Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Sehingga panggilan akak tadi, cukup kesemua adik beradik menghargainya di hari ini.

Kecuali, aku.

Aku mencari ruang hanya untuk aku dan dia. Tidak mahu orang lain merasai keakhraban jiwa kami berdua.

Jujur, hati ini menghargai pengorbanan.
Jujur, hati ini menghargai kudrat.
Jujur, hati ini menghargai kasih.
Jujur, hati ini menghargai segalanya darimu.

Hari-hari rindu.

Lalu,

'ayah, selamat hari bapa', sambil menggenggam kemas salam dan mencium dahi tanda kasih.

Itu saja. Tiada hadiah besar.

2 Comment(s)

avatar

keikhlasan itu penting.. gud2. :)

slamat hari ayah tok ayah kamu ! :)

avatar

:)
kite dah wish kan.
bpak ckp tengs.