, kekalahan mengundang.

Teruja saya lihat awak masih tenang. Menerimanya dengan ikhlas kerana awak percaya kemenangan itu subjektif. Awak telah menang dengan goal awak sendiri tanpa awak perlu ukur dengan pasukan2 lain. Dan saya lihat awak begitu cool and enjoy ketika perlawanan; tiada sebarang bentuk tekanan. Itu yang saya mahukan walaupun dalam hati awak masih perit. Saya tahu, siapa pun akan tersentap dengan sebarang kejatuhan. Tapi bila awak cakap, 'tak pe lah, mungkin bukan rezeki saya, Tuhan lebih tahu apa yang dikehendakiNya. mungkin bukan hari ini, esok atau lusa ar-Rahim tetap ada'. Saya tersenyum melihat harapan masih utuh di hati awak. :)
read more

Monday, May 24, 2010

Durjana

ketika mereka leka dengan syabu dan estacy
atau bergilir menyucuk urat nadi dengan jarum maut
bonda sedang khusyuk menadah telapak tangan
mendoakan kebahagiaan dunia akhirat
buat mereka anak-anak yang dikasihi


dan ketika mereka terpana diuliti khayalan
melayang bersama longlai derap langkah
dan mata kuyu seolah dunia milik mereka
ayahanda sedang keras membanting temulang reput
iltizamnya mengalir bersama titisan keringat
demi menyediakan secupak beras sesuap nasi
buat anak isteri yang tercinta


betapa
anak-anak gelandangan itu
tidak pernah peduli pada pengorbanan ayah bonda
tidak pernah mengerti akan hakikat kehidupan
tidak pernah menyoal baik dan buruk
untung nasib hari muka yang kian mendatang
yang direbut mereka hanyalah keseronokan sementara
dan kebahagiaan yang palsu belaka


sedarlah
bahawa dadah bukanlah karib taulan
yang bisa menjanjikan harapan segunung impian
malah ia adalah petualang segala kebinasaan
yang bakal mengheret kita ke lembah kehinaan
menggelepar pedih tanpa maruah dan harga diri
meracun minda dan mencemar sahsiah kamil


betapa indahnya ulas senyum ayah dan bonda
andai kalian bisa menyemai budi direlung bakti
menabur benih gemilang di laman remaja
buat mengotakan janji meraih kejayaan
yang manis dan amat bermakna
namun betapa pula mahalnya harga
dingin airmata mereka
pabila melihat kalian tersasar arah haluan
di jalan lurus yang terang nyata


teman,
hindarilah diri dari perangkap dadah durjana
berlindunglah dengan amal dan takwa
kerana kita punya misi dan visi
menjarah kecemerlangan ke paksi kenyataan.


karya adizack ms
deklamasi NM. Amalina
Hari Belia, 2006.
read more

Em You A Zet

bila mau balik? sob sob sob.
read more

+

Aku marah-marah. Aku tidak suka dengan jawapan yang diberikan dia. Aku tanya samada nak atau tak. Mudah, jawab saja ya atau tidak. Ini tak, jawab panjang lebar tanpa isi. Jawapan dia mencalar hati.

Ayah menjawab,

'awak tak boleh nak marah2 macam tu. awak kena tahu kemampuan dia. setakat itu dia boleh jawab. ilmunya sampai di situ saja. awak yang tahu segala kemungkinan jawapan seharusnya bersedia. bersedia untuk positifkan kemungkinan. bersedia untuk terima kekurangan jawapan. dan dengan ikhlas terima setiap perbezaan yang diciptakan ke atas hambaNya.'

Aku terdiam. Hari ini, aku belajar sesuatu.
read more

Sunday, May 23, 2010

Who Ever Said that Life was Going to be Easy?

Its not easy to stretch my brain. I work hard to learn more and challenge myself. I find thinking hard to be fun! I enjoy long term projects and complicated problems. Im good at wrapping my mind around complex problems. People tend to be jealous of my big brain, but they dont see how much work I put into being smart.

hahaha. okay2, saya keterlaluan.
:D

*malam ni mentor weyh.
read more

Cabaran dan Implikasi Dalam Membentuk Remaja Bersahsiah

pusingan pertama

Terima kasih saudara pengerusi. Saya suka dengan soalan ini kerana rakan-rakan panel betul-betul menguji kesabaran saya dalam mendedahkan fakta data.

