Sunday, June 27, 2010

Gimat

Seminggu sahaja lagi, saya akan memasuki semester baru. Seronok bakal semester kali ini kerana saya tidak perlu terikat lagi dengan seorang yang saya beri nama 'gimat'.

Terikat di sini sama juga seperti tersepit. Tidak boleh lari. Mahu atau tidak, harus lalui.

Terikat kerana bilangan tenaga pengajar yang kurang. Katakan, tiga semester lepas harus berdepan dengan gimat, dua semester selepas itu berdepan dengan gimat lagi, satu semester lepas berdepan dengan gimat lagi, semester lepas berdepan dengan gimat lagi. Gimat, gimat, gimat. Saya letih melayan gimat.

Semester baru kali ini, pengambilan pelajar bertambah. Saya hanya mahu tahu, adakah pengambilan tenaga pengajar juga bertambah? Jika masih di takat lama, jadual tenaga-pengajar-yang-boleh-dikira-dengan-jari makin padat. Simpati saya bukan pada tenaga pengajar, tetapi kepada pelajar yang mendapat sisa tenaga oleh tenaga-pengajar-yang-boleh-dikira-dengan-jari.

Dengan ini, kerajaan harus tahu di mana kualiti graduan bukan berbangga dengan kuantiti graduan yang berlumba untuk samakan atau lebihi dengan negara lain.

Berbalik cerita gimat. Gimat hadir dalam hidup saya sebaik sahaja pertukaran berlaku. Saya sedar, gimat adalah cabaran buat saya. Saya tidak boleh bersenang-lenang selepas pertukaran; saya harus ada satu cabaran paling kurang untuk melengkapi hari indah lainnya. Saya harus terima gimat walaupun hati saya tidak senang dengannya.

Sebab itu, bila hati saya sedih dan kecewa dengan gimat saya bertungkus-lumus memprogramkan tetapan minda saya bahawa 'Tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan saya'. Hanya dengan itu, saya kembali senyum kerana saya percaya saya mampu hadapi.

Jujur, saya tidak pernah kisah akan gimat. Saya tidak kisah jika gimat mahu gagalkan saya. Tapi kadang2 persekitaran sedikit sebanyak mengganggu saya. Persekitaran lebih banyak bercakap berbanding saya dan gimat. Persekitaran lebih peka berbanding saya dan gimat. Persekitaran juga seolah melagakan saya dan gimat, saya kira.

Ah, apa saya peduli semua itu. Itu kata saya sewaktu saya bersama persekitaran. Dalam hati saya peduli sebenarnya. Dalam hati saya dendam sebenarnya, seolah saya mahu melihat persekitaran merasai tempat saya. Demi masa, saya sembuh dengan persekitaran tetapi tidak dengan gimat.

Saya tidak tahu kenapa kata ganti nama 'aku' bertukar kepada 'saya' untuk entri ini. Mungkin saya sudah bersedia untuk hadapi hari-hari formal bersama baju kurung dan kad pelajar yang sentiasa di leher. hehe.

Selamat!

2 Comment(s)

avatar

saya pon ok ape

graduan skrg ni ramai yg xberkualiti sebab terlalu fokus dalam kelas
terikut dengan sistem belajar kat skolah, sebab tu kureeng beerkualiti

avatar

kalau 'aku' nampak ganas sikit than 'saya' nampak ayu je. hehe.

betul tu. :)