Sunday, September 12, 2010

Bukan Lari, Tapi Tak Mahu Dibebani

Dari dulu aku tak suka berkongsi bilik dengan sapa2. Aku ada masalah dengan privasi. Tak best ah kalau orang tahu kau tengah nangis sebab boyfriend tak mesej >.<

Dulu, aku akan meraung menangis sorang2 dalam bilik kalau aku memang dah tak boleh handle masalah tu. Dalam setengah jam, kalau aku dah penat nangis, then tertidur. Bangun2, rasa dah takda masalah lagi. Ringan. Kalau tak tidur pun, aku keluar bilik dengan perasaan normal; takda nak ingat2 lagi.

Langkah tu efisien setiap kali aku ada masalah.

Sekarang, langkah tu macam leceh bebenor. Bukan standard umur aku lagi. Aku perlu lebih dewasa. Jadi, setiap kali ada masalah kebelakangan setahun ini aku hanya perlu letak kepala atas bantal then resetkan otak aku seperti tak ada apa2 berlaku. Kemudian, aku tidur dan masalah tenggelam dan aku berharap supaya jangan timbul2 lagi sekalipun aku dah bangun tidur.

Langkah ini efisien buat masa ini. Tapi kan, kau tahu berapa banyak masa dah aku habiskan dengan langkah ini?

2 Comment(s)