Saya tidak menafikan, keinginan pada peringkat remaja ya saudara pengerusi adalah berbeza-beza. Ada yang mahukan telefon bimbit dengan pelbagai 's' lah, permainan video dan komputer, tidak kurang pula dengan ideologi fesyen terkini. Dan setiap keinginan ini ya saudara pengerusi haruslah ditunaikan. Kalau tidak, memberontaklah remaja tersebut.

Namun, seperti saudara pengerusi katakan tadi, peringkat remaja adalah masih di bawah tanggungjawab ibubapa dan remaja ini bukanlah dari golongan yang bekerja. Jadi, dari mana datangnya sumber ekonomi yang mampu membuatkan sesuatu keinginan tercapai dengan begitu mudah?

Sebenarnya saudara pengerusi, saya sendiri tertarik dengan amalan menabung kerana amalan ini menjadi sumber kewangan kepada remaja dan menjamin masa depan yang cerah. Bak kata pepatah ya saudara pengerusi, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.

Masalahnya saudara pengerusi, keinginan itu akan tercapai dalam jangka masa panjang.

Jadi, tidak hairanlah sidang hadirin jika kes buli, ugut, dan ragut acapkali dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan wang dalam jangka masa pendek. Bukannya salah ibubapa tidak memberikan wang saudara pengerusi, tetapi habis begitu sahaja di kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan, berjoli, dan berjudi. Penyelewengan amanah ni saudara pengerusi. MasyaAllah.

Zaman teknologi ya ahli panel pertama, cukup-cukup mudah bagi remaja untuk dapatkan wang sampai tidak kenal dosa dan pahala.

Kembali kepada saudara pengerusi.


pusingan kedua

Terima kasih saudara pengerusi. Izinkan saya menambah seperkara lagi. Jika ahli panel kedua bersemangat menyatakan peranan ibubapa dalam menangani isu ini, saya pula lantang menyatakan peranan ibubapa perlulah diganding dengan usaha pihak sekolah.

Mengikut kajian ya saudara pengerusi, remaja lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan tempat-tempat lain berbanding di rumah. Kalau di rumah pun saudara pengerusi, saya rasa belum tentu ibubapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak dek kesibukan bekerja.

Di sini ya saudara pengerusi, sekolah meletakkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai agenda utama untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan pelajar. Selain itu juga, setiap sekolah tidak terkecuali dalam menubuhkan badan-badan pengawas untuk menolong guru memastikan sebilangan besar pelajar mematuhi disiplin dan etika dalam sekolah.

Jika sehebat mana pun usaha-usaha yang dijalankan ya sidang hadirin, tetapi remaja berkenaan masih bingung dengan keadaan, adalah mustahil untuk melihat wawasan kerajaan tercapai.

Kembali kepada saudara pengerusi.


pusingan ketiga

Terima kasih saudara pengerusi.

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang ssaudara
kerana kasih hamba turutkan.

Cantik bunyinya bukan, tapi dalam maksudnya.

Jadi, di sini saya ingin menyeru kepada rakan-rakan pelajar, marilah kita sama-sama meneliti tetang cabaran dan implikasi yang merupakan kerangka penting dalam menangani isu ini.

Sekian, terima kasih.




NM. Amalina
Forum Remaja, 2006.

Position:
Haris-Pengerusi
Fatin-Ketua Polis
Fadzilah-Kaunselor Pelajar
NM. Amalina-Ketua Pengawas
read more

Rutin Yang Sihat. Iye?

Ala, tak best ah.

1) tak dapat tidur bilik sendiri.
alasan: tak cukup kuat nak bangun kencing malam2.

2) tak boleh berjaga
alasan: bukan sihat sepenuhnya lagi. nanti muka kusam, mata lebam, badan kering, tadak sapa mau!

3) jangan mengadap pc lama2
alasan: jaga waktu makan.

4) tak boleh tidoq petang
alasan: jangan skip telan ubat.

