Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Kebebasan; Jamung Merdeka


taman budaya, alor star | 28062009

mari kita imbau
selembar demi selembar
episod air mata tanah air.

telah lima musim kita meneguk usia
dari pelabuhan kelam ke tanjung sinar
dari jerebu udara ke langit jernih
dari rimba bukit ke lebuh raya
juragan datang dan pergi;
di mana sebenarnya kita berdiri, di bumi sendiri?

telah lahir putera bangsawan
mengibar jalur kemerdekaan
telah lahir wira berdarah rakyat
menabur baja di ladang pembangunan
telah lahir semangat pejuang
memimpin rakyat ke arah perpaduan
telah lahir arkitek bangsa
memercikkan kegemilangan Malaysia ke mata dunia.

hari ini menjelma sudah jiwa insan hadhari
dan dari kelopak matanya,
mengalir kali damai yang abadi
tetesannya yang bening
meresapi hasanah dunia dan akhirat.

rintik-rintik embun tergenang di halaman
angin sepoi-sepoi bahasa membisik ke pelesok desa
berapa harga kita sebenarnya, di bumi sendiri?

mari kita nyalakan lilin dari jamung puisi
menyemarakkan tembang bahtera merdeka
biar lirik dan irama kita senada
alunkan pada tanah pusaka ini
agar tidak dicemari rengekan biadap hak ketuanan
tidak dibolosi tusukan curang anak dagang.

tahun beredar dekad berlalu
dan kita semakin dimamah usia,
pergeseran, memusnahkan perpaduan kita, di bumi sendiri?

mari kita bebatkan luka di muka
mari kita bebatkan luka di dada
mari kita bebatkan luka di sukma
biar darah sengketa mengalir sejahtera
biar darah cinta meresap ke tulang bangsa
biar darah silaturahim bertunjang ke jantung kita.

karya
Razali Mohd Yussof
read more

Dia Minta Putus, Apa Nak Buat?

Satu hari yang cerah, ketika kau & dia keluar bersama-sama seperti hujung minggu sebelum’nya, kau mula perasan akan sikap pasangan yang sedikit berubah dari kebiasaan.

Kau abaikan tanpa tanya kerana itu biasa — mood berubah mungkin. Hari-hari seterusnya, perubahan dia semakin ketara dan resah mula timbul di’hati tetapi masih, masih kau tak bertanyakan apa-apa kerana kau yakin akan cinta’nya.

Satu hari (lagi) yang cerah tapi lahanat juga’lah,"saya sekarang tak tahu apa (keliru) perasaan saya terhadap awak & saya rasa saya tak mampu nak bersama awak lagi…". Dan, ketika itulah hari yang cerah tiba-tiba muncul awan-awan mendung berarak, petir sabung menyabung & beralun lagu paling meruntun jiwa jauh di’hati kau. Baru kau teringat akan perubahan yang kau perasan sebelum ini. Terlewat.

"The hardest thing to do is watch the one you love love someone else." - Hussin Cendol

Tidak. Tidak semestinya dia minta putuskan hubungan kerana ada orang lain, banyak sebenarnya faktor lain yang perlu kita fikirkan dari sudut positif. Walaupun aku 99% yakin kebanyakan kes minta putus adalah kerana ada orang ketiga.

Kebanyakan orang akan menjadi tidak keruan apabila pasangan meminta untuk memutuskan hubungan. Perilaku orang tidak keruan ini termasuklah bertanya tanpa henti tentang apa kesalahan yang telah di’lakukan, apa si dia sudah ada orang lain, masih tiadakah ruang di’hati dia, kenapa buat begini, kenapa begitu, hitu hini.

Apa yang aku boleh cakap, JANGAN buat begitu. Sikap tidak keruan begini akan membentuk satu persepsi dalam diri si dia yang mengatakan kau adalah seorang yang tidak boleh menerima sesuatu yang buruk dengan positif.

Ingat fakta ini, sekali dia luahkan niat mahu memutuskan hubungan, hubungan itu sebenarnya telah terputus tanpa sedar seminggu, atau dua minggu, atau sebulan, atau mungkin setahun yang lepas. Apa pun yang kau lakukan selepas lafaz itu, realitinya hubungan kau & dia telah putus. The end. Noktah. Habis. Zero. Nada. Nilch.

