Saturday, September 18, 2010

Sedikit Nota Tak Penting

Enam syawal hari tu pergi jamuan hari raya; organised by PSY. Sebelum tu, pergi jumpa prof sebab dah janji nak pergi jumpa 15hb sept. Dah habis makan, bergambar apa semua, pergi rumah solehah. Dia buat open house. Then, pergi rumah syikin. Sampai rumah, dah maghrib. Esok tu, 16 sept kerja. Eh, bukan 16 sept najib bagi cuti ke? Tak, kena kerja jugak sebab bukan govern. Kerja punya kerja, sampai hari ni tak sempat nak bagitau momen2 penting yang banyakkk sangat dah terlepas.

Tapi takpa, tulis dulu yang mana dan.

Hari ni, abang kepada kawan aku yang kita orang selalu panggil abg ngah tu dah takde. Hari rabu tak silap, abg ngah excident. Masuk ICU. Then, operation kali pertama still koma. Buat kali kedua sebab ada darah beku kat otak. Kali kedua tu, 8 jam operation. Keadaan macam tu jugak. Hari ni, abg ngah dah takde. Doktor yang buat operation tu memang down giler sebab dia tak dapat selamatkan abg ngah. Aku cakap kat dia, 'jangan rasa bersalah, sebab dah usaha sebaik mungkin. nak berjaya or tak, hak Allah'.

Sebab yang boleh excident tu, kereta yang langgar abg ngah tu tengah laju, then pancit. Pastu, terbabas dan langgar kereta ngah. Omg, memang dasyat jugak ah sebab kereta habis remuk.

Sekarang, nak hujung bulan sembilan macam ni memang zon tak berapa selesa. Selasa ni test, jumaat ni (maybe) lecturer datang melawat. Bukan setakat hujung september ah, oktober pun sama. September + oktober, cepat la berlalu. Please.

Ada jugak kan, kadang2 aku terfikir nak delete blog ni. Kalau tanak delete pun, aku nak private kan. Sebab, tak best ah dalam keadaan macam ni sekarang. Emosi tak memberangsangkan. Tulisan pun macam berbaur tekanan. Who care? tahu, tapi rasa tak sedap hati. Takpa, nanti pertimbangkan lagi.

Chow!