Thursday, September 30, 2010

I Have Something to Tell You

Belum cuti semester lagi, aku dah ada plan. Memang tak sabar ah nak tunggu cuti. Banyak sangat plan. Tapi, plan untuk blog ni aku bagi tau malam ni je.

1. label
aku ingat nak relabel balik semua entri. Nak bagi ada susunan mengikut label. Hanya aku sorang saja tau apa maksud di sebalik label tu.

2. domain
kalau boleh, nak macam ni www.amalyyna.com

3. nak letak my blog list

4. tak tau lagi bila nak public blog ni sebab aku selesa dengan keadaan sekarang ni

5. nak baca balik semua entri. delete yang mana tak berkenaan.

6. nak tukar layout, template apa semua.

7. nak disable to comment entry, nak letak shoutbox. dulu buang sebab tak suka iklan ''im following u, follow me back k'. Tapi rasanya, tak lama kot shoutbox nak ada kat situ. haha

8. nak secara rasminya jadi tempat aku cakap sorang2. jadi, kalau banyak cakap kena banyak update jugak.

9. nanti kalau ada apa2 lagi, aku tambah.
read more

Selesaikan Perkara Kecil, Kegembiraan Besar Buat Saya

Buku log dah siap weh. Tapi sorry la, banyak menipu. ^_^


read more

Wake Me Up When September Ends

read more

Practical Training Log Book

Dengan ini,

saya mencadangkan agar 'Practical Training Log Book' ditukarkan kepada 'What I Have Learned Book'.

Bila aku mula menulis apa yang telah aku lakukan dua bulan lalu dalam buku log, aku mula sedar bahawa;

rutin yang aku lalui setiap hari adalah tidak penting, useless. aku perlu tahu apa yang aku dah belajar dari apa yang aku lalui, itu lebih penting.

'its not about what u faced in life, its about what you learned from facing life'.
read more

Wednesday, September 29, 2010

29 September

Birthday mak aku. Aku cuti hari ni. Petang ni baru nak plan buat apa2.

Mak, selamat hari lahir.

dari,
adik.
read more

Tuesday, September 28, 2010

Goodbye September, Hello October!

Tinggal dua hari lagi nak habiskan september. Kemudian, oktober. Mesti kau akan cakap aku ni tak savor every moment kan. Asyik menghitung. Yes, sebab aku dah tak sabar nak habiskan praktikal. Arghhh!

Ada kawan tanya, best tak praktikal?

aku jawab, 'best, as long as u love ur job'.

Love your job. Maksudnya, kau seronok mengulanginya biarpun rutin yang kau buat adalah sama. Perkara itu tak pernah membuatkan kau bosan, pagi2 lagi kau dah bersemangat nak pergi kerja, kau tak pernah kisah dengan lebihan waktu yang kau habiskan di tempat kerja. Semuanya kerana 'u love what u do', kata Steven Jobs.

Minggu ni katanya, lecturer nak datang melawat. Sebelum dia datang, dia akan call dulu. Tapi, buku log dua bulan tak update. haha. Malam ni, aku nak settle buku log tu.

Petang tadi kan, bawak mak pi jumpa sanak sedara.

Raya haji tahun ni tanpa mak di sisi T_T
read more

Sunday, September 26, 2010

Tanggungjawab

Salam. Hari ini adalah hari terakhir kat stadium ni. Semalam tak sempat nak update sebab terlaluuuu bizi. Haha, saja buat2 bizi.

Kau tahu tak? Satu formula yang ramai usahawan telah berjaya. Mudah dan ringkas.

'usaha lebih, dapat lebih'

Siapa pun tahu tentang formula itu. Tapi, keberkesanannya sejauh mana ianya dipraktikkan. Aku lihat, satu manusia ini tiada jemu membimbit flyers di tangannya sambil memujuk pelanggan membeli produknya. Ada yang tidak menghiraukannya, ada yang tertarik lalu membelinya. Persoalannya, bagaimana dia sudah kebal dengan kegagalan. Bukan sekali, tetapi beratus kali.

Lalu, aku tanya pada majikan. Apakah yang menyebabkan dia begitu bersungguh dan tidak hirau pada gagal?

Kerana wang.

Apa yang boleh wang berikan?

Keperluan.

Apakah syarat untuk seseorang memenuhi tuntutan keperluan?

Tanggungjawab.
read more

Friday, September 24, 2010

Perasmian Karnival Broadband & ICT

Malam ni memang meriah habis ah dengan bungi api segala. Aku tak ingat kali terakhir aku melihat bunga api memercik di angkasa. Bila pun aku melihatnya, pasti aku merakam detik itu; secara statik imej mahupun rakaman berminit.

