Monday, June 28, 2010

Yay, Honeymoon Datang Lagi!

Tak pe, teman bukannye pegi lame pun. Kome jangan la riso. Teman bukan pegi bersuko-suko, teman nak melawat sedare2 teman. Yang kome nak bersedih ni nape? Iye, nanti teman kirim salam kat abang jay ye. Dah dah. Teman dah nak pegi ni. Jage diri.

salam sayang,
teman.


read more

1980

Selepas bersarapan, aku menaiki sebuah mesin masa. Sewaktu di dalam mesin, aku diajukan beberapa soalan. Aku tanya, 'untuk apa ya saya jawab soalan ini?'. 'Ah, bising kau! jawab je la', kapten membalas dengan bengis. Melihat mukanya yang bertukar merah, aku jawab satu demi satu soalan dengan intonasi suara yang agak rendah. Dia mark jawapan aku kesemuanya. 'nah, hang punya result!'. 'uuii, ni mesti penang mai ni. hidung pun mancung', bisik hati aku.

Result: You are the 1980s. You are a larger than life, ambitious person. You believe that you should live big or go home. You appreciate the bold days of the 1980s, when no one ever toned it down. You believe in working hard and playing hard. You cant help but love money and nice things. You are a bit ruthless and power hungry. The one who dies with the most toys wins, right?

Aku pandang muka dia, senyum tak senyum. At last, senyum jugak. Lantas aku ucap 'tenkiu!'.

Lepas tu, dia sempat jugak pesan 'jangan dok gila duit sangat naa'.

Lantang aku balas, 'orang gila pun gila duit wei!'.
read more

Sunday, June 27, 2010

Dengan atau Tanpamu


tika ku disentuh cinta
cinta menghiriskan lara
bila kerinduan sendiri tanpamu
kadang merunsingkan jiwaku

namun aku tetap tegar jua
lalu ku tempuhi semuanya
cinta luhur digilap menjadi cahaya
dengan mu hidup lebih sempurna

keyakinan ku pun semakin bertambah
semakin kuat kaki mengatur langkah
rasa tepatnya pilih hidup bersama denganmu

sebelum terjatuh sakit yang tak tertanggung
atau kemungkinan langit esok mendung
di bawah langit yang terbuka
ku mohon rahmat Tuhan yang esa

kalau ditakdirkan aku harus berhadapan
berakhirnya suatu ikatan
akan aku relakan pada perpisahan
nyawa berpisah dari badan

kalau ditakdirkan terputus di pertengahan
suratan sebuah percintaan
sanggup aku rasakan pedih perpisahan
walau terhiris perasaan
sakitnya biar aku rasakan.
read more

'its not what you have, its what u do with u have'

read more

Gimat

Seminggu sahaja lagi, saya akan memasuki semester baru. Seronok bakal semester kali ini kerana saya tidak perlu terikat lagi dengan seorang yang saya beri nama 'gimat'.

Terikat di sini sama juga seperti tersepit. Tidak boleh lari. Mahu atau tidak, harus lalui.

Terikat kerana bilangan tenaga pengajar yang kurang. Katakan, tiga semester lepas harus berdepan dengan gimat, dua semester selepas itu berdepan dengan gimat lagi, satu semester lepas berdepan dengan gimat lagi, semester lepas berdepan dengan gimat lagi. Gimat, gimat, gimat. Saya letih melayan gimat.

Semester baru kali ini, pengambilan pelajar bertambah. Saya hanya mahu tahu, adakah pengambilan tenaga pengajar juga bertambah? Jika masih di takat lama, jadual tenaga-pengajar-yang-boleh-dikira-dengan-jari makin padat. Simpati saya bukan pada tenaga pengajar, tetapi kepada pelajar yang mendapat sisa tenaga oleh tenaga-pengajar-yang-boleh-dikira-dengan-jari.

Dengan ini, kerajaan harus tahu di mana kualiti graduan bukan berbangga dengan kuantiti graduan yang berlumba untuk samakan atau lebihi dengan negara lain.

