Tuesday, May 25, 2010

Kemenangan Sebenar

Pernah juga awak mengharapkan kemenangan. Dengan itu, awak berusaha keras untuk sampai ke puncak. Awak bermati-matian hanya untuk satu title 'johan'. Dalam masa itu, datangkan saja berapa banyak rintangan, sungguh awak sanggup. Kemenangan lepas menambahkan tekanan buat awak untuk kekalkan prestasi. Awak tidak mahu nampak lemah di mata lawan. Awak mahu, pasukan awak sentiasa bersedia. Awak tidak sukakan kucar-kacir. Jadi, setiap langkah dalam perancangan perlu diteliti. Sehingga segalanya yang awak dan pasukan lakukan dalam satu tempoh, perit mahupun tidak, ianya tetap dinamakan 'usaha'.

Tapi, awak perlu ingat. Setiap langkah ataupun tindakan ianya digerakkan atas nama kehendak Tuhan. Atas kehendakNya jika awak beroleh kemenangan. Atas kehendakNya jika usaha awak selama ini tidak berhasil.

Lalu, bila mana usaha awak selama ini sentiasa dititipkan pergantungan dengan kehendak Maha Agung maka segalanya awak serahkan pada takdir beserta usaha awak yang dinamakan 'tawakal'. Semua pengharapan awak serahkan pada Dia, kerana Dia.

Tiba-tiba, kekalahan mengundang.

Teruja saya lihat awak masih tenang. Menerimanya dengan ikhlas kerana awak percaya kemenangan itu subjektif. Awak telah menang dengan goal awak sendiri tanpa awak perlu ukur dengan pasukan2 lain. Dan saya lihat awak begitu cool and enjoy ketika perlawanan; tiada sebarang bentuk tekanan. Itu yang saya mahukan walaupun dalam hati awak masih perit. Saya tahu, siapa pun akan tersentap dengan sebarang kejatuhan. Tapi bila awak cakap, 'tak pe lah, mungkin bukan rezeki saya, Tuhan lebih tahu apa yang dikehendakiNya. mungkin bukan hari ini, esok atau lusa ar-Rahim tetap ada'. Saya tersenyum melihat harapan masih utuh di hati awak. :)