Sunday, October 31, 2010

Satu Hari Sebelum Presentation

Yeah, tidur lewat semalam pukul 4am. Bangun pukul 9am, tak makan, tak mandi, terus ngadap laptop siapkan report. Report yang penting dulu coz jap lagi nak print susah tengah2 malam. Kedai tutup. Kat rumah ink habeh. Malam ni baru nak pulun sistem. I'm the first presenter esok, ok. Sapa yang arrange entah. Main suka2 dia ja. Ish!

Lantak ah, habis present awal boleh cau awal. Tapi bukan balik rumah pun. Pi library study calculus. Sepatutnya hari ni test 3 tapi ambik esok.

Bosan ah belajar ni. Serik.
read more

Saturday, October 30, 2010

I'm Just Asking

'On 1 Nov, you are the first presenter. Please be at the lab at 8.30 and be ready with your system.'

Then, i asked her,

'err..mdm, why im the 1st presenter?'

10 seconds after that,

'don't ask me.'

I wish that i do text back,

'why?'

But i didn't. I don't want to fail just for a few mistakes, a few words. Yes, i'm afraid of failure. I'm striving here just to get a scroll of diploma. For sure, i'm not the first student at the first row.

Loser.
read more

Contoh Terdekat

Kenapa orang akan beri contoh kendiri atau lihat pada diri sendiri, kononnya contoh terdekat?

Ada satu hari tu aku tanya seorang pensyarah, ok tak dengan pilihan kos untuk ijazah sarjana muda aku bagi semester hadapan?

Tiba-tiba, jawapan yang keluar ialah 'kalau kamu berminat nak jadi pensyarah, time diploma dan degree kena 3.00 ke atas'.

Aku jawab mudah 'owh'.

Aku tak tanya pasal syarat2 kerjaya seorang pensyarah. Aku hanya nak beliau matchkan diri aku dari apa yang beliau lihat dengan pilihan aku. That's all.

Kalau beliau tahu aku tidak pernah mengagumi seseorang tanpa sebarang sebab kukuh, pasti dia kecewa. Dan sekali lagi, aku tiada sebab kukuh untuk mengagumimu. Maaf.
read more

Dua Hari Sebelum Presentation

Well, hari ni tinggal lagi dua hari lagi sebelum presentation. Aku dah sent report kat mdm tapi tak reply2 pun. Semalam meriah habis, tetamu 200++. Huh, sangat letih! Tapi mak begitu happy sebab ramai sanak saudara, teman2 datang mendoakannya.

Plan untuk hari ni,
1. buat slide show using powerpoint
2. call mdm zanaria
3. study sikit pasal calculus sebab esok ada test 3. tapi jangan focus sangat coz calculus minded will ruins everything
4. system pun edit sikit2. ada banyak error, tapi hermmm.
read more

Friday, October 29, 2010

40++

Tahu tak, jumlah post bulan ini ialah 40++. Wow!

Aku start buat private blog bulan ni, October.

Rasanya aku lebih selesa begini, sendirian.
read more

Tiga Hari Sebelum Presentation

Hari ni totally tak study calculus dan tak focus untuk system + report. Mak buat kenduri. Semalam tak jumpa pun mdm zanariah. Email je kat dia, then mesej 'saya dah emailkan'. Tak reply. Hermm. Busy agaknya (positif). Merajuk la tu sebab tak pergi jumpe dia (negatif).
read more

Thursday, October 28, 2010

Empat Hari Sebelum Presentation

Actually kan, start dari 3pm semalam aku dah boleh focus buat report. Tapi, aku tak buat. Lepas tu, berazam pada sebelah malamnya nak buat. Tapi tak buat jugak. Lepas tu, berazam lagi nak bangun 3am buat report supaya sebelum pukul 11am keesokkanya aku boleh jumpa mdm degan report yang complete. Tapi tak buat jugak. Bangun pukul 9am lebih tadi baru aku bertungkus lumus siapkan. Aku ingat memang akan siap petang. Dengan bersungguh2 aku buat, aku berjaya siapkan 5 minit sebelum pukul 11am.

