Sunday, May 23, 2010

Cabaran dan Implikasi Dalam Membentuk Remaja Bersahsiah

pusingan pertama

Terima kasih saudara pengerusi. Saya suka dengan soalan ini kerana rakan-rakan panel betul-betul menguji kesabaran saya dalam mendedahkan fakta data.

Saya tidak menafikan, keinginan pada peringkat remaja ya saudara pengerusi adalah berbeza-beza. Ada yang mahukan telefon bimbit dengan pelbagai 's' lah, permainan video dan komputer, tidak kurang pula dengan ideologi fesyen terkini. Dan setiap keinginan ini ya saudara pengerusi haruslah ditunaikan. Kalau tidak, memberontaklah remaja tersebut.

Namun, seperti saudara pengerusi katakan tadi, peringkat remaja adalah masih di bawah tanggungjawab ibubapa dan remaja ini bukanlah dari golongan yang bekerja. Jadi, dari mana datangnya sumber ekonomi yang mampu membuatkan sesuatu keinginan tercapai dengan begitu mudah?

Sebenarnya saudara pengerusi, saya sendiri tertarik dengan amalan menabung kerana amalan ini menjadi sumber kewangan kepada remaja dan menjamin masa depan yang cerah. Bak kata pepatah ya saudara pengerusi, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.

Masalahnya saudara pengerusi, keinginan itu akan tercapai dalam jangka masa panjang.

Jadi, tidak hairanlah sidang hadirin jika kes buli, ugut, dan ragut acapkali dilakukan oleh remaja untuk mendapatkan wang dalam jangka masa pendek. Bukannya salah ibubapa tidak memberikan wang saudara pengerusi, tetapi habis begitu sahaja di kelab-kelab malam, pusat-pusat hiburan, berjoli, dan berjudi. Penyelewengan amanah ni saudara pengerusi. MasyaAllah.

Zaman teknologi ya ahli panel pertama, cukup-cukup mudah bagi remaja untuk dapatkan wang sampai tidak kenal dosa dan pahala.

Kembali kepada saudara pengerusi.


pusingan kedua

Terima kasih saudara pengerusi. Izinkan saya menambah seperkara lagi. Jika ahli panel kedua bersemangat menyatakan peranan ibubapa dalam menangani isu ini, saya pula lantang menyatakan peranan ibubapa perlulah diganding dengan usaha pihak sekolah.

Mengikut kajian ya saudara pengerusi, remaja lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan tempat-tempat lain berbanding di rumah. Kalau di rumah pun saudara pengerusi, saya rasa belum tentu ibubapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak dek kesibukan bekerja.

Di sini ya saudara pengerusi, sekolah meletakkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai agenda utama untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan pelajar. Selain itu juga, setiap sekolah tidak terkecuali dalam menubuhkan badan-badan pengawas untuk menolong guru memastikan sebilangan besar pelajar mematuhi disiplin dan etika dalam sekolah.

Jika sehebat mana pun usaha-usaha yang dijalankan ya sidang hadirin, tetapi remaja berkenaan masih bingung dengan keadaan, adalah mustahil untuk melihat wawasan kerajaan tercapai.

Kembali kepada saudara pengerusi.


pusingan ketiga

Terima kasih saudara pengerusi.

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang ssaudara
kerana kasih hamba turutkan.

Cantik bunyinya bukan, tapi dalam maksudnya.

Jadi, di sini saya ingin menyeru kepada rakan-rakan pelajar, marilah kita sama-sama meneliti tetang cabaran dan implikasi yang merupakan kerangka penting dalam menangani isu ini.

Sekian, terima kasih.




NM. Amalina
Forum Remaja, 2006.

Position:
Haris-Pengerusi
Fatin-Ketua Polis
Fadzilah-Kaunselor Pelajar
NM. Amalina-Ketua Pengawas

1 Comment(s):

avatar

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang ssaudara
kerana kasih hamba turutkan.

tak paham..