Friday, September 10, 2010

I Need a Doctor

Hari ni hari kebesaran. Sepatutya aku fikir bahagia saja. Pergi kau rasa hiba. Syuh.

Kawan baik aku, Lat. Waktu tu, enam belas tahun. Aku banyak kongsi dengan dia. Mak dia, mak aku. Bapak dia, bapak aku. Duit dia, duit aku. Boyfriend dia, boyfriend dia la. Haha.

Lepas break dengan Amri, dia ada semangat baru. Dia tanak sapa2 dah lepas tu. Kira macam nak membujang sampai kawin. Sebagai orang yang 'pro' dalam hubungan tak sama jenis, dia cakap kat aku, 'aku tunggu doktor mai minang aku'.

'doktor?'

'doktor boleh ubat aku. ubat jiwa', dia menambah.

*orang bercinta suka cakap berlapik. Kalau dah tak suka, cuba cakap 'hoi, pergi main jauh2. aku dah buang kau!'. Tak boleh?