Wednesday, July 28, 2010

Roda

Bila di atas, kau begitu seronok. Tapi bila di bawah, kau merungut. Fahami, dan bisik 'sekarang aku di bawah'; supaya kau sedar kau sedang diuji.

Sampai bila putaran bergerak dengan masa, kau mula tinggalkan rasa sakit tadi. Kau mula rasai nikmat dan kau berkata 'terima kasih, kerana sakitkan aku'.

Dengan itu, putaran tidak akan pernah berhenti. Bersilih ganti. Suka duka. Gembira kecewa. Pahit manis. Akhirnya, buat kau tabah.

Aku tidak pasti, berapa putaran yang kau harus hadapi untuk lengkapkan hayat kau. Tapi, selama mana kau hadapi dan redahi, selama itu hidup memimpin kau. Mengajari kau.

Dan tiba-tiba,

saat kau di atas, kau bagai boleh merasa saat kejatuhan itu. Jadi, bekalannya kau sudah sedia. Apa lagi yang harus aku katakan.

Kau sudah cukup kuat untuk mengenali putaran :)