Saturday, June 26, 2010

Ini Bukan Yang Dikejar #1

Ke mana saja aku pergi, aku berkobar untuk beritahu satu ayat mudah; doktor. Itupun jika ditanya.

kenapa kamu nak jadi doktor?
ermm, sebab dapat rawat orang. nanti kan, kalau cikgu sakit saya boleh ubatkan.
pandai!
aku hanya tersengih.

Tertipu dengan pakaian serba putih, kemas bertali leher, kacak berkaca mata, mulut manis sambil hulurkan gula2 setiap kali temujanji, dan sangat prihatin sehingga menghantar ke pintu keluar mendesak aku untuk menjadi sepertinya. Tidak ketinggalan, masyarakat juga mengganggapnya mulia kerana keunggulan yang dimiliki dan pendapatan berangka lebih mungkin.

Persekitaran dan masyarakat menjajah minda kanak2 tujuh tahun seperti aku tanpa aku tahu ini bukan yang dikejar enam tahun akan datang.