Berbalik cerita gimat. Gimat hadir dalam hidup saya sebaik sahaja pertukaran berlaku. Saya sedar, gimat adalah cabaran buat saya. Saya tidak boleh bersenang-lenang selepas pertukaran; saya harus ada satu cabaran paling kurang untuk melengkapi hari indah lainnya. Saya harus terima gimat walaupun hati saya tidak senang dengannya.

Sebab itu, bila hati saya sedih dan kecewa dengan gimat saya bertungkus-lumus memprogramkan tetapan minda saya bahawa 'Tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan saya'. Hanya dengan itu, saya kembali senyum kerana saya percaya saya mampu hadapi.

Jujur, saya tidak pernah kisah akan gimat. Saya tidak kisah jika gimat mahu gagalkan saya. Tapi kadang2 persekitaran sedikit sebanyak mengganggu saya. Persekitaran lebih banyak bercakap berbanding saya dan gimat. Persekitaran lebih peka berbanding saya dan gimat. Persekitaran juga seolah melagakan saya dan gimat, saya kira.

Ah, apa saya peduli semua itu. Itu kata saya sewaktu saya bersama persekitaran. Dalam hati saya peduli sebenarnya. Dalam hati saya dendam sebenarnya, seolah saya mahu melihat persekitaran merasai tempat saya. Demi masa, saya sembuh dengan persekitaran tetapi tidak dengan gimat.

Saya tidak tahu kenapa kata ganti nama 'aku' bertukar kepada 'saya' untuk entri ini. Mungkin saya sudah bersedia untuk hadapi hari-hari formal bersama baju kurung dan kad pelajar yang sentiasa di leher. hehe.

Selamat!
read more

Saturday, June 26, 2010

What I Learned #1

1. Kalau bisnes yang kau bukak tak ada mesin canggih yang boleh kira2 depan customer, atau mesin imbas bar kod, kau kira satu2 macam ni dengan nada agak2 customer boleh dengar la. 'ayam seekor dua belas ringgit, sayur tiga ringgit, serai dua ringgit. semua sekali tujuh belas saja. nak tambah apa2 lagi?'. Kena ramah. Kalau malas bukak mulut, jangan menega. Ini tak, kau kira diam2 dalam kepala entah darab berapa kali dan terus sebut harga 'dua puluh lima ringgit semua'. Vavi tol. Jangan amal skim cepat kaya. Biar untung nipis, tapi hari2 orang cari kau.

2. Senyum. Malas senyum pendek rezeki!

Location: market
Time: 9:00 am
'customer always right'
read more

Ini Bukan Yang Dikejar #1

Ke mana saja aku pergi, aku berkobar untuk beritahu satu ayat mudah; doktor. Itupun jika ditanya.

kenapa kamu nak jadi doktor?
ermm, sebab dapat rawat orang. nanti kan, kalau cikgu sakit saya boleh ubatkan.
pandai!
aku hanya tersengih.

Tertipu dengan pakaian serba putih, kemas bertali leher, kacak berkaca mata, mulut manis sambil hulurkan gula2 setiap kali temujanji, dan sangat prihatin sehingga menghantar ke pintu keluar mendesak aku untuk menjadi sepertinya. Tidak ketinggalan, masyarakat juga mengganggapnya mulia kerana keunggulan yang dimiliki dan pendapatan berangka lebih mungkin.

Persekitaran dan masyarakat menjajah minda kanak2 tujuh tahun seperti aku tanpa aku tahu ini bukan yang dikejar enam tahun akan datang.
read more

Friday, June 25, 2010

Ketidakketahuan

kalau saja kau tahu
aku akan kau kasih
seperti tiada penghujungnya.

kalau saja kau tahu
aku akan kau puja
seperti boneka di dalam kaca.

kalau saja kau tahu
aku akan kau kejar
seperti layang terlepas talinya.

kalau saja kau tahu
aku akan kau damping
seperti esok Izrail hampiri.

sayang,
kau tak pernah tahu.

