Monday, June 21, 2010

Layout | Design

Hai. Tukar layout lagi.

'sehingga aku sudah jemu dan merasakan sesuatu yang baru lebih hebat, selama itu aku akan menukar'. Aplikasikannya untuk layout atau design saja ye.

1. pemilihan warna
Sungguhpun hati aku kalerful, tetapi aku tidak sukakan satu ruang yang mempunyai pelbagai warna. Cukup satu atau dua warna untuk membezakan tajuk dan konten. Kadar kecerahan pula adalah sedap mata memandang. Jangan sampai ada yang berdetik, 'amboi mak ngah, merah bijik remia aih!'. Peduli la kan, aku punya blog. Jangan, selfish namanya itu.

2. tulisan
Aku tidak pasti ianya musim atau apa bagi aku, tapi aku mempunyai mood yang aneh. Aku tidak seperti kau yang selesa menulis dengan apa sahaja font untuk sebarang entri. Aku harus mencintai satu2 font terlebih dahulu untuk menulis dengan penuh minat. Untuk rujukan, sebelum ini aku menggunakan verdana dan kali ini aku mencintai arial.

3. kolum
Dari dulu hingga kini, hanya dua kolum bertakhta di hati.

4. imej
Aku tidak akan membenarkan blog ini disemakkan dengan pelbagai imej yang karut lagi tidak berkualiti. Kalau ada, ianya disusun dengan baik, kemas, dan saiz yang seragam.

5. latar belakang
Disebabkan aku tidak kreatif dan gagal dalam photoshop aku hanya sukakan sesuatu yang simple dan kau mula bercakap, 'alahai, cam ni je taste kau'. Ya.

6. keseluruhan
Sebolehnya, aku tidak mahu menampakkan ianya satu blog yang grand, penuh warna-warni, atau seperti blog perniagaan produk sehingga aku takut untuk membuka ruang new post. Hal ini akan menyebabkan 'stuck' dan penulisan aku menjadi tidak produktif.

Untuk kerancakkan dan kelesaan sesuatu penulisan atau idea yang dilontarkan, aku bergantung kepada bagaimana aku mencorakkan ruang terlebih dahulu. Sama saja dengan bilik tidur; tidur yang berkualiti serta selesa bermula dari susun atur, warna, kekemasan, dsb. Paling penting, aku mahu jadikannya 'hidup'.

Untuk apa semua ini?
Bukan pada tetamu yang akan bertandang ke bilik tidur, tetapi pada tuan empunya untuk merasai nikmat sepanjang detik tanpa jemu. yeah, enjoy!

Dan, sejauh mana layout atau design penting bagi kau?