Saturday, July 31, 2010

Tangan Kanan Memberi, Jangan Sampai Tangan Kiri Tahu

Aku ada dua orang kawan. Satu jadi A, satu lagi jadi B, dan aku jadi C.

Seorang ni pagi2 lagi,

A : aku puasa la weh.
C : puasa apa?
A : puasa ganti.

Seoarang lagi pulak dah nak masuk magrib,

C : beli untuk sapa?
B : untuk aku la.
C : puasa?
B : yup.
C : ganti?
B : tak, sunat.
read more

Remind Me

On Monday, August 02, 2010, I see you receiving some excellent news regarding friendship or romance. (esoknya, aku ada test larh!)
On Monday, August 09, 2010, you will have an exceptional opportunity to change your life. (no idea)
On Friday, August 13, 2010, I see you receiving a significant amount of money. (elaun masuk)
On Wednesday, August 18, 2010, you will meet someone unexpectedly and it will turn into a relationship. (wah, wah, wah! cant wait)
On Saturday, August 21, 2010, you will experience some new luck with money. (iye?)
*i got them from my friend vision. hehe, will see!
read more

Wednesday, July 28, 2010

'survival today means innovating and doing things that no one else does' - Machida, President of Sharp

Im most comfortable when im mixing things up a little bit. I like novelty in small doses. Im drawn to harmony and compassion. I value commonalities over differences. I have no trouble finding contentment wherever im in life. Im happy in the now. I believe that if i look closely enough at people, they all have worth.

Im naturally very aggressive and competitive. I go for what i want. I like to get ahead, but there is nothing traditional about my approach to success. I use my creativity and my wit to my advantage. Im a flexible thinker. I have a lot of inner fire and strength. I harness my passion well.

There is no reason i cant reach for the sky.
read more

Roda

Bila di atas, kau begitu seronok. Tapi bila di bawah, kau merungut. Fahami, dan bisik 'sekarang aku di bawah'; supaya kau sedar kau sedang diuji.

Sampai bila putaran bergerak dengan masa, kau mula tinggalkan rasa sakit tadi. Kau mula rasai nikmat dan kau berkata 'terima kasih, kerana sakitkan aku'.

Dengan itu, putaran tidak akan pernah berhenti. Bersilih ganti. Suka duka. Gembira kecewa. Pahit manis. Akhirnya, buat kau tabah.

Aku tidak pasti, berapa putaran yang kau harus hadapi untuk lengkapkan hayat kau. Tapi, selama mana kau hadapi dan redahi, selama itu hidup memimpin kau. Mengajari kau.

Dan tiba-tiba,

saat kau di atas, kau bagai boleh merasa saat kejatuhan itu. Jadi, bekalannya kau sudah sedia. Apa lagi yang harus aku katakan.

Kau sudah cukup kuat untuk mengenali putaran :)
read more

Monday, July 26, 2010

'win through your actions, never through arguments' - Robert Greene

kau tahu apa yang aku benar-benar perlukan buat masa sekarang?

masa dan kekuatan.

argh!
read more

Sunday, July 25, 2010

Hujung Minggu Saya

read more

Thursday, July 22, 2010

What I Learned #3

Working Under CCTV.

Belajar untuk berpura-pura. Kau harus berlakon sekalipun kau bukan pelakon terbaik. Setiap gerak-geri terbatas. Ada kuasa atasan sedang perhati walaupun kau tak perlu berhadapan dengannya.

Cuma sesekali aku terfikir ini;

1. batas sememangnya sudah lama wujud.
2. perbuatan kita sebenarnya sentiasa diperhatikan.
read more

Wednesday, July 21, 2010

Syurga Itu Terlalu Jauh Sayang, Jangan Lari

Begini.

Aku ada impian. Aku nak kau baring sebelah aku, pandang langit sama2 dan aku akan mula kisahkan apa yang dimimpi. Orang cakap, kita perlu perhati deria tafsir bila konves wujud antara kita. Tak payah.

Kau hanya diam. Aku pun sama, dari tadi. Bukan rasa kekok, tapi rasa tak hadir bersama. Dan bila masa mula jalan bersama dengan apa yang ditetapkan Tuhan, kita rasa selesa. Kita masih mahu rasa.

Tapi, keadaan berkeras. Kau katakan kebetulan. Aku bilang, masa yang sisa akan camtumkan kita.

Ah, aku mahu kau!
read more

Malam Ini Aku Punya

Aku sangat sibuk malam ni. Banyak kerja tertangguh. Serabut gila. Dalam tengah berkeadaan macam ni, aku mahu bersahaja. Buat2 macam tada apa2 yang penting. Tengok2, dah pukul 12am. Badan makin sesak dan mahu cakap 'gudnite'. Kau tahu, ini malam kedua aku berusaha untuk tidur lewat lepas adik beradik semua cakap aku macam budak sekolah. Galas beg kat belakang tiap2 hari then tidur sebelum pukul 9pm. Aku tahu, sebelah jiwa lagi mendesak untuk aku buat kerja segala. Tapi, aku akan jadi sedegil mahu. Sebab, aku mahu nikmati malam seperti aku sudah tiada esok. Hell.
read more

Fakta Nombor | 21072010

15 hari berkecimpung
10 minit curi2 online
8 jam tidur
6 hari bekerja
6 jam bertemu prof dalam seminggu
4 hari rabun
3 hari nampak segala
2 jam bersama family
1 hari cuti

suddenly, i miss my mom.
:(
read more

Saturday, July 17, 2010

Pall Mall

waktu: di meja makan tadi bersama sebilangan staff yang lain.