5) makan berpantang
alasan: nak bagi cepat sembuh. (macam beranak pulak)

mak ni,
kadang2 lembut sampai benda kecik pun no hal la.
kadang2 garang macam nak telan orang.
garang sangat tu yang orang tak tahan, rasa macam mak tak sayang orang pun ada. :(
'haish', nafi hati kecil.
read more

Hik Hok

kau datang menyapa
tanpa aku tahu siapa

kau datang suram
muka bermasam
aku tahu itu ragam

kau menoleh
dengan dalih yang selekeh
tapi kau bilang ia sahih

mahu apa kau pada aku?
mau sekeh?
read more

Friday, May 21, 2010

Tak Mungkinku Terpedaya

kau adalah segumpal najis yang menjijikkan
baumu hanyir persis longkang penuh kotoran
Kau peracun kalbu insan yang sedang mekar
menutup akalfikir dan minda kuntuman bangsa
tubuhmu penuh kudis sopak bernanah
membawa lesu membinasa cita-cita
hingga longlai sekian segala semangat
runtuh di perdu impian di cangkir harapan.


akanku lari jauh dari lambaianmu
yang selalu menghulur salam perkenalan
kerana ku tahu benar maksud di sebalik tabir
membawa derita di hujung bahagia sementara
jangan kau cuba hampiri laman remajaku
kerana aku ingin hidup seribu tahun lagi
biarkan ku hirup udara maya nan segar ini
biarkan ku pandang indah inderaloka ini
masih terlalu banyak hambatan yang perlu ku redah
masih terlalu banyak impian yang tak kesampaian
masih aku perlu menugal usia buat menjarah mimpi
mimpi sebuah kehidupan hari muka
yang menjanjikan kebahagiaan.


tak mungkin ku kan terpedaya dengan muslihatmu
kerana hatiku segar diulit sakinah dan mawaddah
kasih sayang ayah bonda menjadi pendinding kalbu
iman padu sejati kukuh mengikat sebuah hargadiri
keluarga harmoni membentuk peribadi kamil
ilmu di dada adalah penafsir buruk dan baik
menjadi benteng utuh menghindar kemungkaran
dari membelit diri dan mensasar visi dan misi
ke arah menjana kecemerlangan sahsiah.


dari benih kasih aku lahir ke dunia
membawa bahagia pada senyuman ayah bonda
tak mungkin ku kan terpedaya dengan helahmu
dan melukai hati mereka dengan sumpahanmu
yang licik lagi berbisa!


karya adizack ms
deklamasi NM. Amalina
Hari Dadah Kebangsaan, 2006.
read more

Thursday, May 20, 2010

Patah2kan Saja Dengan Mudah

'a year from now when I look back at today, I'll see that the problem Im so concerned with right now was another valuable lesson waiting to be learned'.
read more

Cool?

Im calm and collected. I dont make much of a fuss - in fact, no one can tell when im excited. Im not very emotive and expressive. I tend to temper any feelings with logic and rationality. Im steady and consistent. Im a person of my word, and I like to keep to a schedule. My energy tends to be at the same level throughout the day. I know how to pace myself.
read more

Perit

aku cakap jatuh biasa2 saja
satu jarum di bahu
aku cakap accident
satu jarum lagi di bontot
implikas si rabun balik malam2!

tiga minggu menginjak
disorong masuk wad
satu jarum lagi
untuk ujian darah
cett! darah tak ada di tangan
satu jarum pula di lengan
demi analis darahku
tadi kiri, sekarang kanan
satu jarum lagi untuk alirkan air
buasku pada malam itu
siangnya tertanggal
keesokkan
satu jarum lagi
ganti penanggalan semalam
alirkan hidrogen dan antibiotik
selepas dioperasi
satu jarum lagi untuk menahan sakit
implikas roti canai sebiji!

berjarum-jarum diterima
puas aku teriak
puas aku menahan
puas aku menolak

hari ini
masih berdiri gagah
esok jua
pasti aku masih berdiri

jadi
peduli apa aku pada nista tajam
peduli apa aku pada sindiran kononnya gurauan
peduli apa aku pada umpatan membawa celaka
peduli apa aku pada mulut longkang penuh hanyir
yang kekadang aku mengadu pada ibu
'ibu, sakitnya hati'

jawab ibu,
berjarum bisa menahan
inikan pula mulut yang bertuan tapi tiada jaga

aku senyum.