*eh eh. dah ade button 'like' la. klik jika anda 'like' kan nya. :)
read more

Wednesday, June 23, 2010

Monday, June 21, 2010

Layout | Design

Hai. Tukar layout lagi.

'sehingga aku sudah jemu dan merasakan sesuatu yang baru lebih hebat, selama itu aku akan menukar'. Aplikasikannya untuk layout atau design saja ye.

1. pemilihan warna
Sungguhpun hati aku kalerful, tetapi aku tidak sukakan satu ruang yang mempunyai pelbagai warna. Cukup satu atau dua warna untuk membezakan tajuk dan konten. Kadar kecerahan pula adalah sedap mata memandang. Jangan sampai ada yang berdetik, 'amboi mak ngah, merah bijik remia aih!'. Peduli la kan, aku punya blog. Jangan, selfish namanya itu.

2. tulisan
Aku tidak pasti ianya musim atau apa bagi aku, tapi aku mempunyai mood yang aneh. Aku tidak seperti kau yang selesa menulis dengan apa sahaja font untuk sebarang entri. Aku harus mencintai satu2 font terlebih dahulu untuk menulis dengan penuh minat. Untuk rujukan, sebelum ini aku menggunakan verdana dan kali ini aku mencintai arial.

3. kolum
Dari dulu hingga kini, hanya dua kolum bertakhta di hati.

4. imej
Aku tidak akan membenarkan blog ini disemakkan dengan pelbagai imej yang karut lagi tidak berkualiti. Kalau ada, ianya disusun dengan baik, kemas, dan saiz yang seragam.

5. latar belakang
Disebabkan aku tidak kreatif dan gagal dalam photoshop aku hanya sukakan sesuatu yang simple dan kau mula bercakap, 'alahai, cam ni je taste kau'. Ya.

6. keseluruhan
Sebolehnya, aku tidak mahu menampakkan ianya satu blog yang grand, penuh warna-warni, atau seperti blog perniagaan produk sehingga aku takut untuk membuka ruang new post. Hal ini akan menyebabkan 'stuck' dan penulisan aku menjadi tidak produktif.

Untuk kerancakkan dan kelesaan sesuatu penulisan atau idea yang dilontarkan, aku bergantung kepada bagaimana aku mencorakkan ruang terlebih dahulu. Sama saja dengan bilik tidur; tidur yang berkualiti serta selesa bermula dari susun atur, warna, kekemasan, dsb. Paling penting, aku mahu jadikannya 'hidup'.

Untuk apa semua ini?
Bukan pada tetamu yang akan bertandang ke bilik tidur, tetapi pada tuan empunya untuk merasai nikmat sepanjang detik tanpa jemu. yeah, enjoy!

Dan, sejauh mana layout atau design penting bagi kau?
read more

Mummy Kau Banyak Mulut, Daddy Kau Sepatah-Tanya-Sepatah-Jawab

Dah lama nak cakap. Tapi, tak punya masa nak hurai detail2. Tentang opposite.

Semalam, sambil menyaksikan pasukan pilihan bermain baru aku rasa sesuatu tentang opposite. Mak pun dah lama cakap tentang ini.

'Tuhan tu adil. Dia jadikan kita berbeza untuk saling melengkapi'.

Imagin aku terus terfikir FIFA World Cup 2040. Nampak gaya, mamanya berjaga seorang diri apabila papanya tak de feel langsung dekat bola.

Alahai opposite.

*nanti aku cakap lagi pasal opposite ni dengan kata kunci 'seberapa banyak perbezaan yang ada, carikan titik pertemuan, di situ ada persamaan, ada bahagia'. cewah!
read more

Bila Digantungkan, Rasa Lemas Bagai Nyawa Dah Hilang Tapi Tak Perlu Bantuan CPR Pun

read more

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Sehingga panggilan akak tadi, cukup kesemua adik beradik menghargainya di hari ini.

Kecuali, aku.

Aku mencari ruang hanya untuk aku dan dia. Tidak mahu orang lain merasai keakhraban jiwa kami berdua.

