Friday, September 24, 2010

Private

Kebelakangan ini, aku mahu menyendiri. Mahu lari dari kau, kau, dan juga kau. Jadi, aku benarkan hanya aku seorang ke sini. Aku tak mahu sesiapa. Aku tak perlu sesiapa. Aku perlukan masa.

Sebenarnya, banyak peristiwa yang mahu aku teriakkan. Aku dalam keadaan yang sangat nipis jiwa. Jangan kau dusta, jangan kau luka, jangan kau hina, pasti aku esak dalam tawa yang durja.

Aku mula membenci manusia.