Malam ini, aku hanya mahu menikmatinya sendiri, masa itu. Aku tidak mahu lihat pada masa lain dengan alat2 teknologi yang merakam. Biarkan ia berlalu tanpa aku menyimpan sebarang memori kerana memori minda sudah cukup untuk mengingati keindahan malam ini :)
read more

Can't Wait For December

Aku ada 5 blog.

1. semantik
2. janji kita
3. practical journal
4. what we learned
5. lakaran puisi

3 daripadanya sudah aku delete. Satu, disebabkan kegagalan dalam perhubungan. satu lagi, kegagalan dalam mencari persefahaman. Dan satu lagi, kegagalan dalam mempelbagaikan rutin kerja; aku bosan dengan kesamaan.

Ketiga-tiganya, disimpulkan berpunca daripada kegagalan.

Thomas Edison ada cakap, 'I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work'. Jadi, apa salahnya, aku juga sepositif beliau. Cuma, setiap blogger diberi 3 bulan pujukan untuk tidak mendelete blog permanently.

Aku tidak suka dashboard serabut dengan benda baru + benda lama. Jadi, aku hanya menunggu sehingga bulan 12 ini untuk menerbitkan satu blog lagi hasil daripada kegagalan yang lepas :)

Doakan aku berjaya.
read more

Kikis Dari Minda

Location : Darul Aman Stadium
Event : Broadband & ICT Carnival

Tiga hari aku di stadium bersama kebanjiran manusia agar aku dapat lupakan kau dan perihal lain yang mengganggu.
read more

Tweet

Seperti kata sebelum, aku tak ingin kongsi. Aku tak mahu kau rasa. Jadi, aku hanya layankan saja; hanya aku dan tulisan. Sampai di mana, aku sudah puas; aku capai klimaksnya. Klimaks bertarung sama emosi.

Aku mahu kau tahu, aku sendiri membiarkan jiwa membesar dengan peristiwa2 manis yang kau beri dan kemudian kau sentap ia satu persatu.

Terima kasih.

Kerana telah kau beri keadaan itu, sampai aku jumpa yang sepatutnya. Tapi, aku masih menunggu hati untuk ikhlaskannya.

Ikhlas untuk maafkan diri aku yang bodoh percaya engkau.
read more

Private

Kebelakangan ini, aku mahu menyendiri. Mahu lari dari kau, kau, dan juga kau. Jadi, aku benarkan hanya aku seorang ke sini. Aku tak mahu sesiapa. Aku tak perlu sesiapa. Aku perlukan masa.

Sebenarnya, banyak peristiwa yang mahu aku teriakkan. Aku dalam keadaan yang sangat nipis jiwa. Jangan kau dusta, jangan kau luka, jangan kau hina, pasti aku esak dalam tawa yang durja.

Aku mula membenci manusia.
read more

Wednesday, September 22, 2010

Another Vision

On Monday, September 20, 2010 you will receive excellent news about friendships (and relationships in general),

On Wednesday, September 22, 2010 you will have a wonderful opportunity to change your life-(this is an extremely important chance which must take priority over everything that day).

On Wednesday, October 06, 2010 you will have the possibility of receiving a large sum of money which you had not expected (don't miss this one!)

On Thursday, October 14, 2010 you will meet someone by hazard, who will probably become a great friend,

On Monday, October 18, 2010 you will have much good luck in the financial field-new and very important).

*You may be surprised to see that the days to come will be extremely beneficial to you; however, this does not surprise me.
read more

Saturday, September 18, 2010

Enam Syawal

PSY

rumah solehah

rumah syikin


*sorry guys, tak dapat berikan kualiti foto yang menarik
read more

Sedikit Nota Tak Penting

Enam syawal hari tu pergi jamuan hari raya; organised by PSY. Sebelum tu, pergi jumpa prof sebab dah janji nak pergi jumpa 15hb sept. Dah habis makan, bergambar apa semua, pergi rumah solehah. Dia buat open house. Then, pergi rumah syikin. Sampai rumah, dah maghrib. Esok tu, 16 sept kerja. Eh, bukan 16 sept najib bagi cuti ke? Tak, kena kerja jugak sebab bukan govern. Kerja punya kerja, sampai hari ni tak sempat nak bagitau momen2 penting yang banyakkk sangat dah terlepas.

Tapi takpa, tulis dulu yang mana dan.

Hari ni, abang kepada kawan aku yang kita orang selalu panggil abg ngah tu dah takde. Hari rabu tak silap, abg ngah excident. Masuk ICU. Then, operation kali pertama still koma. Buat kali kedua sebab ada darah beku kat otak. Kali kedua tu, 8 jam operation. Keadaan macam tu jugak. Hari ni, abg ngah dah takde. Doktor yang buat operation tu memang down giler sebab dia tak dapat selamatkan abg ngah. Aku cakap kat dia, 'jangan rasa bersalah, sebab dah usaha sebaik mungkin. nak berjaya or tak, hak Allah'.