20052010 | wound inspection, STO D7 and dressing
upcoming 20062010 | review wound
upcoming 21062010 | meloncat, yay!
read more

Wednesday, May 19, 2010

Transparent

Kamu pernah jadi tak macam ni.

Kamu taip taip taip taip. Sampai di penghujung, kamu 'backspace' satu demi satu; ianya jadi kosong. Ataupun kamu ctrl + A, kemudian delete. Kosong juga. Jadi, tiada apa untuk dikongsikan. Tiada apa untuk diceritakan. Ataupun kamu rasa selesa bila kamu menarik kembali apa yang ingin diperkatakan tanpa siapa pun tahu.

Satu keadaan lain,
kamu bercakap atau meluahkan sesuatu berbentuk lisan dicampur dengan emosi semasa kamu. Puas. Puas setelah kamu didengari. Perantaraan masa kamu bercakap, tiba2 kamu rasa kamu telah katakan sesuatu yang bukan pada tempatnya. Damn, kamu baru menyedari. Resah hati kamu. Boleh tak kamu 'backspace' atau menarik kembali?

Saya minta maaf.
read more

I Want to Make The World Better for Everyone

bumi tanpa lautan
hidup penuh kehangatan
bumi tanpa udara
bagai tiada nyawa
bumi tanpa fauna
bagai tiada warna
bumi tanpa kerosakan
tergelincir kebinasaan


urat nadiku adalah harga negara
meranti, cengal, tirus, dan pegaga
menghasil wang berjuta
paku-pakis rimba
pucuk-pucuk muda
menghidang ulam selera
membangkit aura, fizikal yang cergas
tongkat ali, kacip fatimah
penawar perkasa
rafflesia, anggerik, pemukau mata
bambu, rotan, damar
mencerna pelbagai ciptaan


lambaian kehijauan memayung semesta
diiringi desiran riak selat melaka
bersama kedinginan
mengendong segala buana
warna-warni kebanggaan kami semua
kami junjung
kami tatang
setinggi laut membiru
seluas laut membentang
di sinilah tunas-tunas bakti berputik
di bumi bertuah, kami berpijak


namun, ekosistem alam semakin resah
atmosfera gelisah kehangatan
bukankah bumi ini, alam semesta ini
sedang menginjak usia demi usia


tapi
rentap rakus mengejar kekayaan
masih beraja di hati
bersultan di mata
dari cengkaman jejari
memahat jasa
gelongsor tanih tiba-tiba
dari geomoforlogi
lantas merosakkan ekologi
demi urbanisasi dan sains teknologi.


NM. Amalina
Hari Geografi, 2006.
read more

Tuesday, May 18, 2010

Catatan di Rumah Sakit

13052010
Positif.

14052010
Sebaik sahaja saya disuruh mengucap, tup! Dunia saya gelap. Saya mati buat seketika. Tiga jam berlalu, saya sedar. Terasa ngilu yang teramat. Sakit!

Tiga hari sahaja saya dapat hadiri program selebihnya cuti sakit sehingga program tamat. Sedih; tidak dapat menghadiri program penting yang ilmunya digunakan untuk praktikal akan datang. Apa daya, bukan kehendak saya.

read more

Monday, May 10, 2010

Cepat Merancang Oi!

Semalam, hari ibu. Semalam jugak, last paper semester ini. As a result, tak sempat nak seharian bersama ibu atau lunch sama2 dan ramai2 macam tahun2 lepas. Petang tu pun tak ada apa sangat. Cuma malam tu kak na dan kak siah buat makan sikit2 dan ibu pun potong kek. Jadi, ada lah jugak adegan2 berfoto. Saya suka. :)

Kemudian, masuk je 10hb May, saya ingat nak plan cuti semester ini dengan mencari pendapatan. Sebaliknya, 10hb-26hb May (tiga minggu) saya harus mengikuti satu program anjuran jabatan sains komputer dan matematik. Mulanya, saya ingat program ini harus dihadiri sahaja. Tetapi, ianya bersifat wajib. Jika kamu tak datang, mestilah mempunyai sijil cuti sakit mahupun surat kebenaran. Kalau tidak, fail! Dari 9am-5pm. Seharian tadi, introduction/basic of HTML, xHTML, CSS, dan PHP. Permulaan yang menarik saya rasa. Sangat menarik!