Agaknya, aku perlu keadaan tertekan atau terhimpit.

Mak selalu cakap, dari kecik aku selalu dapat apa yang aku nak. Ini bukan bermaksud bapak aku boleh sediakan apa saja aku nak. Aku dapat dengan usaha keras, strategi, dan komitmen aku sendiri selain dari keizinan dari Allah.

Aku guna satu cara dari dua. Pertama, HARD. Aku percaya pada usaha keras. Tak kisah lah ianya menuntut aku dalam keadaan apa pun kerana ada janji Allah di dalamnya bagi setiap usaha. Kedua, SMART. Aku percaya pada strategi yang berkesan. Di sini, kekuatan akal melebihi segala. Kau jangan tak tahu bahawa beza manusia antara lainnya adalah akal. Apabila kau gunakan semaksima mungkin, tiada yang mustahil. Kedua-dua cara ini perlukan KOMITMEN. Dalam komitmen terkandung motivasi, kekuatan emosi, dan kesanggupan.

Dapat disimpulkan, ianya begitu mudah apabila aku tahu apa yang aku nak.

Aku pun tak faham kenapa aku gagal mengenalpasti apa yang aku nak lebih awal. Jika tidak, aku tidak kisah untuk habiskan masa, tak tidur, tak makan, and etc hanya untuk apa yang aku nak.

Kau rasa, aku suka ke siapkan benda yang aku tak nak berjam-jam depan laptop? Oh no.
read more

Wednesday, October 27, 2010

Lima Hari Sebelum Presentation

Test 3 calculus postpone lagi. Postpone ke ahad, 31 October.

So, hari ni buat apa je?

1. pergi pejabat pos (bank in)
2. pergi RS (bagi baju kakak saadah, tukar duit)
3. pergi deposit atm (bayar duit kakak nin)
4. pergi library (study calculus)
5. pergi RS (jemput kenduri)
6. bawak mak jalan2 umah sedara

Malam ni, nak siapkan report. Esok da nak kena tunjuk kat mdm zanariah. Plan untuk esok,

1. pejabat pos (draw)
2. deposit atm (paan)
3. jumpa mdm
4. jumpa bos
5. hang out with suhana and munira

kenapa perlu jumpa mdm sebelum jumpa bos?

sebab, selepas jumpa bos aku tak tau emosi aku macam mana. Just assume that time aku down. bila down, mesti dah malas nak jumpa mdm.
read more

Tuesday, October 26, 2010

Enam Hari Sebelum Presentation

Baru terperasan yang aku tertinggal satu episod iaitu 'Tujuh Hari Sebelum Presentation'. Tak bizi pun semalam cuma dalam keadaan bermasalah. Serabut fikir test 3 + report yang belum siap.

Q dah keluar wad tengah hari tadi.

Aku langsung tak study hari ni. Hari ni suhana dapat gaji. Pergi makan2 tadi. Then, ulangtahun aku nanti, dia nak support :)

Kenduri jumaat ni. Kenduri atas 3 perkara penting,

1. mak nak tunaikan haji
2. aku nak present + exam
3. 1st gaji suhana

Semoga semuanya berjalan lancar.
read more

Monday, October 25, 2010

Lapan Hari Sebelum Presentation

Aku tengah siapkan project report. Sambil2 bukak laman sosial. New messages! aku pun bukak,

hye sy seorang photographer. Skang ni sy sedang mencari bakat baru untuk menjadi MODEL SUKAN : GADIS BOLA. beberapa org model dikehendaki. bg mereka yg berminat, sila PM sy di YM applemintred@yahoo.com utk membuat temujanji. Alamat Studio De_Pondouqe Photography Studio No. 43 AC, Level 4, Menara D, Pandan Capital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.

haha. macam lawak je mesej ni. Oh ya, di gambar profile laman sosial itu aku letakkan foto aku berjersi chelsea. :-)
read more

What We Learned

Untuk makluman tuan2 dan puan2,

'what we learned' sudah dinyahkan permanently oleh blogger.com

Jadi, aku hanya perlu tunggu giliran 'practical journal' pula.