"Everyone in life is gonna hurt you, you just have to figure out which people are worth the pain."- Erica Baican

Beritahu dia, mungkin keputusan untuk memutuskan hubungan adalah satu jalan yang terbaik untuk kau & dia. Itu berat, aku tahu. Kau akan merasa tidak selesa yang teramat sangat untuk bersetuju dengan permintaan lahanat itu, tetapi percayalah, meminta penjelasan berulang kali & bertengkar dek kerana hal ini akan membuatkan keadaan lebih buruk. Bentuk satu persepsi POSITIF sebelum dia melangkah pergi.

Mungkin (aku kata mungkin), dengan melihat sikap positif kau menerima keputusan dia, dia akan berasa lebih selesa untuk kembali ke pangkuan kau satu hari nanti. Berikan dia ruang untuk meneroka sesuatu yang lain sebelum dia sedar yang apa yang dia ada bersama kau adalah yang terbaik.

"If two past lovers can remain friends, either they never were in love or they still are" - MIB

Jangan ulangi silap bodoh aku. Selamat bulan Jun kawan-kawan.

p/s: entri di atas bertarikh 01-June-2008 / 03:57am oleh mohd ismail. kawan aku, putus cinta baru2 ini dan ayat pasrah dia 'tak tahu nak buat ape dah'. aku akan menyuruhnya membaca ini, dan moga dia lebih tabah di hari mendatang! :)
read more

'just think of me, i will be there'

If some thing happens and you lose me, please dont 'think that' the end, come and find again.
read more

Sunday, August 29, 2010

Time is Making Fools of us Again

Saya bukannya tak sabar nak berhari raya. Sayu je nak lepaskan Ramadhan pergi. Saya sebenarnya tak sabar nak lalui masa dengan cepat! Please.
read more

What I Learned #6

Belajar,
saya tahu apa yang akan diajar berdasarkan silibus yang diberi. Semuanya tercatat dalam 'study plan'. Malah, saya boleh jangkakan apa yang bakal ditanya.

Bekerja,
Arahan datang dari semasa ke semasa. Tiada silibus untuk menyenaraikan apa yang perlu dibuat. Jadi, ianya memerlukan saya sentiasa bersedia dengan tugasan yang tak dapat dijangkakan.


'to be prepared is half the victory'-Miguel Cervantes
read more

Wednesday, August 11, 2010

Pesanan Ringkas

1. "sempena Ramadhan yang mulia ini, saya (lan tulis nama penuh ni dalam ruangan ni) ingin memohon maaf atas segala ketelanjuran and kalau ada apa2 hutang halalkan ye. hehe. semoga pada Ramadhan ini amalan kita lebih baik dari tahun2 yang lepas. InsyaAllah. dan semoga Allah S.W.T ampuni dosa kita semua. tq (^_^)v"- azlan

2. "khamis cari jumaat, nak tanya nampak tak sabtu agar ingatkan ahad bagitau isnin supaya tak lupa mesej kat selasa yang rabu dah puasa! selamat menyambut Ramadhan (",)"- kiroh

3. "sabda Rasullulah S.A.W, celuplah jarimu ke dalam air laut, air yang menitis ke jarimu adalah nikmat dunia, baki air laut yang terbentang luas itulah nikmat syurga. semoga Ramadhan kali ini dilalui dengan penuh keimanan dan kesabaran. salam Ramadhan (",)"- rosliza

4."doa tahan puasa, allahummabaringsanawabaingsiniwataktahanwamaumatiwalihatjammasihlamalagitakdenasiwatibaimeginantilainkaliwaganti. selamat berpuasa!" - adib

5. "selamat berpuasa esok" - paan

6. "kunci jam pukul 4:30 pagi esok. tak yah berjaga, pi tidoq" - dad

*mesej dalam inbox pasal puasa sikit je. awak tentu banyak kan? ini pulak mesej saya sempena Ramadhan.

dear family members,
rasa sayu. serius, dari petang tadi rasa sayu. bukan sebab esok kita dah tak boleh lunch, tapi rasa macam tak sedap hati la. maybe, i think too much. ye la, last year kita puasa sama2 sebulan, sambut raya sama2. harap sangat, kita dapat lalui sebulan Ramadhan sama2 tahun ni then raya pun sama2 lagi.

dear friends,
saya minta maaf kalau ada kebencian, walau sikit bila anda terfikirkan saya. selamat menjalani ibadah puasa :)
read more

Tuesday, August 3, 2010

What I Learned #5

'no matter how many face you wear to see people, you are still yourself when you alone!'
read more