Selepas tamat program ini, ada masa seminggu untuk rest. Kemudian, temui saya di sua rasa alor star. Brought to you by celcom. :D

Dalam pada itu juga, cuti sekolah pun bermula selama dua minggu. Sudah semestinya, akan bersama adib, anje, alia dan muhammad. Kalau nuun ajak pergi penang pun okay. Rindu hangpa weh. Adei.

Dengan berakhirnya cuti sekolah selama dua minggu, saya masih ada lagi dua minggu untuk habisi cuti semester saya. Saya berharap akan ada apa saja peluang dalam dua minggu itu. Tak kisah lah peluang bercuti ke, peluang berniaga ke, peluang mengajar ke, atau apa sahaja. Pasti saya grab! Peluang selalu datang dalam keadaan kita tak bersedia bukan?

Maka, berakhirlah cuti semester saya. Nak ingatkan kamu, 4hb Julai saya mula berpraktikal. Dan saya akan survive-sesurvive mungkin kerana pada masa itu saya tahu, im without friend, without huha-huha people, without lecturers, without anyone. Oh ya, juga tanpa kekasih!
read more

Saturday, May 8, 2010

Satu

S-Sedia
A-Awal
T-Tumpuan
U-Ulangkaji


Saya pilih A (awal) untuk diskusi. Awal ini bermula dengan plan lah. Kalau kamu datang meeting awal, mesti kamu rancang awal2 kan pengurusan masa kamu. Dah tu, tak de lah tercicir atau terlupa apa2. Berbanding lewat (akronim bagi awal), kamu akan rasa terburu2, terkejar-kejar, terlupa itulah inilah, atau apa sahaja yang bakal menyebabkan reputasi kamu menurun.

Jadi, bila kamu tak mahu segalanya spoil dan mencalarkan hari damai kamu, kamu perlu bertindak segera. Dalam erti kata lain, awal tidak memberi ruang pada kamu untuk bertangguh.

Tapi kan,

saya tak reti lah nak ulangkaji awal2. Dan dalam pada itu, katakanlah saya hanya tinggal tiga jam lagi sebelum menjawab dan mempunyai lima chapter lagi untuk diulangkaji, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan keluh kesah itu. 'homaigod2' diulang sebanyak mungkin sambil melihat jam dengan kerapnya. Pada masa itu, dalam hati saya bercakap 'kenapa lah aku tak mulakan dari awal?'. Its too late!
read more

Friday, May 7, 2010

I Feel Like Invincible!

Sudah lama satu folder dalam kumpulan gambar-gambar tidak diusik. Lakukan dengan pantas; klik, tekan del, and hit enter. Kemudian, kosongkan bakul sampah. Dengan pantas, tanpa difikirkan, pasti penyesalan tak wujud. Oh yeah!

read more

Sunday, May 2, 2010

I Like to Sit Back and Watch

Pertama,
Tinggal lagi dua paper dari tarikh ini; 02052010.

Kedua,
Selesai menjawab paper kedua, dalam perjalanan mahu pulang ke rumah, 'ekkk-bumm'! Selepas ini, 'saya tak mahu pulang ke rumah pada waktu malam lagi', janji saya pada mak. Mujur saya ada sembilan hari tempoh untuk paper seterusnya. Kejadian dicatat pada angka 22042010.

Ketiga,
Sejajar dengan kejadian kedua di atas, saya tidak dapat menyertai tournament pada keesokkannya. Tambahan pula, pengurus pasukan terpaksa pulang ke Klang kerana nendanya sakit. Saya harap nenda anda cepat sembuh. Mungkin bukan rezeki kami kali ini.

Keempat,
Sudah sebulan lebih saya tidak mengadap screen ciptaan canggih manusia dengan tempoh yang panjang serta kerap. Dengan tempoh itu juga, hubungan saya dengan electronic diary makin hambar.

Kelima,
Selesai menjawab esok; 03052010, saya akan bercuti untuk empat hari berterusan tanpa membawa sebarang nota atau buku untuk menelaah. Jadualnya, tujuh dan lapan wajib pulun untuk hari kesembilan; hari-terakhir-sengsara saya.

Keenam,
Ini adalah post pertama di Mei. Selamat bulan Mei kawan2.
read more