Wednesday, June 9, 2010

Hati Tua

Sebut saja apa jenis kehilangan, semuanya pasti disentap hebat.

Pemergian enam orang serentak memang meruntun emosi. Bukan anak, kakak, emak, mahupun sesiapa buat mereka. Tapi, hati minta peduli.

Serangan ke atas rakyat Palestin. Terasa pedih tiap darah mengalir, terasa hiba tangis sepanjang hari kehilangan ibu, bapa, anak, abang, kakak, adik, mahupun saudara lain. Terpukul oleh kekejaman, kezaliman. Hati minta peduli.

Bayi tanpa dosa ditanam hidup, dibuang tanpa rasa. Rasional bukan lagi utama, demi malu dijaga. Tidak pernah tahu anugerah anak bagaimana; doanya penyelamat seksa. Hati minta peduli.

Tidak seperti dulu,
tahu berita, waktu dan masanya tapi hati keras untuk menghayati. Hati keras untuk peduli. Hati keras untuk menangisi manusia yang tiada kaitannya. Hati keras untuk merasai.

Sekarang,
tonton, dengar, baca, dan hidangkan apa saja media berkaitan manusia, hati jadi pilu. Diruntun. Dihiris bagai.

Mungkin,
hati makin tua, makin diusik.

2 Comment(s)

avatar

makin kt matang mmbuatkan kt mula berfikir, hidup ini ada 1 perkongsian

avatar

hi Lun, im Lin.

setuju dengan awk!
:)