Sunday, September 26, 2010

Tanggungjawab

Salam. Hari ini adalah hari terakhir kat stadium ni. Semalam tak sempat nak update sebab terlaluuuu bizi. Haha, saja buat2 bizi.

Kau tahu tak? Satu formula yang ramai usahawan telah berjaya. Mudah dan ringkas.

'usaha lebih, dapat lebih'

Siapa pun tahu tentang formula itu. Tapi, keberkesanannya sejauh mana ianya dipraktikkan. Aku lihat, satu manusia ini tiada jemu membimbit flyers di tangannya sambil memujuk pelanggan membeli produknya. Ada yang tidak menghiraukannya, ada yang tertarik lalu membelinya. Persoalannya, bagaimana dia sudah kebal dengan kegagalan. Bukan sekali, tetapi beratus kali.

Lalu, aku tanya pada majikan. Apakah yang menyebabkan dia begitu bersungguh dan tidak hirau pada gagal?

Kerana wang.

Apa yang boleh wang berikan?

Keperluan.

Apakah syarat untuk seseorang memenuhi tuntutan keperluan?

Tanggungjawab.