Jujur, hati ini menghargai pengorbanan.
Jujur, hati ini menghargai kudrat.
Jujur, hati ini menghargai kasih.
Jujur, hati ini menghargai segalanya darimu.

Hari-hari rindu.

Lalu,

'ayah, selamat hari bapa', sambil menggenggam kemas salam dan mencium dahi tanda kasih.

Itu saja. Tiada hadiah besar.
read more

Saturday, June 19, 2010

'Kau Bila Lagi?'. Aku Diam, Sambil Terkenang Kekasih2 Yang Perlu Aku Pilih Untuk Senangsusah Bersama

Zaid + Kienah

kat tangan kite time tu penuh dengan camera2 murahan yang kabur. makanya, kite tak de kat situ. hehe. :)
read more

Friday, June 18, 2010

Buruk | Beruk

Cepat, cari kayu api. Masing2 dibahagikan tugas. Siput, aku tak suka tempat ini. Boleh tak kau carikan tempat yang lebih bagus? Sebab aku tak selesa!

Malam itu, aku pandang sekeliling. Aku nampak hantu2 jahat pandang aku. Aku bangun dan halau. Aku jerit, 'aku benci kauuuuuu!'. Bergema satu hutan.

Aku tak perlu kau. Cuma aku nak satu ruang yang paling sempurna yang boleh beritahu aku, aku adalah serigala jadian yang bertanduk bagai api menyala yang mahu menyerang kau bila2 tanpa perlu diketahui aku, kau hanya disebelah.

Oh, sadis!
read more

Rasa

rasa, nak mulakan kembali dari kosong.
rasa, mereka datang bila tak menentang.
rasa, rintang buat menyembah.
rasa, tidak berkemampuan.
rasa, sanggup menahan.
rasa, dipilih satu dalam cincangan hancur.
rasa, malu.

rasa, PELBAGAI.
read more

Thursday, June 17, 2010

FIFA World Cup 2010 (ii)

read more

Wednesday, June 16, 2010

Send Dad a Card for Father's Day!

Check email tadi. Banyak yang dummy. Kau hanya perlu 'like' status or ape2 je kat facebook tu, inbox akan melimpah. Haih. Kalau aku tahu kau sefemes itu, tak nak la aku comment or like status kau. haha. Email yang aku dapat semalam bersubjek 'send dad a card for father's day!'. Okay la jugak, alert kan aku.

Aku pun tak tahu bila, tapi aku usha la jugak kad2 tu. e-card, siap ada poem lagi. Design tak banyak yang lawa pasai banyak anime. Poem ja yang berkenan di hati.

Jadi, dengan berbesar hati aku nak dedikasikan puisi tu di sini tapi copyright protected la.

Tak pe, ada masa aku buat sendirik. Bye.
read more

Tuesday, June 15, 2010

Pergiku Tak Lama (ii)

'waktu itu, tiada lain. yang saya fikirkan hanya mak abah. sebab kita tak tahu sape yang akan pergi dulu. kalau tak saya, mak, atau abah. kalau tak abah, mak atau saya. kalau saya pergi dulu, saya pergi tanpa keredhaan. kalau mak atau abah pergi dulu, saya lah orang yang paling sesal dalam hidup. saya tahu, berdosa diri saya buat ibu merindu. pernah sampai tiga hari saya tak makan, tapi saya seronok sebab dalam kesusahan tu saya percaya, kesenangan akan datang. banyak yang saya belajar. belajar tentang kesabaran, kesusahan, ketabahan, begitu juga hubungan dengan Tuhan. ar-rahman dan ar-rahim sentiasa ada. semua tahu, keredhaan ibubapa terletak pada keredhaan Allah. itu yang sentiasa saya takutkan; sejauhmana impian saya kejar, saya akui saya tidak dapat tidak, lari dari mereka. dalam tempoh itu, saya selalu harapkan mak abah redhakan jalan yang saya pilih. paling menyedihkan, ketika takbir malam raya. hanya Tuhan tahu, betapa hati rindukan mereka, betapa hati kosong. tak sangka, sekarang dah tujuh tahun berlalu dan saya takkan lupa peristiwa tu'.

