Monday, August 30, 2010

Dia Minta Putus, Apa Nak Buat?

Satu hari yang cerah, ketika kau & dia keluar bersama-sama seperti hujung minggu sebelum’nya, kau mula perasan akan sikap pasangan yang sedikit berubah dari kebiasaan.

Kau abaikan tanpa tanya kerana itu biasa — mood berubah mungkin. Hari-hari seterusnya, perubahan dia semakin ketara dan resah mula timbul di’hati tetapi masih, masih kau tak bertanyakan apa-apa kerana kau yakin akan cinta’nya.

Satu hari (lagi) yang cerah tapi lahanat juga’lah,"saya sekarang tak tahu apa (keliru) perasaan saya terhadap awak & saya rasa saya tak mampu nak bersama awak lagi…". Dan, ketika itulah hari yang cerah tiba-tiba muncul awan-awan mendung berarak, petir sabung menyabung & beralun lagu paling meruntun jiwa jauh di’hati kau. Baru kau teringat akan perubahan yang kau perasan sebelum ini. Terlewat.

"The hardest thing to do is watch the one you love love someone else." - Hussin Cendol

Tidak. Tidak semestinya dia minta putuskan hubungan kerana ada orang lain, banyak sebenarnya faktor lain yang perlu kita fikirkan dari sudut positif. Walaupun aku 99% yakin kebanyakan kes minta putus adalah kerana ada orang ketiga.

Kebanyakan orang akan menjadi tidak keruan apabila pasangan meminta untuk memutuskan hubungan. Perilaku orang tidak keruan ini termasuklah bertanya tanpa henti tentang apa kesalahan yang telah di’lakukan, apa si dia sudah ada orang lain, masih tiadakah ruang di’hati dia, kenapa buat begini, kenapa begitu, hitu hini.

Apa yang aku boleh cakap, JANGAN buat begitu. Sikap tidak keruan begini akan membentuk satu persepsi dalam diri si dia yang mengatakan kau adalah seorang yang tidak boleh menerima sesuatu yang buruk dengan positif.

Ingat fakta ini, sekali dia luahkan niat mahu memutuskan hubungan, hubungan itu sebenarnya telah terputus tanpa sedar seminggu, atau dua minggu, atau sebulan, atau mungkin setahun yang lepas. Apa pun yang kau lakukan selepas lafaz itu, realitinya hubungan kau & dia telah putus. The end. Noktah. Habis. Zero. Nada. Nilch.

"Everyone in life is gonna hurt you, you just have to figure out which people are worth the pain."- Erica Baican

Beritahu dia, mungkin keputusan untuk memutuskan hubungan adalah satu jalan yang terbaik untuk kau & dia. Itu berat, aku tahu. Kau akan merasa tidak selesa yang teramat sangat untuk bersetuju dengan permintaan lahanat itu, tetapi percayalah, meminta penjelasan berulang kali & bertengkar dek kerana hal ini akan membuatkan keadaan lebih buruk. Bentuk satu persepsi POSITIF sebelum dia melangkah pergi.

Mungkin (aku kata mungkin), dengan melihat sikap positif kau menerima keputusan dia, dia akan berasa lebih selesa untuk kembali ke pangkuan kau satu hari nanti. Berikan dia ruang untuk meneroka sesuatu yang lain sebelum dia sedar yang apa yang dia ada bersama kau adalah yang terbaik.

"If two past lovers can remain friends, either they never were in love or they still are" - MIB

Jangan ulangi silap bodoh aku. Selamat bulan Jun kawan-kawan.

p/s: entri di atas bertarikh 01-June-2008 / 03:57am oleh mohd ismail. kawan aku, putus cinta baru2 ini dan ayat pasrah dia 'tak tahu nak buat ape dah'. aku akan menyuruhnya membaca ini, dan moga dia lebih tabah di hari mendatang! :)

6 Comment(s)

avatar

love the last quote. :)

avatar

i dah noticed la skang ni, geeds suke quotes eh. hehe. i got u!

:)

avatar

aah yek. haha. i don't even notice it myself. haha.
i guess i just love words. simple pretty words that can be easily understand. (:

avatar

haha. thats urself geeds.

'no matter how many face you wear to see people, you are still yourself when you alone!'

...remember it? the quote u loved most :)

avatar

to mohdismail:
though love is everything, but it is not for a same person for the rest of ur life, its for the right person.so search for the one..

lalalala..love is....hmm..unpredictable..isnt?

avatar

hehe. love might not for a same person but it isnt about finding the right person. its about creating a right relationship. cewah!

:) yea, unpredictable and miserable. haha.