Tuesday, June 8, 2010

Pergiku Tak Lama



pemergianku bukan kerana hati kecewa
sekadar memenuhi gerak hati dan naluri ini
kali ini nekadku mendakap bintang
selama ini ku puja

kepada teman aku mohonkan kemaafan
atas segala kesilapan ku yang dahulu
pendirianku bukan satu permainan
pergi pun takkan lama

bukan niatku bukan maksudku
buat kau merindu
kelak kan jelas
akan terbalas pengorbanan mu
hapuslah rasa curiga dari hatimu
ku masih seperti dulu

setinggi awan tinggi harapan
menggapai impian
kejar keindahan kehalusan kejayaan
ku pecah penantian sama tujuan
insan lain yang dahagakan
kemenangan tapi kecundang
putus di tengah jalan.

song/lyric/singer: Yusof Assidique