jadi aku juga percaya,

'the only thing that stands between a man and what he wants from life is often merely the will to try it and, the faith to believe that it is possible' - Richard M. Devos

kalau punya masa, dengarkan ini; jalan cerita hidupnya.
read more

Monday, June 14, 2010

Harus Bagaimana

waktu aku bertukar nota2 cinta, bersama dakwat berwarna segala sebagai tanda cinta yang penuh warna-warni, aku ditawakan.
bilang mereka, 'monyet sudah pandai bercanda'.

waktu aku boleh baca isihatinya dengan tukaran satu sen per mesej dan ayat yang boleh diringkas, aku ditawakan.
bilang mereka, 'cinta tidak perlu diselidik seharian, dilafaz semalaman'.

waktu aku dipimpin ke gerai keperluan dan ditaja lalu boleh mengangkat apa saja mahu, aku ditawakan.
bilang mereka, 'cinta boleh ditukarganti semudahnya'.

waktu aku pertahan segala melebihi syahjihan pada mumtaznya, melebihi romeo pada julietnya, melebihi apa adanya aku, aku ditawakan.
bilang mereka, 'apa kau sudah buta?'.

jadi,
aku harus bagaimana?
read more

Friday, June 11, 2010

FIFA World Cup 2010

Saya sudah bersedia, anda bagaimana?
read more

Timeline




read more

Result (iii)

Okay, result saja tiga entri.

Finally,

Alhamdullilah.
:D

*dah wujud group 'kami mahu pihak terlibat upgrade sistem website time check result..!'
read more

Result (ii)

Mungkin lepas ni akan ada page kat mukabuku 'kami benci student portal bila nak check result!'.

One word to say, vavi.
read more

Thursday, June 10, 2010

Result (i)

Tak boleh2 masuk dari tadi babe. Server busy agaknya. Tak pe lah, aku bagi laluan kepada mereka2 yang lain dahulu. Nak pergi makan nasik minyak jap depan rumah aku; rumah kawan sekolah rendah aku; abang dia kawen. Dalam kelas dulu, main kejar2 sampai terhantuk kepala di meja.

Sampai di rumahnya nanti, 'hi rusdi. saya nak hidangan istimewa'.
:)

read more

Wednesday, June 9, 2010

Hati Tua

Sebut saja apa jenis kehilangan, semuanya pasti disentap hebat.

Pemergian enam orang serentak memang meruntun emosi. Bukan anak, kakak, emak, mahupun sesiapa buat mereka. Tapi, hati minta peduli.

Serangan ke atas rakyat Palestin. Terasa pedih tiap darah mengalir, terasa hiba tangis sepanjang hari kehilangan ibu, bapa, anak, abang, kakak, adik, mahupun saudara lain. Terpukul oleh kekejaman, kezaliman. Hati minta peduli.

Bayi tanpa dosa ditanam hidup, dibuang tanpa rasa. Rasional bukan lagi utama, demi malu dijaga. Tidak pernah tahu anugerah anak bagaimana; doanya penyelamat seksa. Hati minta peduli.

Tidak seperti dulu,
tahu berita, waktu dan masanya tapi hati keras untuk menghayati. Hati keras untuk peduli. Hati keras untuk menangisi manusia yang tiada kaitannya. Hati keras untuk merasai.

Sekarang,
tonton, dengar, baca, dan hidangkan apa saja media berkaitan manusia, hati jadi pilu. Diruntun. Dihiris bagai.