:)
read more

Sunday, October 24, 2010

Sembilan Hari Sebelum Presentation

Bangun pukul 9am. Prof nak jumpe pukul 10am. 12pm terus pegi library hantar buku. Call umi nak hantar kertas test dia. Tak berjawab. 10 minutes lepas blah, umi replied 'jupe kat cafe'. Dah nak sampai rumah dah pun.

Balik rumah, rehat2, lunch, terus buat report. Pukul 5pm, makngah datang. Stop jap sampailah maghrib.

Malam ni dijangka memenuhi masa dengan calculus coz esok sekali lagi jupe prof. Then, hari selasa buat test (iii).

'i love YOU but i dont know how to show my love. Sorry, im sinner, didnt appreciate you'
read more

Saturday, October 23, 2010

Hari Pertama Selepas Tamat Praktikal

Sorry kawan.

Pertamanya aku selalu cerita masalah.
Keduanya aku selalu menceritakan plot.
Ketiganya aku selalu menceritakan strategi ke atas plot2 itu.

InsyaAllah, tak lama lagi plot itu akan tamat. Dan aku kembali kepada normal dengan menceritakan kehidupan, langit dan bumi, anak kecil, manusia, dan alam.

Semalam, 22102010 secara rasminya praktikal tamat. Aku hanya mempunyai 9 hari lagi untuk presentation and the next day of presentation ada paper. Paper terakhir untuk diploma, mungkin. Doakan aku.
read more

Di mana dan Apa Anda Lakukan Ketika Bersedih?

Aku sukar menulis ketika aku gembira.

Kau tahu kenapa?

Perasaan gembira sukar digambarkan. Ianya hanyalah ditulis seperti,

'hari ni habeh praktikal. Thanks God.'
atau
hari ni buat majlis kesyukuran. Best sangat!'

Aku tidak tahu kau, tapi aku..

aku suka datang ke sini tiap kali aku sedih, bermasalah, and etc. Puas setelah aku menulis banyak di sini dan emosi akan kembali pada normal, pada kebiasaannya.
read more

Thursday, October 21, 2010

I'm an Astronaut

I'm not normal at all, and i could never do well in a typical office job. I'm too brilliant for that! I have a strong sense of adventure. I really want to see the world, especially from space.

I don't just dream big - I also do big. I'm willing to work hard to get the career of my dreams. I'm a very talented and special person. I seem to succeed at every project i undertake.

'di saat2 merana dan terbeban sebegini, anda digalakkan supaya memujuk hati dan berfikiran positif'
read more

'you see in life, lots of people know what to do but few people actually do what they know'

its not about modem, its about package you have registered.
its not about package you have registered, its about the speed you have.
its not about the speed you have, its about the source you are searching for.
its not about the source you are searching for, its about the knowledge that you have.
its not about the knowledge that you have, its about your action is taken.

knowing is not enough, you must take action!
read more

21102010

Hari ni saja aku telah siapkan,

1. homepage untuk sistem (header delay)
2. aksesori komputer stok. dan kemaskini stok.
3. sambil2 download movie
4. completekan semua format berkaitan

Malam ini dan esok masih banyak kerja tertangguh. InsyaAllah, aku kan gunakan masa semaksima mungkin dan habiskan praktikal aku dengan jayanya.

Oh ya, bukan dengan jayanya lagi coz belum present. Persediaan untuk present;

1. report yang lengkap dengan ERD segala
2. powerpoint or slide show
3. sistem yang tak ada error

Tuhan, kuatkan semangat aku.
read more

Can't Wait For 22102010

Hari ni 21102010. Lagi satu hari praktikal nak habeh.

