Saturday, July 3, 2010

Tanya Saja Pada Jiwa, Pasti Ia Tahu Gambarkan Percutian Tanpa Bukti

Hai. Hampir lupa nak ceritakan percutian dua hari satu malam lepas. Kehidupan sepatutnya lebih ringkas, begitu juga dengan percutian.

1. Bertolak malam. Seperti vampire yang keluar mencari mangsa, aku juga bagai teruja dengan malam. Jauh dari kesibukan, kepanasan, dan kehausan adalah satu sebab tidak memilih siang hari.

2. Sangat berbeza.

3. Sangat berbeza.

4. Sangat berbeza. Aku rasa aku mula lalui satu perubahan mungkin. Kalau bukan perubahan barangkali mood swing agaknya. Ah, tengok saja pada masa akan datang. Seperti selalunya, aku mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk redha melepaskan momen2 indah terlepas di depan mata. Selepas minit muram itu, aku kembali senyum dan memujuk untuk berhibur dengan suasana, percutian, mahupun peristiwa tanpa sebuah kamera kabur di tangan. Berbeza kali ini, bersama kamera kabur di tangan aku hanya menjadi jurufoto bagi mereka2 yang mahu merakam momen2 indah. Ada beberapa foto sahaja aku sertai kerana memenuhi ajakan mereka. Tidak ketinggalan aku rakamkan alam, langit, keseluruhan kawasan tanpa ada manusia di dalamnya. Tidak tahu mana perginya feel menggaya kacak dsb. Akhirnya bukti suasana, percutian mahupun peristiwa hanya lekat di jiwa tanpa aku kisah tiada jari telunjuk bersama jari hantu aku yang bangun serentak untuk menyatakan 'peace' sambil senyum melebar di depan lensa.