Semasa kepala ditundukkan untuk menyuap nasi, aku terpandang sekotak rokok pall mall. Aku tolak ke tepi sehingga aku pasti graphic di kotak itu tidak mengganggu kelancaran proses menyuap.

Mujur aku bukan seorang perokok, kalau tidak usaha kerajaan pasti berhasil apabila hanya melihat graphic di kotak sudah menyentap selera.
read more

Perut ke Depan, Lemak Disembunyi

Hari pertama.
-lengkap berbaju kurung, kasut bertutup siap bersarung kaki, serta kad pelajar di leher. okay, skem segala. hehe.

Hari kesebelas.
-untuk makluman tuan puan, hari ni hari kesebelas ya. masih lengkap berbaju kurung dan berselipar. no sarung kaki and no student card.

Hari keseterusnya.
-aku nak sarung jersi brazil, german, itali and spain. then, selipar. pasai bos pernah cakap, ada satu orang, pakai seluar sekerat, baju pagoda, selipar haus, tapi poket penuh!

Dan bos mula bersuara,

you tu sapa ha?
owh ok, im not the 'tokey' yet.
and i wish you will be the 'tokey' soon.
hope so :)
read more

Wednesday, July 14, 2010

What I Learned #2

1. keikhlasan dalam niat.

2. 'bila sampai satu tahap, awak mahu membutakan mata agar awak dapat melihat indah hatinya bukan indah luarnya'.

3. 'you are being expert not because you are genius, but the practice you have done'.

4. orang lebih mudah cakap terima kasih daripada sama-sama. tak percaya? trust me.

5. lapang sebelum sempit.

6. sihat sebelum sakit.

7. masa dan kekuatan. ada empat perbezaan.
-ada masa ada kekuatan
-ada masa tiada kekuatan
-tiada masa ada kekuatan
-tiada masa tiada kekuatan
read more

Sunday, July 4, 2010

Praktikal Nanti Kena Buat Sistem Apa Hah?

Macam best pulak. Esok start praktikal, hari ni sampai surat. Pandai posmen aim. Dalam surat tu menghendaki aku melaporkan diri pada 5 Julai 2010 (isnin). Menurutnya lagi, praktikal berakhir 22 Oktober 2010. Surat difooterkan dengan 'Selamat Menjalani Latihan Praktik'.

read more

Saturday, July 3, 2010

Tanya Saja Pada Jiwa, Pasti Ia Tahu Gambarkan Percutian Tanpa Bukti

Hai. Hampir lupa nak ceritakan percutian dua hari satu malam lepas. Kehidupan sepatutnya lebih ringkas, begitu juga dengan percutian.

1. Bertolak malam. Seperti vampire yang keluar mencari mangsa, aku juga bagai teruja dengan malam. Jauh dari kesibukan, kepanasan, dan kehausan adalah satu sebab tidak memilih siang hari.

2. Sangat berbeza.

3. Sangat berbeza.

4. Sangat berbeza. Aku rasa aku mula lalui satu perubahan mungkin. Kalau bukan perubahan barangkali mood swing agaknya. Ah, tengok saja pada masa akan datang. Seperti selalunya, aku mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk redha melepaskan momen2 indah terlepas di depan mata. Selepas minit muram itu, aku kembali senyum dan memujuk untuk berhibur dengan suasana, percutian, mahupun peristiwa tanpa sebuah kamera kabur di tangan. Berbeza kali ini, bersama kamera kabur di tangan aku hanya menjadi jurufoto bagi mereka2 yang mahu merakam momen2 indah. Ada beberapa foto sahaja aku sertai kerana memenuhi ajakan mereka. Tidak ketinggalan aku rakamkan alam, langit, keseluruhan kawasan tanpa ada manusia di dalamnya. Tidak tahu mana perginya feel menggaya kacak dsb. Akhirnya bukti suasana, percutian mahupun peristiwa hanya lekat di jiwa tanpa aku kisah tiada jari telunjuk bersama jari hantu aku yang bangun serentak untuk menyatakan 'peace' sambil senyum melebar di depan lensa.
read more

March '10

when i daydream i pretend im the heroine
read more

Thursday, July 1, 2010

Satu Per Dua

Bagi yang menghitung detik, hari ini adalah hari pertama bagi enam bulan yang akan datang. Tiga puluh jun pula adalah hari terakhir bagi enam bulan yang lepas. Campur keduanya masing-masing akan menghasilkan satu tahun. Lama-kelamaan satu tahun demi satu tahun akan menambah riwayat kau mahupun aku.

Selamat bulan Julai kawan2.
:)
read more