Yeeeha!
read more

Tak Dirancang

Aku nak bagitahu kau sesuatu.

1. kawan rapat kau hari ini yang kau tak pernah bayangkan satu hari nanti akan jadi orang asing bagi kau. Ya, terlalu asing.

2. hari ini, kau nampak hari2. tak bernama kawan, tak juga kau pernah says 'hai'. dan tanpa pernah kau bayangkan satu hari nanti dia menjadi kawan baik kau.
read more

Lewat Malam

Malam ini berjaga siapkan sistem. Betapa gigihnya aku. Ini final sistem ok. Juga final report. Di sini ada sedikit tips ekoran dari kejadian malang aku.

1. bila on laptop, pasang sekali bateri. ianya berfungsi sebagai backup kalau tiba2 blackout or anak2 menakan berlari kemudian tersadung wayar pengecas. Grrrrrr!

2. setiap kali kau rasakan kau dah pergi jauh dalam dunia menaip, harus diingat perlu save. Save, save, save, and save. Supaya tiba2 ada satu kejadian di mana kau sibuk klik sana sini, kau terklik 'no' bagi soalan 'do you want to save this?'. Oh no!
read more

Tuesday, October 19, 2010

Nak Blah

Lagi tiga hari aku nak habiskan praktikal. Orang lain, seronok. Aku, rasa pelbagai. Macam mana aku nak tinggalkan macam tu je tanpa selesaikan perkara yang aku dah mulakan.

Aku nak tinggal semua ni dan fokus pada report dan final, kalau boleh.

Aku nak jadi seperti kau, blah macam tu je tanpa ada apa2 perasaan.

Tapi, tak boleh.

Argh, kau tak faham!
read more

Monday, October 18, 2010

Baju Feveret

Kau ada tak t-shirt, baju, jeans, baju tido, and etc yang feveret? Mean that, kau selalu nak pakai even dah lusuh bagai.

Dulu, aku pakai main sarung je. Tak kisah lah selesa or tak, asalkan pakaian pelbagai.

Berbeza sekarang, aku boleh bilang pakaian yang aku ada. Sedikit, tapi selalu pakai. Asalkan aku selesa. Peduli pandangan orang.

Aplikasikan pakaian kepada kawan.

*jeans favor aku tertinggal kat seri malaysia time ada event tempoh hari :(
read more

Saturday, October 16, 2010

Cuti Dua Hari

Realiti kerjaya amat memenatkan. Tapi, apa boleh buat. Itu yang memberi sumber pada kau untuk meneruskan hidup pada materialnya.

Sebelum aku praktikal, ada jugak aku buat survey tentang praktikal dengan membaca kisah2 hidup manusia berpraktikal. Aku pelik, kenapa mereka menyebut 'kerja' bukan 'praktikal'. Contoh ayat seperti,

'esok kerja'
'malas pergi kerja esok'
'hari ni last aku kerja kat company ni'

kenapa tidak,

'esok praktikal'
'malas nak pergi praktikal esok'
'hari ni last aku praktikal kat company ni'.

Dan apabila aku menjalani praktikal, aku juga menggunakan istilah 'kerja'. Hal ini adalah kerana terbiasa dengan persekitaran. Inilah yang cuba diterapkan dalam agenda utama Latihan Industri. Menyiapkan para pelajar bersedia di alam kerjaya. Oh, skem.

Aku bekerja enam hari seminggu. Cuti hanya 24 jam. Minggu ini 48 jam. Kau tahu betapa 48 jam itu sangat beharga buat aku?

So heaven ^_^
read more

Friday, October 15, 2010

Private

Aku tak tahu nak terangkan bagaimana lagi bila orang rapat sendiri tak memahami.

Kau tahu apa itu personal? atau private?

