Wednesday, May 19, 2010

I Want to Make The World Better for Everyone

bumi tanpa lautan
hidup penuh kehangatan
bumi tanpa udara
bagai tiada nyawa
bumi tanpa fauna
bagai tiada warna
bumi tanpa kerosakan
tergelincir kebinasaan


urat nadiku adalah harga negara
meranti, cengal, tirus, dan pegaga
menghasil wang berjuta
paku-pakis rimba
pucuk-pucuk muda
menghidang ulam selera
membangkit aura, fizikal yang cergas
tongkat ali, kacip fatimah
penawar perkasa
rafflesia, anggerik, pemukau mata
bambu, rotan, damar
mencerna pelbagai ciptaan


lambaian kehijauan memayung semesta
diiringi desiran riak selat melaka
bersama kedinginan
mengendong segala buana
warna-warni kebanggaan kami semua
kami junjung
kami tatang
setinggi laut membiru
seluas laut membentang
di sinilah tunas-tunas bakti berputik
di bumi bertuah, kami berpijak


namun, ekosistem alam semakin resah
atmosfera gelisah kehangatan
bukankah bumi ini, alam semesta ini
sedang menginjak usia demi usia


tapi
rentap rakus mengejar kekayaan
masih beraja di hati
bersultan di mata
dari cengkaman jejari
memahat jasa
gelongsor tanih tiba-tiba
dari geomoforlogi
lantas merosakkan ekologi
demi urbanisasi dan sains teknologi.


NM. Amalina
Hari Geografi, 2006.