Sebab yang boleh excident tu, kereta yang langgar abg ngah tu tengah laju, then pancit. Pastu, terbabas dan langgar kereta ngah. Omg, memang dasyat jugak ah sebab kereta habis remuk.

Sekarang, nak hujung bulan sembilan macam ni memang zon tak berapa selesa. Selasa ni test, jumaat ni (maybe) lecturer datang melawat. Bukan setakat hujung september ah, oktober pun sama. September + oktober, cepat la berlalu. Please.

Ada jugak kan, kadang2 aku terfikir nak delete blog ni. Kalau tanak delete pun, aku nak private kan. Sebab, tak best ah dalam keadaan macam ni sekarang. Emosi tak memberangsangkan. Tulisan pun macam berbaur tekanan. Who care? tahu, tapi rasa tak sedap hati. Takpa, nanti pertimbangkan lagi.

Chow!
read more

Sunday, September 12, 2010

Tiga Syawal

1. pergi open house | alia's family

2. pergi kenduri arwah | kak miah

3. pergi tengok orang sakit | tok njang

Duit raya sehingga tiga syawal ialah rm48. Kalau bagi pada empat syawal dah tak kira duit raya. Empat dan lima syawal, nak dok depan pc je. banyak keja woh! Enam syawal, nak study sikit then nak pergi jamuan hari raya; organised by PSY.


'it was always part of the plan to move into acting' -Aaliyah

read more

Bukan Lari, Tapi Tak Mahu Dibebani

Dari dulu aku tak suka berkongsi bilik dengan sapa2. Aku ada masalah dengan privasi. Tak best ah kalau orang tahu kau tengah nangis sebab boyfriend tak mesej >.<

Dulu, aku akan meraung menangis sorang2 dalam bilik kalau aku memang dah tak boleh handle masalah tu. Dalam setengah jam, kalau aku dah penat nangis, then tertidur. Bangun2, rasa dah takda masalah lagi. Ringan. Kalau tak tidur pun, aku keluar bilik dengan perasaan normal; takda nak ingat2 lagi.

Langkah tu efisien setiap kali aku ada masalah.

Sekarang, langkah tu macam leceh bebenor. Bukan standard umur aku lagi. Aku perlu lebih dewasa. Jadi, setiap kali ada masalah kebelakangan setahun ini aku hanya perlu letak kepala atas bantal then resetkan otak aku seperti tak ada apa2 berlaku. Kemudian, aku tidur dan masalah tenggelam dan aku berharap supaya jangan timbul2 lagi sekalipun aku dah bangun tidur.

Langkah ini efisien buat masa ini. Tapi kan, kau tahu berapa banyak masa dah aku habiskan dengan langkah ini?
read more

Dua Syawal

rumah ain

rumah jah

rumah luqman


'a loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad' -Arnold H. Glasgow
read more

Saturday, September 11, 2010

Kembalikan 3kg Aku

Hari ni nak basuh baju sebakul.

Aku naik atas mesin bmi ahad lepas. Keputusan,

abnormal weight.

Bulan posa kot.

Lepas habis basuh baju, tak ada plan apa2 lagi. Cuma nak pi topup sat.
read more

Friday, September 10, 2010

Satu Syawal

1. Hantar semayang raya.

2. Ziarah pusara. 'hidup ini sementara'.

3. Tok Mud. 'putaran hidup. kita akan jadi baby. apa yang baby nakkan? perhatian'.

4. Kak Siah. 'apakah kamu tidak melihat dan berfikir serta hati kamu berdetik di atas tiap2 satu perbuatan? teladani'.

5. Wa. 'sepi. bukan harta aku nakkan'.

6. Azizan. 'perancangan itu perlu'.

7. Sanak-saudara. 'ikatan'.

8. Achik. 'we're family'.
read more

F.A.Q

Hilangkan F.

Mau tahu, sampai bila?
read more

I Need a Doctor

Hari ni hari kebesaran. Sepatutya aku fikir bahagia saja. Pergi kau rasa hiba. Syuh.

Kawan baik aku, Lat. Waktu tu, enam belas tahun. Aku banyak kongsi dengan dia. Mak dia, mak aku. Bapak dia, bapak aku. Duit dia, duit aku. Boyfriend dia, boyfriend dia la. Haha.

Lepas break dengan Amri, dia ada semangat baru. Dia tanak sapa2 dah lepas tu. Kira macam nak membujang sampai kawin. Sebagai orang yang 'pro' dalam hubungan tak sama jenis, dia cakap kat aku, 'aku tunggu doktor mai minang aku'.

'doktor?'

'doktor boleh ubat aku. ubat jiwa', dia menambah.

*orang bercinta suka cakap berlapik. Kalau dah tak suka, cuba cakap 'hoi, pergi main jauh2. aku dah buang kau!'. Tak boleh?
read more

Buwek!