Aku tak tahu engkau. Tapi jika kau seperti aku pasti kau memahami.

Begini, cerita bermula ketika kau kecil. Fitrahnya, kau dilahirkan suci. Membesar dengan sifat baka dan persekitaran. Mulanya, kau rasa semua perkara kau boleh kongsi. Tak kisah, perkara sekecil mana pun kau akan kongsi kerana kau percaya orang terdekat kau sentiasa ada untuk mendengar dan menyokong.

Lama kelamaan, semakin kau membesar kau mula merasakan dalam sesuatu keadaan hanya perlu kau di dalamnya. Dalam keadaan tertentu pula, kau sendiri tahu kau dan orang lain perlu ada di dalamnya. Keadaan bergantung pada selama mana kau selesa. Dan tanpa paksaan atau dikawal oleh sesiapa, kau mampu membahagikan keadaan dan watak di dalamnya.

Sampai di peringkat ini.

Segala2nya serius. Ini adalah soal undang2, peraturan, polisi yang telah engkau tetapkan. Tidak boleh dirayu atau diringankan hukuman jika ia melibatkan orang terdekat, atau paling dekat. Jangan sesekali rempuh akta.

Begitu juga halnya dalam kehidupan, hari2 yang kau lalui. Selama mana undang2 dalam diri kau tidak dipinda, selama itu ianya teguh.

Aku lawan mak. Aku minta untuk ketepikan soal siapa dia kerana telah aku cakap awal tadi, dia juga manusia. Mungkin hayatnya menjaga pertalian kerana tiada lain selain itu. Jadi, aku katakan jika ada lain selain itu, maka perbuatan sekaligus bertentangan. Tidak lagi sama seperti awalnya. Satu dibalas dua. Dua dibalas satu. Padanan.

Oh, aku tak mungkin hidup lama dalam kalangan manusia begini. Aku tidak berubah cuma aku akan sedaya keluar dalam kalangan itu kerana aku, jiwa, serta akal terlalu kuat. Maafkan aku.

Sebenarnya, zarah itu pun peribadi aku. Aku tak mahu siapa tahu termasuk kau, jiwa asing bagi aku.
read more

No One Can Help You Unless Yourself

Bila nak akhir2 semester macam ni, semangat kian berkurang. Azam, janji, dan tekad tak lagi macam awal2 semester yang sangat membara.

Serius, tiga minggu aku dalam keadaan down. Tak mahu ambil peduli apa. Dan persoalan tak habis2 datang sampai aku tak tahu aku belajar ni untuk siapa, untuk apa aku belajar, dan kenapa aku belajar sesuatu yang bukan aku suka? Tapi macam selalu orang cakap, 'life has to go on'. Yes, aku lalui. Aku rasa sendiri. Rasa hari2 yang tak bahagia, rasa tak enjoy my ride. Time tu, rasa sedih ya amat. Tapi orang keliling hanya dapat tengok aku senyum. Aku tak berpura, cuma aku tak perlu beritahu semua orang yang aku ada masalah melalui mimik, emosi, dan kelakuan rutin.

Apa yang aku perlu?

'no one can help you unless yourself'

Aku harus lakukan sesuatu. Mintak restu mak ayah, kemudian mencari penawar. Tiga jam aku di library, sendiri. Aku habiskan masa dengan memahami,

'towards greater heights, between fantasy and reality', and
'insan di bawah cahaya Ilahi'.

Alhamdullilah, aku sembuh. Dan semangat kembali datang.

:)
read more

Thursday, October 14, 2010

Gempak Plan

Esok aku cuti. Jumaat dan sabtu. Esok, family buat majlis keramaian dalam 12pm. Selalu jugak buat macam ni tiap2 tahun, paling sedikit anggota keluarga tidak lebih tiga puluh orang. Esok, pastinya lebih ramai.

