Monday, June 14, 2010

Harus Bagaimana

waktu aku bertukar nota2 cinta, bersama dakwat berwarna segala sebagai tanda cinta yang penuh warna-warni, aku ditawakan.
bilang mereka, 'monyet sudah pandai bercanda'.

waktu aku boleh baca isihatinya dengan tukaran satu sen per mesej dan ayat yang boleh diringkas, aku ditawakan.
bilang mereka, 'cinta tidak perlu diselidik seharian, dilafaz semalaman'.

waktu aku dipimpin ke gerai keperluan dan ditaja lalu boleh mengangkat apa saja mahu, aku ditawakan.
bilang mereka, 'cinta boleh ditukarganti semudahnya'.

waktu aku pertahan segala melebihi syahjihan pada mumtaznya, melebihi romeo pada julietnya, melebihi apa adanya aku, aku ditawakan.
bilang mereka, 'apa kau sudah buta?'.

jadi,
aku harus bagaimana?