Aku perlu paracetamol. Tapi tanak telan. Aku nak kau masukkan pelan2 dari kepala aku, supaya aku dapat tidur tenang.

Ah, pahit!

Muntah.

*penawar selalunya pahit
read more

Rutin Anak Perempuan di Pagi Raya

Dulu,
ala, semua ni ke nak kena iron? banyaknyaaaaaa.

Sekarang,
cepat letak sini ha baju sapa yang nak iron.


'apologizing doesnt always mean that im wrong and the other person is right. it just means that i value my relationship more than my ego'

Happy Eid Fitri 1431H!

beloved,
amalina
read more

Hadiah

'ni hadiah paling best raya kali ni', katanya.

Aku senyum dalam hati. Perasaan takut masih ada.
read more

Hilang

Pagi tadi masa keluar pegi kerja, tepi jalan rata2 gantung kaki lembu. Balik dari kerja pulak, jalan sesak. Sampai rumah, semua orang sibuk. Aku masuk bilik, tidur.

Hoi, mana pergi semangat raya hah?
read more

Thursday, September 9, 2010

'kebetulan mentua anjang pergi hari ni'

Ayah seorang pendiam. Tapi sekali bukak mulut, maksudnya mendalam. Tuturnya lembut, tapi tajam. Waktu berbuka tadi,

'tengok, kita tak rancang pun nak berhimpun bukak puasa macam ni. tapi, dengan izin Tuhan, bila dijadikan satu2 keadaan tu..Dia nak kita berfikir. kalau hari last macam ni pun kita tak ambik peluang nak bukak puasa dengan orang tua, sangat2 lah rugi. tunggu lah setahun pulak.'

Alang hanya diam. Tapi orang lain dapat meneka wajah alang yang berubah.
read more

Pergi

Salam. Ibu mertua akak aku meninggal hari ni. Sedih kan, esok ummat islam akan menyambut hari kebesaran, hari kemenangan tapi buat mereka hari kesedihan. Semoga mereka sekeluarga tabah melalui hari2 mendatang.

Al-fatihah.
read more

Wednesday, September 8, 2010

080910

Mak aku tiap2 malam ajak aku pegi terawih. Kalau raya hari jumaat ni, malam ni malam akhir terawih. Dalam seminggu, ada jugak dua tiga kali aku pegi. Selebihnya, aku tolak.

Ada satu malam aku tanya mak,

kenapa tak pernah jemu ajak adik?
read more

Baju Raya Purple

Aku cakap pada mak, raya kali ni aku tanak beli apa2 pakai duit aku. Aku nak mak ayah tanggung semua.

Sebab aku rasa aku masih belasan tahun yang boleh lagi mengada-ngada.

Mak jawab mudah, 'ok'.
read more

Saturday, September 4, 2010

good morning sun shine :)

Ha, lupa nak cakap. Hari tu kan, 25 ogos 2010 ada majlis berbuka puasa bersama 40 staf yang lain di emerald puteri hotel. Till then, bye ^_^
read more

Friday, September 3, 2010

24 Ramadhan | 3 September 2010

dear electronic diary,

1 september lepas, saya nak ucapkan 'happy september!' tapi tak sempat. Tup tup, dah 4 september. okay, puratanya saya hanya ada dua bulan lagi untuk habiskan praktikal. actually, tak sampai dua bulan pun. herm.

setiap kali 1st of month, saya pasti ada nekad/iltizam baru. Paling best, bila penghujung bulan tiba saya bersemangat melakarkan agenda baru hanya di atas sekeping kertas yang setiap tarikhnya dikotakkan sama besar. 'mom, i have a new plans', sepertinya plan2 bulan lepas sudah berjaya or even my last plans is not working i've deleted them all :)

disebabkan awal bulan september adalah di bulan yang baik, saya hanya letakkan sedikit iltizam tetapi besar pengertiannya. pertama, selagimana saya percaya saya boleh lakukan, saya pasti boleh! kedua, saya positif. kau suap la ingredient of bapak negative pun, i just smile :)

saya belum beli baju raya. dan saya hanya bercuti pada hari ahad setiap minngu. oh ya, di 'kalendar akademik jul-nov 2010' menyatakan cuti raya+mid term adalah dua minggu bermula 4sept-19sept(16 hari), tetapi bukan untuk saya. saya seperti pekerja lain yang akan bekerja sehingga 9sept dan perlu memohon cuti (jika mahu) selepas 12sept. sedih.

kalau pun saya tak sempat untuk persiapan raya nanti, saya mahu ke sini sahaja. Anda juga boleh ke situ :) deen, pay for me now *wink*

itu sahaja, sekian.


"those who hate me, motivate me. those who i hate, inspire me"
read more