Aku target jumaat and sabtu nak basuh baju, then nak buat draft report supaya ahad ni boleh emailkan terus to mdm zanariah.

then,
ahad
isnin
selasa
rabu
khamis
jumaat

yay! praktikal dah habis. hohoho

okay, enam hari yang tinggal, aku sedaya upaya akan setelkan celcom dealer system and main stock control. Dalam pada yang sama pulun study untuk test 3 calculus.

Itu sahaja. bye!
read more

Plot

Yeehaaa! today is end of lecture. So, dah tak ada class lagi untuk diploma. InsyaAllah. Di bawah adalah beberapa rentetan peristiwa2 penting;

13/10/2010 : mdm zanariah datang melawat
14/10/2010 : test 2 calculus
17/10/2010 : report draft submission
21/10/2010 : test 3 calculus
22/10/2010 : last day of practical

01/11/2010 : presentation
02/11/2010 : calculus final
05/11/2010 : my birthday

eh, penting jugak ke last date tu? hehe
read more

Monday, October 11, 2010

Home | Facebook

Bila aku bukak facebook, aku tak suka tengok home. Menyemak. Jenis tak ambik peduli kawan2 sekalian nak update apa. Who cares? haha. Selfish betoi.

Tapi, bila start praktikal aku dah mula ambik peduli. Sebab ada info di situ. Info seperti, tarikh lawatan pensyarah, tarikh present, tarikh macam2 lagi. Semua tu penting. Kalau aku tak amek peduli jugak, memang nahas ah sebab bila praktikal kedudukan masing2 tidak lagi berkelompok. Tambahan lagi, kawan2 akan update their system progress. Kena ambik tahu gak supaya aku akan lebih bersungguh apabila mengetahui sistem kawan2 yang hampir siap. hehe.
read more

Saturday, October 9, 2010

Menanti 101010 Dengan Penuh Sabar

08102010, ada jamuan raya. Nanti kalau sempat, akan ku upload foto2 nya. haha. Depa semua kalut nak bergambar pasai pakai baju raya.

Esok, ahad. Hari minggu. Sepatutnya, aku cuti. Tapi, kat ofis tak ada orang. So, kena pergi jugak. Maybe half day je kot.

Esok, 10102010. Lawa punya date. Angkasawan pun sibuk nak kawin hari tu. Aku pun sibuk jugak ah nak dating 101010. Senang nak ingat first date, konon.

Then, praktikal aku hanya tinggal lagi dua minggu. Yeeha! Final calculus lak 2 November. Kau pun tahu kan, tak sabaaaaaaaaar sangat semua ni!
read more

Friday, October 8, 2010

Syurga Itu Sejuk Untuk Didiami, Jangan Lari

Kau ceritakan kehilangan ayah kau. Aku sedih. Sungguh sedih. Perasaan ini merobek hati paling dalam. Aku kenal kau dua tahun lalu, 2008.

Sayangnya, kau tak tahu aku ada.
read more

Thursday, October 7, 2010

Mimpi

Best ah mimpi semalam. Aku mimpi aku dah dapat diploma. Lulus dengan jayanya. Hanya Tuhan je tau perasaan aku time tu. Sangaaaat hepy!

Lepas tu, macam mana tah, dalam mimpi tu jumpa paan. Paan tengah jual aksesori komputer. Masa tu tak tau nak respon apa depan paan. Ada jugak malu2. hehe

Lepas tu terjaga.

Herm.
read more

Wednesday, October 6, 2010

Life is Hard

Hari ni, aku pegi jumpe prof. Cakap seperti Q sarankan. Alhamdullilah, semua settle.

Tapi, tak pasti semalam mimpi atau apa. Jam lebih kurang dua pagi. Q call. He is so harshed to me. Sedih.

Tapi, aku anggap macam tak ada apa2. Aku tak mahu ambil serius. Anggap sebagai tempias dari tekanan kerjanya.

