Wednesday, July 21, 2010

Syurga Itu Terlalu Jauh Sayang, Jangan Lari

Begini.

Aku ada impian. Aku nak kau baring sebelah aku, pandang langit sama2 dan aku akan mula kisahkan apa yang dimimpi. Orang cakap, kita perlu perhati deria tafsir bila konves wujud antara kita. Tak payah.

Kau hanya diam. Aku pun sama, dari tadi. Bukan rasa kekok, tapi rasa tak hadir bersama. Dan bila masa mula jalan bersama dengan apa yang ditetapkan Tuhan, kita rasa selesa. Kita masih mahu rasa.

Tapi, keadaan berkeras. Kau katakan kebetulan. Aku bilang, masa yang sisa akan camtumkan kita.

Ah, aku mahu kau!

2 Comment(s)