Mungkin,
hati makin tua, makin diusik.
read more

Tuesday, June 8, 2010

Pergiku Tak Lama



pemergianku bukan kerana hati kecewa
sekadar memenuhi gerak hati dan naluri ini
kali ini nekadku mendakap bintang
selama ini ku puja

kepada teman aku mohonkan kemaafan
atas segala kesilapan ku yang dahulu
pendirianku bukan satu permainan
pergi pun takkan lama

bukan niatku bukan maksudku
buat kau merindu
kelak kan jelas
akan terbalas pengorbanan mu
hapuslah rasa curiga dari hatimu
ku masih seperti dulu

setinggi awan tinggi harapan
menggapai impian
kejar keindahan kehalusan kejayaan
ku pecah penantian sama tujuan
insan lain yang dahagakan
kemenangan tapi kecundang
putus di tengah jalan.

song/lyric/singer: Yusof Assidique
read more

Facebook | Semantik

Eh, semantik pun dah ada facebook lah!

Hi, im SEMANTIK.
Glad to be your friend.
:)
read more

Monday, June 7, 2010

Sesungguhnya

I spend a lot of time ruminating, trying to figure out this world I live in. Im a realist, and I tell it like it is; even if how it isnt pretty. And if something hasnt crossed my path yet, its likely im dying to try it. Oh ya, im a worldly person with worldly tastes.


sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
sebenarnya diri ini rindu kepadaMu

tapi aku tidak mengerti
mengapa cinta masih tak hadir
tapi aku tidak mengerti
mengapa rindu belum berbunga

sesungguhnya walau kukutip
semua permata di dasar lautan
sesungguhnya walau kusiram
dengan air hujan dari tujuh langitMu
namun cinta takkan hadir
namun rindu tak akan berbunga

kucuba menghulurkan
sebuah hadiah kepadaMu
tapi mungkin kerana isinya
tidak sempurna tiada seri

ku cuba menyiramnya
agar tumbuh dan berbunga
tapi mungkin kerana airnya
tidak sesegar telaga kauthar

jika tidak mengharap rahmatMu
jika tidak menagih simpati
padaMu ya Allah

Tuhan
hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan
kurniakanlah rinduku kepadaMu

moga kutahu
syukurku adalah milikMu


*pelbagai lagu dimuatkan dan dimainkan secara rawak. Dan lagu2 di winamp seolah-olah memerli aku, pabila aku makin jauh. :(
read more

Saya Datang

'People are always blaming their circumstances for what they are. I dont believe in circumstances. The people who get on in this word are the people who get up and look for the circumstances they wand, and, if the cant find them, make them'. - George Bernard Shaw, Mrs. Warren's Profession.



Hai. Dah enam hari aku tak ke sini. Maka, automatisnya aku menjadi tidak lancar setiap kali menaip. Backspace and backspace. Terlalu payah untuk mulakan.

Sama seperti bisnes. Terlalu susah untuk dimulakan. Tetapi, apabila sudah melalui rutin yang sama setiap hari ianya menjadi satu keseronokkan apabila kau hanya perlu mengulangi sistem yang ada.

Enam hari, banyak yang berlaku.

Jadi, aku harus mulakan dengan yang mana satu?
read more

Tuesday, June 1, 2010

Confident

Aku suka bila kau yakin. Sebab kau tahu apa yang kau nak cakap, suara kau akan jadi lantang, kau tak takut silap dsb.

Tapi aku tak suka bila kau dengan yakin dan lantang cakap sama aku,

si F tu, lepas habis mengaji konfem2 dah dapat kerja dah sebab pengajian dia dapat tajaan. hang belum tentu lagi, pulak tu sekarang ni payah nak dapat. nak keja apa?

Kau cakap macam rezeki kau yang tentukan.

***

'keep away from people who belittle your ambitions. Small people do that, but the really great make you feel that you, too, can become great' - Mark Twain.

Aku tau, kau nak cakap F si boyprend kau tu pandai kan. Bodoh betul kau.
read more

Kebenaran

Aku cuma mahu kau jujur. Aku tak minta lebih; percayakan pada kebenaran yang kita tak boleh tutup mahupun belakangkan.

Jangan sembunyi.
Jangan selindung.
Jangan tipu.

Aku pasti tahu; cepat atau lambat.

Kawan, sedih bila kau sempurna segala pada lainnya tapi kau takut pada kebenaran.

*selamat bulan Jun.
read more