Good luck, amalina.
read more

When I'm On The Down Stage

'dare to face our own destiny is most important thing in life. face it even it will cost ur life..' - Q

'buat keja main2 dah la. focus untuk study lebih' - paan

'jangan putus asa lin, usaha sehabis baik. jangan ponteng class saat2 akhir macam ni tau. shud yakin lin mesti boleh. Allah takkan bagi dugaan yang tak mampu kita tempuh. so, anggap ni dugaan untuk lin sukses. chayok! :) - shud

Thank you, guys.
read more

The Real Facebook

Dah ramai sanak saudara yang mohon untuk jadi rakan di facebook. Dulu, aku fikir panjang jugak. One day, akan jadi tak best bila orang rapat dengan kau tahu segala aktiviti kau.

At last, aku decide buat dua akaun. Satu untuk kumpulan saudara mara dan rakan taulan dan tak kisah ah sape kau. Dan satu lagi akaun, aku kisah kau sapa. Tapi, jangan sampai saudara mara tau kau ada dua akaun. Kawan2 rapat tahu takpe, coz bila diarong add, mean that diorang nak tahu update kau. Mean that, they care of you.

Oh facebook, so fake! haha

*aku deactivated facebook kedua jap hari tu. now, nak activated balik. so, bye2 fb1. Nothing there unless faking people.
read more

Baling Town

Hari pertama.
-aku tak dapat sales ape pun.

Hari kedua.
-banyak dapat sales.
-jumpa shud (it have been almost 4 months since last i met her)
read more

Anak Bapak

Aku tak pasti bapak kau macam bapak aku. Setiap kali aku nak ke mana2, dia akan panggil kejap cakap dengan dia. Bagi nasihat. Dari dulu sampai sekarang, even aku nak pergi tak jauh, tak lama. Dulu, masa mula2 nak jadi remaja ada jugak aku rasa rimas. Rasa selalu tertanya 'ayah tak percaya kat aku ke? aku ni budak lagi ke? and etc'.

Sampai peringkat ini, aku dah mula faham tentang tanggungjawab.

Sekurang-kurangnya, even nasihat dia tak semuanya disemat betul2, adakala bila nak buat sesuatu, aku teringat 'ayah sayangkan aku'.

Hari tu nak pergi Baling Town dua hari, bapak pesan;

1. sibuk macam mana kejar dunia pun, sembahyang jangan tinggal
2. jaga maruah

Aku selalu lalai.
read more

Tuesday, October 5, 2010

I Have Something to Tell You (ii)

Rasa macam label tak perlu kot. Tulis je apa rasa, tanpa labelan. Ok set, tak payah label. Right now, layout dah ubah. Dulu kan, aku cukup nyampah dengan kartun2, animasi2 yang berwarna-warni semua. Memang rasa budak gila ah sapa yang suka macam tu.

Now, aku dah jadi budak :)

Nak tau? Bilik aku penuh dengan sticker2 yang entah pape. Dan bila mak tengok, mesti mak akan cakap 'tadika'. Warna warni tu bukan tadika la mak, ia menggambarkan hati yang ceria.

Keadaan sekarang tak berapa nak ok lagi. Mungkin dengan cara warna-warnikan keadaan sekeliling even hati sebenarnya gelap dan kosong akan meningkatkan kepositifan minda sekaligus menjadikan hari2 mendatang lebih baik dari hari semalam.
read more

'life is one grand, sweet song, so start the music' - Ronald Reagan

See, 5 hari aku tak update kat sini. Dah terlalu lama rasanyaaaa. Banyak yang nak cerita. Tak tau nak mulakan. Ok, dimulakan dengan bismillah..

:)
read more

Monday, October 4, 2010

04102010

mujur dia tidak kisah
aku tanpa hadiah.

mujur dia tidak kisah
yang sebenarnya aku lupa.

tengok kalendar,
OMG!

sorry..
Q, happy birthday!
read more